MySuperSomething !
Everything has its own beauty. Learn it. Live it. Love it =)
♔ MiaLovaetto ♔ >
«
»

Sunday, February 25, 2018

PreMech Fam Day !!

Assalamualaikum.

24022018
Pantai Bagan Pinang Port Dickson

It was a great day to gather PreMech members and having fun playing games together. Eventhough tak semua member datang, tapi alhamdulillah, tak mengganggu dan tak mencacatkan event pun.

PreMech tu singkatan untuk persatuan precision mechanical engineering course. Kali ni, event berlangsung di Pantai Bagan Pinang, Port Dickson. Last year, I tak join sebab masa tu masa tak mengizinkan. Ada hal lain. So this time, I tak lepaskan peluang. Lagipun bila lagi nak kumpul sama sama dan kenal antara satu sama lain secara langsung dan secara tidak langsung. Especially antara senior dan junior la kan. Yang satu batch tu, boleh dikatakan hari hari jumpa. Hihi.

Perjalanan mengambil masa dalam lebih kurang 1 jam 30 minit macam tu dari Kuala Lumpur. Bas bergerak pagi sekita pukul 730-800. Event start pukul 10 dimulakan dengan sesi warm up dan senamrobik, yeehaa ! Pantai ni kalau tengok gayanya haritu, tak ramai orang sangat. So sesuai la untuk buat aktiviti ramai ramai ni. Tak ganggu orang awam, dan tak diganggu orang awam.

Selepas senamrobik, semua dibahagikan dalam kumpulan dan kemudian is game time !! Ada 5 check point kot. Hah entah la. I tak join sangat game ni sebab .......... I forgot to bring extra cloth haih time time ni la lupa. Ada satu aktiviti tu kene berendam dalam air. Haha. Susah la sis kalau da basah basah nanti nak salin baju apaaaaa kan?Ceh padahal salah sendiri la. So I jaga checkpoint main pijak pijak belonsss.

Game ni dijalankan secara berhemah dan terkawal. Segala batas masih dijaga. Huhu.




Ni bukan ahli premech yang hadir tau. Haha ni part of my classmate yang dapat join. Out of 30 something.
BBQ 





The view was soooooooooo subhanallah. Im just in love <3 p="">
My Farisha enjoying herself :)
Favourite photo! Thanks Anis :)


Because Im soooo in love with the scenery.

7.30pm

Alhamdulillah everything went well eventhough not really smooth but its work :)
Terima kasih kepada semua yang mengusahakan event ni. Yes, nak handle event bukan senang. Nak puaskan hati semuaorang lagi. Hihi otsukaresama minna !

Tempat ni lawa. Lagi lagi waktu senja. Ombak tu takde sangat. Aktiviti yang ada kat sini,banana boat la. Katanya, RM100 untuk satu boat sekali jalan,boleh naik 10 kepala. I tak cuba, sebab tak bawak pakaian salinan so sedih huhu. Aktiviti jual beli makanan tu ada. Tapi tak banyak la. Tapi ada ! Hihi.

Enough for now. Thanks for reading. (Walaupun sebenarnya lebih gambar dari cerita hahaha)

Sorry for low quality of editing. Video pun reuse balik from IG story sebab I takde back up dan senget pulak tu. Hahaha. Kene rotate kepala sendiri for best view hihi. 

♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

Tuesday, February 20, 2018

Power kerabunan meningkat !

Hai. Assalamualaikum.

Hari tu teman kawan pergi kedai cermin mata. Alang alang tu saja lah try nak check kerabunan mata ni sebab masa last check mata tu terlupa pulak berapa power sekarang. Hahaha.

No wonder la makin lama rasa macam makin jauh je kalau tak pakai spek. Rupanya,mak aih, power da meningkat ! Hahaha first impression, mestilah sedih. Tak expect pun akan meningkat plus kepala asyik pening je. Ye lah, penglihatan da makin terhad. Sakit mata nak fokus tengok benda, terus pening kepala. Huhu.




Yang dalam printed word tu hasil pemeriksaan mata yang baru baru ni. Yang ditulis tu, power cermin mata yang tengah pakai sekarang. Beza dekat rabun la makin meningkat. Kanan naik 25, kiri naik 75. Terkejut sebab dulu okay la dua dua mata baru seratus seratus. Sekarang dah sampai 300 mana sis tak terkejutttt? Haha.

Start rabun masa tingkatan 4, tahun 2012. Tu pun perasan sbb bila duduk paling belakang dalam kelas, tak nampak apa yang ditulis oleh cikgu kat papan putih tu. Check check mata, memang kene pakai spek pon. Sobs sobs. Lepas bermula la kisahku dengan spek. Kalau boleh, nak mata sihat je. Tak nak pakai spek pun.

