MySuperSomething !
Everything has its own beauty. Learn it. Live it. Love it =)
Sebulan Lebih. | ♔ MiaLovaetto ♔ >
«
»

Tuesday, February 4, 2014

Sebulan Lebih.

Bismillah.
Assalammualaikum.

Sebulan lebih saja lagi PLKN panggilan pertama untuk tahun 2014 akan tamat. Hoorey! Hoorey! *gaya excited lebih macam terlibat je dengan PLKN* Okay. Dan lepas budak budak ni balik dari vacation yang indah tu maka dengan itu bersiapsedialah kami, bebudak 1996 untuk mendapat result SPM 2013. Tik tok tik tok! Erghhhh. Dah tak lama dah. Seriously, Mirza memang dah tak sabar sangat nak sambung belajar ni. Ewah. Hahah. Sebabnya ddk rumah ni pun taktahu nak buat apa. Bukan taknak buat, tapi taktahu. Haha. Kerja? Jangan harap. Ayah suruh rehat puas-puas kat rumah. Tapi boring. Hmm hmm. Ou yeahh, memang tengah excited nak sambung belajar, belajar benda baru dekat tempat baru bersama kawan baru.. Awwww. Can't wait! Tapi tu la, tak sabar nak sambung belajar but result taknak tahu, boleh tak? Hahahahamboor.

Banyak sangat program yang pihak sekolah dah anjurkan untuk kitorg. Alamak. Sedih pulak nak ingat kembali. Rindunyaaaa! Tapi harapan cikgu, harapan sekolah memang tinggi menggunung. Fuh~ Inikan pula harapan ibu bapa dan diri sendiri. Huhu.

Antara program :
- Mentor Mentee

Mentor terdiri daripada cikgu yang awesome lagi berdedikasi, Mentee pula terdiri daripada anak muridnya yang comel lagi terdidik. InsyaAllah. ^^

- Mishkaat dan Misbah Maahad

Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan : Mishkaat dan Misbah. Kalau nak ikut apa kata program ni Mishkaat ni kiranya harapan sekolah la untuk dapat straight A. But for me, takde beza pun Mishkaat ke Misbah sebab dua dua boleh berjaya, dua dua boleh cemerlang. Asalkan ada usaha! Man jadda wa jadda. Man zaro'a hasoda. Ewahh.

 Malas nak edit =P
Me > 24
- Kem Kecemerlangan bersama SMKA JB bertempat di D'Village Resort, Melaka

Kitorang korbankan cuti penggal pertama untuk kem ni. Kalau tak silap, kitorang cuti cuma dalam 2 3 hari je kot. Lepas tu kena gerak pi Melaka for this camp untuk 2 3 hari jugak kot (dah tak ingat... hehehe..). Nasib baik masa tu dapat line internet masa dekat dalam bilik. Muehehe. Dan balik balik tu pun malamnya terus ada tuisyen walaupun time tu masih lagi cuti sekolah tu oiiii. Penat tu memang lah penat. Tak dinafikan. Tapi begitulah nasib kitorang masa tu. Huhu.

- Kem Kecemerlangan 4 SMKA di Johor



Kem ni menggabungkan sebahagian pelajar dari 4 SMKA yang berada di Johor. SMKA Maahad Muar, SMKA Segamat, SMKA Johor Bahru dan SMKA Bandar Penawar. Best best best! Sbb dapat tambah kenalan selain dapat tambah ilmu pengetahuan dan cara cara budak sekolah lain belajar. Program ni berlangsung pada bulan Ramadhan. So, adalah selingan program program bulan Ramadhan untuk dimanfaatkan bersama. Jadual memang padat! Pagi petang siang malam, we all were programmed! InsyaAllah ni semua ikhlas kerana Allah. Moga Allah reda dengan perjuangan kami. Amiin.

- Kelas tambahan sepanjang tahun -_-

Memang tak dinafikan akan hal ini. Memang wujud selagi tak SPM. Bila lagi kan nak rasa semua ni. Untung sangat sebab dah disediakan kelas tambahan dekat sekolah. No charges. Bersungguh-sungguh cikgu datang sekolah untuk semua ni. Tak kira pagi ke petang ke malam ke. Selagi tak SPM, selagi ada ruang kosong, selagi tu lah cikgu nak buat kelas. Moga Allah balas jasa cikgu. Moga Allah redakan kami semua.

- Hari Graduasi Tingkatan 5


Credit : Aisya Farina
Penghargaan buat kami. Bersyukur sangat sebab diberi peluang merasai hari graduasi. Pra-graduasi lah ni kiranya. Hahah. Tapi cikgu kata ada sekolah lain yang takde buat pun hari graduasi ni. Oh yeah, I'm feeling so lucky. My ranking #17. Alhamdulillah. Not bad. Walaupun sebenarnya masa tu dah dikecewakan dengan result trial yang memang super duper bad for me. Hoho. InsyaAllah SPM 2013, I get something better than trial. Amiin.

- Final Touch before SPM

Sesi saat-saat terakhir bersama cikgu dan rakan-rakan dan buku. Again, we were programmed! May we all worth it. Amiin.


Semoga segala usaha kami membuahkan hasil yang diharapkan. Semoga Allah mempermudahkan segalanya. Ya Allah. Berikanlah kami kejayaan. Semogaa keputusan kami dapat menggembirakan hati kami, kedua ibu bapa kami, guru-guru kami dan sekolah serta masyarakat dan juga negara. Semoga kami menjadi pelajar yang soleh dan solehah. InsyaAllah. Amiin. =')
Past. PMR 2011.
Credit ; Hanif
 Wasalam.
♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

3 comments:

Anonymous said...

Nice post :)
Jom join GA ni http://pelangiraudhah.blogspot.com/2014/01/first-annivesary-giveaway.html

AyuInsYiraH said...

salam..ayu singgah blogwalking di sini... ada masa nanti singgah la ke blog ayu...ayu ade buat segmen bloglist..sudi2kan lah join ye...tq..

http://www.ayuinsyirah.my/2014/02/segmen-bloglist-istimewa-ayuinsyirah.html

MiaLovetto ^^ said...

@eyqa yushaiza semoga batch '96 dapat best result again ^^ amiin =)

;