MySuperSomething !
Everything has its own beauty. Learn it. Live it. Love it =)
"SEGMEN : "JOM SOLAT" | ♔ MiaLovaetto ♔ >
«
»

Wednesday, February 24, 2016

"SEGMEN : "JOM SOLAT"

Assalamualaikum.


Straight to the point, I would like to share some of solat sunat that we can practice in our daily life everyday.

1. Solat rawatib. 
Solat rawatib terbahagi kepada 2, qabliah dan ba'diah. Solat rawatib dilakukan hanya 2 rakaat je. Solat rawatib dilakukan sebelum atau selepas solat fardu 5 waktu. Tapi bukan semua waktu boleh lakukan solat rawatib pada sebelum dan selepas sesuka hati je.

2. Solat dhuha
Solat dhuha pun hanya dilakukan 2 rakaat sahaja dan dilakukan pada waktu dhuha. Terdapat banyak kelebihan orang yang mengerjakan solat dhuha ni taw ! Memang beruntung sangat orang yang dapat luangkan sedikit waktunya untuk bersama Allah pada waktu ini.

3. Solat tahajud
Solat pada waktu malam seelok-eloknya pada 2/3 malam. Solat tahajud juga mempunyai banyak fadhilat. Kalau terjaga daripada tidur dan belum masuk waktu subuh, elok lah lakukan solat tahajud.

4. Solat taubat
Sebagai hamba Allah yang tidak sempurna, kita takkan lepas daripada melakukan kesalahan. Tanpa kita sedar atau tak, hanya Allah yang tahu. Bertaubatlah setiap hari. Allah suka hambanya yang bertaubat. Solat taubat boleh dilakukan pada bila bila masa, Terima atau tak, yang penting Allah Maha Mendengar.

5. Solat hajat
Biasa nya orang buat solat hajat bila betul betul terdesak nak memohon pertolongan. Boleh je buat solat hajat tiap tiap hari. Sama dengan solat taubat. Tak kira bila bila masa, kalau boleh jadi amalan seharian lagi bagus kan ? :)

So basically ni antara solat sunat yang boleh dilakukan seharian dan kalau istiqamah untuk buat setiap hari kan lagi bagus.

Well, saya bukanlah bagus sangat. Hiks. Tapi kalau boleh saya pun nak istiqamah kan 5 solat sunat ni. Step by step. InsyaAllah lama lama Allah bantu kita.

Selamat beramal. 

Oh yea, kalau nak tahu cara cara untuk lakukan solat ni boleh la google ye. Tak pun tanya la ibu ayah akak abang adik makcik pakcik kawan kawan ke. Hehe.

♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

4 comments:

AinAthirah Anuar said...

Semoga berjaya

Hani Fadhlina Abdul Rahman said...

Hi ... Singgah dari segmen yang sama ... Jangan lupa join contest kat JoM BeRcOnTeSt dan singgah jenjalan kat KiSaH HiDuP Ku ... Semoga sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki ... Maaf lambat blog walking ...

Cik Yanie said...

tahniah anda menang http://secondblogimpianacikyaanie.blogspot.my/2016/04/pemenang-segmen-jom-solat.html :) sila tuntut segera.

Sheila Adziz said...

tahniah sis:)

;