So kawan kawan, apa cara terbaik untuk kurangkan rabun, atau pun untuk hilangkan rabun? Hihi. Mind to share, kalau kalau ada tips yang maybe pernah diamalkan dan berjaya ke, kan? Kecuali lasik sebab lasik mahal. Maybe lasik boleh aim for future la kot kalau da ada duit banyak banyak ;)
♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

Monday, February 5, 2018

YATTA ! PASSED JLPT N3

Assalamualaikum.

#throwbackpost

I have been so unactive since last year, sebab takde langsung post. Hahaha. I ada je jenguk jenguk usha usha blog ni. Tapi maybe sebab faktor masa, dan kadang kadang I ketandusan idea tak tahu nak blogging apa, so terabai la. Tapi 2017 I ada banyak aktiviti dan seriously memang sibuk. So maybe, InsyaAllah kalau ada masa, dan kerajinan, I throwback la apa yang busy sangat tu. Hahahaha.

So, today I wanna throwback about my JLPT. What is JLPT? Haha. I guess those who learn Japanese Language will know/notice the existence of this JLPT thing. JLPT is JAPANESE LANGUAGE PROFICIENCY TEST. JLPT is kind of international exam la. [ JLPT website ] And to take this examination, you have to pay the fee huhuhu =)

JLPT ada 5 level yang dikenali sebagai N1, N2, N3, N4, N5. Paling tinggi, paling bagus, paling pandai, tahap paling master tu level N1. Paling rendah (tapi okay la sebab ada basic Japanese Language) level N5. Level N5 ni kalau sesiapa yang ada belajar nihonggo (Bahasa Jepun) masa sekolah menengah sebagai bahasa ekstra tu, boleh la ambil. My friend ambil N5 masa alam sekolah menengah. Each level bayaran lain lain. Rasanya kalau N4 and N5, RM120. Kalau N1, N2, N3 bayarannya RM150.  Imagine , kalau tak pass exam ni boleh frust menonggeng sebab duit melayang layang. Hahaha. Dan takda limit umur. Nak ambil masa umur berapa tahun pun boleh as long u're ready to face the challenge (and also as long you know Japanese Language).

JLPT ada kelebihannya tau. Kalau nak tahu, baca ni [ Advantages of JLPT ]. Kiranya tak rugi pun ambil JLPT selain nak uji tahap kemampuan bahasa Jepun tu. Ruginya, kalau awak fail je la. Hihihi,

Ohh kalau tertanya tanya ( cehh, kalau la kan ), I start knowing nihonggo (Japanese Language) since 2014, about 4 years ago. Masa tu I buat preparation to study at Japan la kononnya, so nak taknak kene la belajar bahasa baru ni. Hihi. (oh I didnt pass the cut off point needed in preparatory programme so thats why I'm not going to Japan).

I pernah ambil JLPT once before this in 2015. Kiranya ni my second attempt la. Haha. 2015 I ambil level N2. I rasa masa ni sebab pengaruh rakan rakan sebab ramai ambil N2, tapi I lupa bahawa otak I ni tak segeliga mereka. Huhu. Ohh Test N2 ni I ambil sesama dengan kawan I masa kat preparatory programme. Rasanya persediaan untuk N2 masa tu teruk. I boleh lepak lepak dengan kawan kawan makan boat noodle macam takda apa berlaku k. Ni bukti update kat twitter.
Treat apa benda ntah padahal sehari sebelum JLPT tu >,<

Hahahah. So no wonder la hasilnya ......

Ni certificate yang dihantar ke rumah. Walaupun fail, tapi excited jugak la benda ni sampai rumah. 

Tapi masa tu I tak frust sangat lah, sebab ramai jugak yang senasib dengan saya. Hahahaha. Tapi I rasa level N2 memang susah kalau tak buat persediaan bebetul. Okayy baru menyesal.

Kiranya masa ambil N2 tu tujuannya ialah kerana galakan rakan rakan. Hahahaha. This time, after 2 years, 2017, I ambil N3 (turun level sikit sebab taknak konfiden sangat hahaha). And this time I ada motif. Satu, tempat I belajar sekarang ni still kene belajar bahasa Jepun sebagai subjek teras. So sensei (lecturer) kata, kalau nak exempt subjek ni at least ada JLPT N3. Hah, tu salah satu sebab kenapa ambil N3 kali ni. Kalau ada at least N4, I ambil N4 je. Hihi. Dua, I nak letak result JLPT ni dalam resume, CV nanti hihihi sebab ni ada kelebihan lain untuk alam pekerjaan nanti :)

