MySuperSomething !
Everything has its own beauty. Learn it. Live it. Love it =)
#throwback Past Year SPM's Result | ♔ MiaLovaetto ♔ >
«
»

Wednesday, March 19, 2014

#throwback Past Year SPM's Result

Bismillah.
Assalamualaikum.

Seperti yang sedang dikecohkan *ewah*, next day, tomorrow, akan diumumkan result SPM 2013. Hmm. Ok chill. Haha. Dalam hati, haihh. Ma fi qolbi ghairullah. Taktahu nak describe macam mana dan apa yang sedang dirasaikan sekarang.

Bila teringatkan past year punya result, dulu, kita yang excited. Excited nak tahu result akak-akak, abang-abang. Pada SPM 2010, ada seorang dapat straight A+ ! Maksudnya 11A+. Wah! Lelaki. Namanya saudara Ahmad Ibrahim. Masa penyampaian result tu Mirza baru form 3. Duduk kelas, tak boleh pi dewan. Kena belajar. Nak PMR lah katakan. Hakhak.

The next year, SPM 2011. Masa tu Mirza duduk kelas special. The only one kelas yang ada air-cond all time. Hehe. Kecuali bila kena pi makmal, takde lah sampai bawak air-condnya. >< Kelas tu ditubuhkan sebagai pengiktirafan kat budak-budak yang dapat straight A (9A) dalam PMR. Masa batch kitorang sampai terlebih orang. Jadi tak semua yang dapat 9A dapat duduk kelas tu. Kesian diorang. Hehe. Okay. Masa penyampaian keputusan tu, kitaorang duduk je dekat dalam kelas. Tapi bila akak-akak, abang-abang lalu kitaorang tengok je gelagat diaorang. Kata kelas special, jadi cermin pun special la kan? Haha. Kitorang boleh tgk orang luar, orang luar tak boleh tgk kitaorang. Best! Haha. Rindu pulak deh ><

Then, SPM 2012. Tahun Mirza nak SPM. Lagi lah excited nak tahu result akak-akak dan abang-abang kan? Haha. Mula-mula cikgu tak kasi kitorang pi dewan. Katanya ramai. Okay ._. Bila cikgu lalu kadang-kadang kitorg buat muka tanda tanya. Macam mana ya nak buat muka tu? ==' Haha. Cikgu cikgu tak masuk kelas. Maklumlah, cikgu lagi lah nervous. Kitorg buat kerja sendiri >< Tetiba ustazah lalu, ustazah tengok kitorang. At last, ustazah bagitahu ada seorang dapat 11A+. Perempuan! Kak Ain. Lepastu kitorang cakap nak tgk. Ustazah izinkan. Masa tu, akak-akak dengan abang-abang belum diumumkan lagi ttg result mereka. Kak Ain pun taktahu lagi. Alhamdulillah, masa tu 13 orang straight A termasuk seorang 11A+. Ada seorang akak namanya Najwa dapat 10A+ dan 1A. Sikit je lagi. Tapi result tu dah cukup gempakk kot. Huhu. GPS sama dengan SPM 2011 iaitu 2.50.

Okay. Tomorrow. Result SPM 2013 pulak. Allahu. Terketar lutut.

"YA ALLAH, KAU BERIKANLAH KAMI KEJAYAAN YANG CEMERLANG DAN DAEBAK LAGI MUMTAZ. SEMOGA RESULT KAMI ITU DAPAT MEMUASKAN HATI KAMI DENGAN SEGALA USAHA YANG TELAH KAMI CURAHKAN SIANG DAN MALAM. SEMOGA RESULT KAMI ITU NANTI DAPAT MENGGEMBIRAKAN HATI KEDUA IBU BAPA KAMI YANG TELAH BANYAK MEMBELANJAKAN WANG SEPANJANG PERSEKOLAHAN KAMI, MEMBANGGAKAN GURU-GURU KAMI YANG BERTUNGKUS-LUMUS MENGAJAR KAMI, MENAIKKAN NAMA SEKOLAH KAMI, MENGHARUKAN SAUDARA-MARA, MASYARAKAT DAN JUGA NEGARA. AAMIN."

NORAIN SHAHIRA =)
Sekian, wasalam =)
♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

No comments:

;