MySuperSomething !
Everything has its own beauty. Learn it. Live it. Love it =)
IVs ( Interviews ) | ♔ MiaLovaetto ♔ >
«
»

Monday, May 5, 2014

IVs ( Interviews )

Bismillah.

Assalamualaikum.

Bulan 4 bulan yang penuh dengan aktiviti temuduga. Hewhew. Alhamdulillah. Dipanggil untuk ke sesi temuduga.

14/4/14 :
Interview Program Khas Kejuruteraan JPA ke Jerman, Perancis, Jepun dan Korea.
Di UiTM Lendu Alor Gajah Melaka.
Mirza pilih ke Jepun. Heheh. Actually I'm not. Ayah yang suruh letak Jepun. Tu pun masa isi permohonan tukar 3 kali. Mula-mula Jepun. Then Korea. Then ayah suruh tukar Jepun jugak. Hahah.
Masa interview major pilih Jerman dan Perancis. Tapi tu masa tu je lah. Kalau tak silap, sesi interview ni ada banyak. Kiranya Mirza ni sesi yang pertama lah. Sebab tarikhnya dari 14 hingga 17 April. Task nya takde la susah mana. Cewah. Hahah. Semua guna communication skills. Hmm. Actually Im not good in giving speech, talk and others activities using communication skills la. Hahha, Hamekkaw ! First session kene debat. Ehem. Mirza hentam saja la. Tajuknya Negara Perindustrian Lebih Baik daripada Negara Pertanian. Kene jadi pembangkang pulak tu. At least, keluar suara dan bercakap. Second task, study case. Kitorg dapat tajuk Human Capital. Ye ye je discuss and present, last last semua salah. Hahah tergelak je. "What is human capital?" , kata professor selaku penilai kami tu. Kitorang kaitkan dengan population. Yang group lain pulak cakap pasal pekerjaan yang professional, mcm doktor, engineer and etc. Ahhh whatsoever~ Human capital tu kiranya bila seseorang tu ada modal (duit) then dia buat lah apa-apa pekerjaan or bussiness. Something like that la. The last task pulak mind games. Yang kat sini kira pengubat stress la. Hahha. Selepas kecewa dgn second task cemtu. Enjoy je. Alhamdulillah. Thanks JPA for giving such this awesome experience.

15/4/14 :
Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) di IPG Kampus Raja Melewar, Seremban.
Mirza pilih Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. So either TEACHER or USTAZAH la kan. Hee. Alhamdulillah dapat Bahasa Inggeris. So, UKCG ni ada 5 ujian fizikal dan 1 ujian bertulis. Paling best Ujian fizikal lah. Heheh.
------------
BMI - underweight ==' (39kg, 163cm)
Bangkit tubi bervariasi - passed !
Lompat silang - 25 kotak je.
Sentuh lantai, sentuh papan *ahahah lupa la nama dia!!* - 60 something kalau tak silap.
Bleep test - Level 3 achieved! Yeah ><
------------

Alhamdulillah dipanggil untuk ke sesi temuduga pulak pada 14/5/14. Wish me luck semua =)



16/4/14 :
Ujian Psychometric MARA online. Pheww. Sungguh pada hari ni, badan semua sakit sakit, sengal sengal. Penangan bersukan semalamnya. Sepatutnya pada tarikh ni juga ada JPJ test untuk kereta. Tapi terpaksa ditangguhkan sbb nak jawab ujian psycho ni. Ujian agak mencabar kat IQ test. Dia ada 4 bahagian. IQ test, Personaity test, Kenegaraan, dan Nilai Murni. Ou yeah. Yang MARA ni Mirza pilih program perubatan ke Jordan.

27/4/14 :
Interview MARA di UNIKL MFI, Bangi.
Jauh perjalanan luas pengalaman. Hahaha true indeed ! So begitu la. Ramai bak hang yang dapat interview. Dekat tempat Mirza dalam linkungan 130 org cemtu la. Dan masa tu memang takde sorang pun kawan dari sekolah sama T^T I'm all alone. Tsk tsk. Dan dengar citer dapat interview yang dekat Kolej Mara Bangi almost 2000. Wow ! This is so challenging. Kalau macam yang tahun lepas, no communication skills needed in the interview session. Cuma buat ujian bertulis then balik. Tapi tahun ni dah buat ujian psycho secara online. Then masa iv kene pakai baju sukan. Ingatkanlah kene ujian fizikal lagi. Huhu. So ada 2 session, study case dan bussiness case. Dalam 1 group ada 10 org. Part paling susah adalah bila kita sendiri yang kene judge dan bagi nilai kat kawan kita yang dalam satu group tu. Ahhhh. Mirza tak kisah sangat nak bg markah kat orang tapi terfikir "berapa ekk dyorang bagi markah kat aku?" Haaaahhhh ! Stress jugak taw part ni.

Mesti pelik kan ... "Kau nak jadi apa sebenarnya Mirza?"
Hahha. My first option adalah medic =)

Allahu. Wish me luck. Pray for me. Saya nak sangat yang "ni" . Doakan saya ye =')
♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

;