Kalau nak cakap persediaan kali ni tu, hmmm I banyak main main, plus banyak aktiviti. So I punya jadual study pun tunggang langgang. Ohh, I study sendiri masa ni. I guna je buku yang dah ada. I guna buku masa zaman prepatory dulu. I know effort yang I letak tak cukup pun. Nak belajar ni sebenarnya kene berguru. Tapi sebab kesuntukan masa, so I revise sendiri, berbekalkan ilmu yang masih lekat masa zaman preparatory dulu. Kat university ni ada je buat kelas untuk sesiapa yang nak ambil JLPT tapi berita ni I lambat tahu, so bye bye la. Rasanya I betul betul start study around 2 3 weeks before the exam day. Yes yes, malam sebelum exam tu, I nervous ! Nak tidur pun takut, sebab rasa tak cover semua topic lagi walaupun I tahu, kalau I try to cover everything pun susah nak lekat kat kepala. Perasaan ambil N3 lebih kepada berdebar. Sebab this time, I pergi sorang sorang. Without my friend =') Rasa sunyi pun ada sebab biasanya sebelum exam ni la kita revise sama sama. Hahaha.

Check result online. Cant wait for certificate !

Alhamdulillah. Eventho markah tak setinggi mana, at least I can say it worth my RM150 ! Pheww. Result was out in January 2018. So ni antara happy news for me for this year. I rasa kalau I failed again this time, maybe I give up to try again. Maybe, I rasa I memang tak layak untuk uji diri dengan test ni. Hahaha. Alhamdulillah. So, sekarang I macam terfikir nak challenge diri untuk next level pulak tapi takut la sebab N2 tu macam nightmare. I rasa kalau nak ambil next level, I kene ready dan belajar bebetul. Tengok la dua tahun nanti ><

So, begitu la serba sedikit pasal JLPT dan pengalaman saya berJLPT. I never knew I would learn this language before. Never cross in my mind. Tapi perancangan Allah kan. Kelakar pulak bila boleh cakap sikit, tulis sikit bahasa ni. Sikit je okay ! Betul ke tidak, tak tahu la. Hahaha. However, Im still a learner. Banyak benda tak belajar lagi. So, jangan judge I okay. Hihi.

Sorry post panjang. Maybe I over excited ! Hahaha thanks anyway :)
♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

Monday, January 29, 2018

Student Promo di UNISAVE

Assalamualaikum.

Hai . Nak share satu site yang mana para pelajar boleh dapatkan promo code apabila shopping online ! Site ni semua pelajar perlu tahu supaya dapatlah save duit sikit hihi. Terdapat pelbagai promo code boleh didapati di UNISAVE. Hanya perlu mendaftar di UNISAVE dan nikmatilah pelbagai diskaun yang tersedia ada.


Antara promo yang ada 
> LAZADA
> ZALORA
> SONY
> HERMO
> PHOTOBOOK MALAYSIA
> RedBus
> Watson
> MPH online

dan banyak lagi la. 

Kepada online shopper jangan lepaskan cara berjimat ini okayyy ! Hihi

Oh yeaa, masa daftar benda ni dulu dah lama so ingat ingat lupa je la ni. Rasanya account ini hanya untuk pelajar universiti sahaja. Kalau tak silap, masa daftar tu kene isi detail pasal 'pelajar' dan kene upload kad matriksssss. Ye kad matrikss. Masa tu la. Tak sure kalau tak isi pun okayy atau tak. 

Apa apa pun jangan lupa try ! Hihi . Selamat bershopping dengan UNISAVE anak anak sekalian.


♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

Saturday, September 3, 2016

Done MMM UTM !

Bismillah.

Assalamualaikum.

Hi im here again dan tak lain tak bukan akan bukak cerita pasal study. *Bosannya* Haha.

So, this time is my 3rd university in my life and within only a year (No ! Tak sampai setahun lagi actually.) . Hehe. Student banyak isu mcm ni la. Hihi.

Kali ni alhamdulillah I got an offer for Bachelor Precision Mechanical Engineering at UTM (KL campus). InsyaAllah esok dah start kelas dah. This year paling sikit kot girls dalam course ni. Overall ada 50 dan girls only 12? Hah, normal la tu.

MMM buat kat UTM Skudai. Dapat jumpa lagi ramai kawan la kat sana, Best ! Paling best part sambutan merdeka la. Dan cheers war !!! Juga malam kebudayaan.

Again, boring post lagi. Hahaha. Takde gambar pun sbb serius orangnya. Kalau kene fokus, mmg fokus betul, handphone mmg tak sentuh. Hihi.

So, selamat kembali ke pangkuan universiti mahasiswa degree sekalian =)
♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

Monday, May 30, 2016

MDS UiTM Mahasiswi Baru

Bismillah.

