MySuperSomething !
Everything has its own beauty. Learn it. Live it. Love it =)
♔ MiaLovaetto ♔ >
«
»

Friday, January 7, 2011

10 tabiat boleh merosakkan otak anda

10 Tabiat yang boleh merosakkan otak anda .

1. Tidak mengambil sarapan pagi

- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan

- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok

- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.

4. Penggunaan gula yang berlebihan

- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara

- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur

- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur

- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat

- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi

- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifa n otak menurun.

10. Jarang berfikir

- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Di karang oleh Dihaz84 Pada 08:32 kategori Tips

di copy oleh mirza ^^,
♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

Saturday, January 1, 2011

Annyeong-haseyo 2011 ~

Assalammualaikum kpd anda2 yg 'SANGAT' COMEL ~
Apa khabar ? Sihat ye ?
Sudah masuk tahun baru kan kan ?
2011 sudah !

Sekejapnye masa berlalu .. Huh !
Ape-ape pun , HAPPY NEW YEAR yeahh !

And bile masuk tahun baru , maka bermulalah musim persekolahan kan kan ?
So , SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH ye akak-akak and adik-adik yg comel =)
abang-abang ? hm , xde abang-abang ! akak-akak and adik-adik saje , hee ~



Bile sudah masuk tahun 2011 , maka beradalah mereka-mereka yg berkenaan ke Tingkatan 3 .
( yg trlibat sahaja bkn smua ok ! ) ... bile sudah masuk ke Tingkatan 3 , maka KENA lah mereka-mereka bersedia utk mghadapi PMR trmsuklah tuan punya blog ini . PMR ?


Duh ! sudah kah anda (saya juga) bersedia ?

GOOD LUCK meyhh !

♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

;