Assalamualaikum.
Setelah sekian lama menganggur cewah, alhamdulillah pada 24 Mei selamat mendaftar sebagai pelajar Diploma Kejuruteraan Kimia di UiTM. Persediaan kali ni was really bad. Bayangkan result upu tahu 16 Mei. 18 Mei baru tergerak hati nak terima tawaran tu. Lepas dah setuju je terus dapat tahu 24 Mei kene daftar. Masa tu masih bekerja lagi. Kelam kabut terus minta berhenti dan akhirnya pengurus benarkan berhenti pada 22 Mei. So berbaki kan 1 hari tu je la, persediaan sepenuhnya dilakukan. Penat.

Kerja = tak cukup rehat
MDS (Minggu destini siswa) = tak cukup rehat/tidur

Pengalaman MDS ni memanglah satu kenangan. Akui, MDS ni penting untuk lepasan sekolah yang baru masuk alam universiti. Tapi, bagi aku yang dah ada pengalaman jadi pelajar universiti sebelum ni, tak rasa excited sangat. Well, biasa je. Haha.

24 Mei :
Daftar kolej dan masuk bilik. Kolej ni dia macam rumah. Satu rumah ada 4 bilik. Satu bilik ada 2 orang. Kemas kemas, then dalam pukul 3:30 ptg dah kene berkumpul depan kolej dan dah kene say bye bye kat parents. It's the time MDS bermula. Wooo ~ Fasi fasi yang menguruskan kita ke sana ke mari digelar PM (Pemimpin Mahasiswa) dan kita digelar MB (Mahasiswa Baru). First day ni banyak pengenalan tentang UiTM sendiri. Balik kolej semula pukul 12 lebih. Ye, sampai 12 lebih tak mandi. :)

25 Mei :
Kene berkumpul pukul 4 pagi. Tapi satu rumah salah faham, Ingatkan pukul 4 baru bangun. Hahah. Bangun bangun je pukul 4 tu dah dengar PM (Pemimpin Mahasiswa) bising jerit "Bangun siswi. Cepat!). Kelam kabut jugak la. But, we made it before 4:30 dah sampai dataran. Faham faham lah mandi macam mana. Gahahah. So hari kedua ni semua nya berkenaan dengan pendaftaran kita sebagai mahasiswa di UiTM. Memang penat sbb byk proses nak kene buat. Time ni badan dah start panas. Masa awal awal rasa jugak tak sedap badan tapi kali ni taktahan. Demam. Huhu. So pergi ke unit kesihatan dan dapatlah ubat ubatan. Balik agak awal sikit kali ni, dalam 11 lebih dah ada kat kolej. So, balik kolej buat apa? Mandi ! Hihi

26 Mei :
First thing apa yg dibuat lepas bangun, terus tengok phone. HAPPY BIRTHDAY DEARSELF !!!!! Alhamdulillah, bangun awal sikit dan sempat turun before 4. Hiks. Birthday girl kan? Tapi badan still panas. Redha je la. Kali ni pi unit kesihatan lagi sebab masih demam kan. So doctor decide ambil darah takut kes denggi ke kan, alhamdulillah, darah normal je. Mungkin demam sebab tak cukup rehat kan? Tapi nak buat macam mana. Petang tu ada aktiviti sukan. Lepas sukan, kau rasa ada masa ke untuk mandi? TAK ! Haha. Lepas sukan, tukar balik baju formal (kemeja/baju kurung), tanpa mandi. Kau rasa, selesa tak? Hahah redha je la nak :)

27 Mei :
Excited sikit sbb esk dah last day MDS ! Harini berlangsung perasmian MDS. Semangat sikit sbb nak nyanyi lagu lagu UiTM kan. Alhamdulillah, satu batch did really well. Performance pun nice ! Bangga dan terharu tengok adik adik buat persembahan hebat macam tu. Hakak pun tak mampu.

28 Mei :
Last day MDS, Pengenalan berkenaan hal kolej pula. Kemudian petang ada aktiviti lestari alam under unit koko. Lastly, kene lari 3.2km. Fuhh. Lari je la. Alhamdulillah bukan orang last. Kihkih.

Last moment berlatar belakangkan sunset :)

Pickupline engineering student kahkah. Win tau bende ni.


Fakta MDS :
- Makan 3 minit takde masa nak borak ke tgk orang ke, kadang kau baru je duduk dah kene pekik, cepat !!! Akui, kadang rasa nak makan pun tak senang. Stress.
- Jalan laju walaupun dah laju mana pun still kene laju lagi. Haha. Sakit kaki. Dinasihatkan pakai la kasut yang bersesuaian mcm sport shoes supaya mudah bergerak dan kaki tak melecet okay?
- Mandi sehari sekali.
- Tudung? Pakai bawal sudah. Simple dan mudah gerak. Masa ambil wudhu naksolat tu pun tak sempat tau nak adjust tudung senget benget ke tu.
- Stand by payung. Kot kot hujan kan, takde lah basah kuyup.
- Bawak la minyak wangi untuk keselesaan. Gahaha. Takyah bawak make up sgt, kompem tak sempat la. Memang selekeh je muka masa tu.

Banyak sangat kenangan MDS smpai taktahu nak taip apa buat masa sekarang gahahah. Nnti kalau rajin, sis update. Hehehe.

And yes, I am 20. Kawan kawan satu u sekarang ni mostly 18. Ramai pelik kenapa masuk lambat so this is my journey,

SKSBP (UPSR) >> SMKA MAAHAD MUAR (PMR,SPM) >> AMBANG ASUHAN JEPUN, Universiti Malaya (Preparation for Japan University but ended up with failed result) >> UiTM Pasir Gudang (Diploma ahead)

Something yang sangat susah nak adapt with the situation and the things. Tapi redha atas jalan yang Allah beri. Ada hikmahnya. Andai ini jalan nya, moga Allah redha dan permudahkan. Amiin :)


♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

Sunday, March 6, 2016

A Working Week

Hai. Assalamualaikum.

So lepas sehari, here we go with a completed week for working experience. Haha. Poyo nya iolls.


Penat memanglah penat. Lagi lagi dapat shift malam + closing. Haha. Mula mula blurr jugak what should i do. Lama lama dah tahu la sikit sikit. Alhamdulillah, hari ketiga keempat dah boleh la jugak ambil order, punch order kat skrin. Cuma blurr sikit masa nak punch so lembab sikit la. Haha. So glad esok dapat shift middle. SO, tak buat  neither opening or closing. Huhu.

Ok bye. Shall get enough rest for productive day tomorrow.

♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

Monday, February 29, 2016

29Februari's Moment

Assalamualaikum...

First day work was not so bad. Cuma sakit pinggang sikit. Haha. Plus kekok. Semua nak orang suruh buat, baru gerak. Haha. First experience kot. And it's happened on 29 February. A day to remembered lah jugak.

Banyak bende nak develop masa cuti ni. How to own money by self, communication skill, confident level, fuhh kalau tak agaknya la berlesen motor tanpa menunggang la jawabnya. Haha. Oh hi, saya da reti jalan jalan naik motor. Lepas ni boleh ajak lepak mamak ke, rempitz rempitz ke, ajak joging pepagi ke, hahaha.

Penat, sebab dapat shift malam. Zzzzz...

♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

Tuesday, January 26, 2016

Shukugakai 2016 ^^

Assalamualaikum. Hi =)

祝賀会 (read as shuku.ga.kai) means celebration !

Finally, grand dinner ever to celebrate pelajar tahun dua. Its like annual dinner la. No, memang pun annual dinner. Heeheehee. Thanks for your hard work adiks adiks kouhai for the preparation and the event its well. Amazing persembahan adiks semua. Hebat hebat. Hontouni subarashikatta. Tapi sorry I terhibur sangat sampai lupa nak ambil video. Heeheehee.


Dey classmate hahaha


Those who always stay ~

Sensei kara ^^


OKbye ~ Hahaha. 


♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

Sunday, January 17, 2016

おめでとう、皆 =)

Assalamualaikum. Bismillah.

Finally, the time has come. And I'm done with it. Fuh.

Goukaku, omedetou minna =)



91, jaga diri baik baik dekat negara orang. Jangan buat malu orang Malaysia, datang kelas lambat la, tak datang kelas la, nebou la, ehh sesuka hati engko je. Haha. Dah dapat peluang fly tu buat la baik baik. Bagi molek sikit perangai tu. Hahaha. Ganbattene !!

Sorry sebab khianati janji kita nak fly sama sama konon. Haha. Yet I know, He knows the best. Nanti kirim sebijik i phone okayy.

6 others inc me, goodluck jugak with new things and hopes =)

Eventho orang kata "2 tahun kau bazir kat sini je?'
Hey hello. Hahaha. A lot of things I gained from this place, this programme. Jatuh bangun golek tidur stay up balik lambat bangun awal rehat sekejap bla bla bla . This is so LIFE. Mungkin Allah singgahkan aku kat sini untuk belajar something dari sini dan ambil ibrah untuk future, Aku rasa macam hero je dekat sini. Rasa macam kuat sangat dapat stay sampai last program ni. Tak tipu. Hahahaha.

Okbye. Salam perpisahan.. Hiks.

♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

Tuesday, August 11, 2015

スポーツ大会 33

Bismillah.

Assalamualaikum.


Yeay finally. Menang keseluruhan untuk sports tahunan. Tak tahu nak terharu ke tak. Hihihi tapi susah nak sangka sebab kalau lihat fizikal kami alahai. Apapun tahniah G3 for the yuushou. Alhamdulillah happy. Dah lama tak merasa kemenangan since masuk sekolah menengah. 





 Few months to go. Cepat masa berlalu. Mohon doa kalian. Huhuhu.
♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

Wednesday, February 18, 2015

Yosh !!!


Assalamualaikum.

Aku punya cita cita nak pegang salji.
Nak main salji.
Nak buat Olaf sendiri. Hikhik.
Thats the only reason why Im here.
Not because of passion towards what Im study.
Allahu.
(It wasnt easy)

Sedar tak sedar. Dah nak tamat Sem 2 dah. 
Lagi 2 minggu nak final.
MasyaAllah. How time really really flies.
Rasa macam semalam je baru result SPM keluar.
Cehh. Over taww I.
Hmmm.


Course yang aku ambil wasnt easy for me. Hoho.
Sebab ni adalah pilihan yang berapa nak minat.
Tapi sebab nak pegang salji tu huaaaaaa!
Saya reda. Tawakal ala Allah.
So aku rasa niat aku pada awalnya memang tersasar.
Tajdid niat.
Allah no tame da.
InsyaAllah.


Sedar tak sedar jugak.  Dah separuh perjalanan dah kat sini.
Tapi final ni la penentuan sama ada dapt teruskan ke next sem atau babai salji.
Hukhuk.
Bukan setakat salji. Sakura pun babai. *aish sedih rasa*
So, seboleh bolehnya taknak lah separuh jalan ><
Jujur benda ni amat tough untuk aku.
Tapi aku tahu, Allah takkan bebankan hambaNya dengan dugaan yang tak mampu dihadapi oleh hambaNya kan?
InsyaAllah liku liku kehidupan ni ada jalan, ada hikmah daripada Allah.
InsyaAllah Aamin.


Yosh ! Ikuyo !

Doakan saya. Sayang kalian.

*tamat masa untuk santai*

Assalamualaikum ^^




♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

Sunday, November 9, 2014

Tips Pemilihan Warna Tudung

Bismillah.
Assalamualaikum.

Kadang-kadang bila kita pakai tudung pernah tak rasa macam tak kena la, macam tak sesuai, pernah tak?

Kalau pernah, jangan risau. Saya ada terjumpa 1 tips yang insyaAllah dapat bantu menyelesaikan masalah anda. Hehe. Dah macam promote apa dah.



So..... lepas ni boleh la buat pemilihan yang tepat.

Bila kita dah selesa dengan penampilan kita, of course la kita punya keyakinan dalam diri pun bertambah. Hah. InsyaAllah hari anda pun menjadi ceria. Heheh. Harap bermanfaat.

Wassalam =)
♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

Friday, October 10, 2014

Sayounara Sem 1.

Bismillah.
Assalamualaikum.

MasyaAllah. What a suprise! How time really flies heh?
Alhamdulillah, baru habis kimatsu shiken [final exam] for sem 1.
Lets have a break for two days and then say hello to sem 2.

"Two days only? Thats  your sem break? What?"

Ehh relax brothaa relax sistaa. Its okay. Its normal.
Yea I know orang lain, tempat belajar lain dapat rehat after final sem. Tapi tu diorang. Depa lain. Kami lain. Hmm hmm. Ihiks.

Saja nak cakap. Belajar bahasa tak mudah. Benar.
Ingat lagi apa ustaz cakap. Nak belajar apa2 ilmu semua kene berguru. Walaupun belajar bahasa kene ada guru. Hah. Nampak tak? Learning languange is not easy. Even dulu dulu nak belajar ABC pun susah jugak kan? Elelele malu malu nak ngaku konon. Haha.

Alhamdulillah. Memang payah tapi insyaAllah Ill try me best. Err. Tak pernah ada keinginan pun nak belajar bahasa ni. Setakat dulu nyanyi lagu Miraie tu saja saja je. Huhu. Takpe. Ada sebab Allah tempatkan kita kat sini. Ada sebab kenapa Allah nak suruh tuntut ilmu ni.

Lihatlah post sebelum ni. Cakap pasal midsem. Haiya. Bosan pulak blog ni jadinya. Huahua.
I busy la. Time lepas exam je sempat update. Guane lagi kan?

^N1^

^N4^

Selepas exam (mid sem and final) , kelas bahasa akan rombak. Thats why just in 1 sem I have two classes with those superb amazing people.

Jya , Sayounara Sem 1. Irassyai Sem 2.

Assalamualaikum ya minna san =)

♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

Sunday, August 17, 2014

Shiken Week.

Bismillah.

Assalammualaikum.
Pejam celik, pejam celik kejap je masa berlalu.
Yang dahulunya senang lenang duduk rumah, sekarang dah busy bagai apa sampai rumah pun tak sempat jenguk. Ceh. Jangan kata rumah, bilik kat kolej kediaman ni pun susah nak ngam. Apatah lagi katil. Haha. Paling lawak, meja belajar pun boleh jadi tempat tidur. Tidur? Err. Just take a nap.

Tak sangka pulak life kat universtiti lagi busy daripada zaman SPM. Hikhiks.
"Ke life untuk program aku je yang busy sesangat ni?"

K. Back to basic.
Shiken ga aru desu yo ! 18, 19, 20, 21, 22 Ogos.
It's shiken week finally. Finally? Aherher.
Baru mid sem je pun. About two months ago, baru je kenal huruf huruf dan karakter baru dalam hidup. Tup tup da 25 bab dah belajar. Daripada dulu yang rasa susahnya nak hafal hiragana dan katakana (kanji jangan cerita la.. hehe..), sekarang dah boleh la baca sikit sikit. Tapi tak sampai lagi tahap sugoi nye. Baru nak mendaki la katakan. Hehe.

Saja je cari topic untuk bukak blog. Hee. Time to rensyu/revise.

Wasalam.
♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

Saturday, August 2, 2014

New Life

Bismillah.

Assalamualaikum.

Ya Allah. Rindunya nak menaip kat sini. Hikhik. It such a long time tak bukak blogger sejak daftar belajar kat tempat baru ni sampai la laaa ni. Ni pun curik2 masa kejap.

Kehidupan sekarang dah berbeza daripada sebelum ni. I thought zaman SPM ialah zaman yang paling busy. Rupa-rupanya ....... jeng jeng jeng. Busynya lahai kehidupan sekarang.

" Mirza .. takmau mengeluh. Tak baik."

Okay. Whatever it is. Wherever I am. Whatever I have to do. Whenever I should spend my leisure time. However it is. I should move on.

2 years to go. InsyaAllah da lepas fasa 1 selama 2 tahun ni, kat sana senang sikit. Allahu. Permudahkan urusan hambaMu ni.

Nihon ! Mu tunggu cek pi sana.

Hehe.

Akhir kata, saya empunya blog ini kini sedang melanjutkan pelajaran di Ambang Asuhan Jepun UM selama 2 tahun. 4 tahun insyaAllah di Jepun dalam bidang kejuruteraan. Doakan saya berjaya. Terima kasih. =)

Tak boleh nak borak panjang. Apa yang sempat saja. Ni pun saja nak lepaskan rindu.

Ouh lupa pulak. Selamat hari raya Aidilfitri maaf zahir dan batin.

wasalam.
♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

Monday, May 5, 2014

Matrikulasi - Ke Kedah Ke Kita?

Bismillah.
Assalamualaikum.

Alhamdulillah dapat matriks. Tapi Kedah? Mirza tak minta pun ke Kedah. Orang selatan ke utara. Orang utara pulak ke selatan. Huhu. Almost satu kelas dapat tempat sama. Dn almost satu sekolah jugak maybe. Hmm dalam 3/5 or maybe 2 setengah/5 yang dapat Kedah. Hahha. Malas nak buat bancian sangat. Tapi ........ Alaaa, bosan la ngadap orang sama je. Hikhik. Gurau je kawan. InsyaAllah. Tapi tak pasti lagi. =)


Wasalam =)



♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

IVs ( Interviews )

Bismillah.

Assalamualaikum.

Bulan 4 bulan yang penuh dengan aktiviti temuduga. Hewhew. Alhamdulillah. Dipanggil untuk ke sesi temuduga.

14/4/14 :
Interview Program Khas Kejuruteraan JPA ke Jerman, Perancis, Jepun dan Korea.
Di UiTM Lendu Alor Gajah Melaka.
Mirza pilih ke Jepun. Heheh. Actually I'm not. Ayah yang suruh letak Jepun. Tu pun masa isi permohonan tukar 3 kali. Mula-mula Jepun. Then Korea. Then ayah suruh tukar Jepun jugak. Hahah.
Masa interview major pilih Jerman dan Perancis. Tapi tu masa tu je lah. Kalau tak silap, sesi interview ni ada banyak. Kiranya Mirza ni sesi yang pertama lah. Sebab tarikhnya dari 14 hingga 17 April. Task nya takde la susah mana. Cewah. Hahah. Semua guna communication skills. Hmm. Actually Im not good in giving speech, talk and others activities using communication skills la. Hahha, Hamekkaw ! First session kene debat. Ehem. Mirza hentam saja la. Tajuknya Negara Perindustrian Lebih Baik daripada Negara Pertanian. Kene jadi pembangkang pulak tu. At least, keluar suara dan bercakap. Second task, study case. Kitorg dapat tajuk Human Capital. Ye ye je discuss and present, last last semua salah. Hahah tergelak je. "What is human capital?" , kata professor selaku penilai kami tu. Kitorang kaitkan dengan population. Yang group lain pulak cakap pasal pekerjaan yang professional, mcm doktor, engineer and etc. Ahhh whatsoever~ Human capital tu kiranya bila seseorang tu ada modal (duit) then dia buat lah apa-apa pekerjaan or bussiness. Something like that la. The last task pulak mind games. Yang kat sini kira pengubat stress la. Hahha. Selepas kecewa dgn second task cemtu. Enjoy je. Alhamdulillah. Thanks JPA for giving such this awesome experience.

15/4/14 :
Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) di IPG Kampus Raja Melewar, Seremban.
Mirza pilih Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. So either TEACHER or USTAZAH la kan. Hee. Alhamdulillah dapat Bahasa Inggeris. So, UKCG ni ada 5 ujian fizikal dan 1 ujian bertulis. Paling best Ujian fizikal lah. Heheh.
------------
BMI - underweight ==' (39kg, 163cm)
Bangkit tubi bervariasi - passed !
Lompat silang - 25 kotak je.
Sentuh lantai, sentuh papan *ahahah lupa la nama dia!!* - 60 something kalau tak silap.
Bleep test - Level 3 achieved! Yeah ><
------------

Alhamdulillah dipanggil untuk ke sesi temuduga pulak pada 14/5/14. Wish me luck semua =)



16/4/14 :
Ujian Psychometric MARA online. Pheww. Sungguh pada hari ni, badan semua sakit sakit, sengal sengal. Penangan bersukan semalamnya. Sepatutnya pada tarikh ni juga ada JPJ test untuk kereta. Tapi terpaksa ditangguhkan sbb nak jawab ujian psycho ni. Ujian agak mencabar kat IQ test. Dia ada 4 bahagian. IQ test, Personaity test, Kenegaraan, dan Nilai Murni. Ou yeah. Yang MARA ni Mirza pilih program perubatan ke Jordan.

27/4/14 :
Interview MARA di UNIKL MFI, Bangi.
Jauh perjalanan luas pengalaman. Hahaha true indeed ! So begitu la. Ramai bak hang yang dapat interview. Dekat tempat Mirza dalam linkungan 130 org cemtu la. Dan masa tu memang takde sorang pun kawan dari sekolah sama T^T I'm all alone. Tsk tsk. Dan dengar citer dapat interview yang dekat Kolej Mara Bangi almost 2000. Wow ! This is so challenging. Kalau macam yang tahun lepas, no communication skills needed in the interview session. Cuma buat ujian bertulis then balik. Tapi tahun ni dah buat ujian psycho secara online. Then masa iv kene pakai baju sukan. Ingatkanlah kene ujian fizikal lagi. Huhu. So ada 2 session, study case dan bussiness case. Dalam 1 group ada 10 org. Part paling susah adalah bila kita sendiri yang kene judge dan bagi nilai kat kawan kita yang dalam satu group tu. Ahhhh. Mirza tak kisah sangat nak bg markah kat orang tapi terfikir "berapa ekk dyorang bagi markah kat aku?" Haaaahhhh ! Stress jugak taw part ni.

Mesti pelik kan ... "Kau nak jadi apa sebenarnya Mirza?"
Hahha. My first option adalah medic =)

Allahu. Wish me luck. Pray for me. Saya nak sangat yang "ni" . Doakan saya ye =')
♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

Wednesday, April 2, 2014

#throwback Alarm Pak Guard Kott

Bismillah.
Assalamualaikum.

Throwback zaman remaja muda mudi masih bergelar pelajar sekolah lagi. Haa how I really miss my school haa?

Okay. Last year (2013) merupakan tahun yang paling busy dan complicated. Cehh. Citernya macam ni, normally kita akan sertai 2 pertandingan ni setiap tahun. Kira macam orang penting la jugak. *angkat kolar* Cehh cehh. What a suprise! Last year dalam pada masa dan tarikh dan hari yang sama, kena sertai 2 pertandingan. What? What?

Lupa nak habaq terus. Pertandingan pertama Pertandingan Seni Silat dan yang kedua English Drama Competition. Actually position kita dalam kedua-dua pertandingan tu biasa-biasa aja. Hehe. Yang pertandingan silat tu actually jadi muzik pengiring pesilat je. Tapi setakat ketuk-ketuk gong je lah. Okay lahh janji ada job. Lagipun dapat tengok sekali aksi-aksi pesilat negara. Cehh. Padahal peringkat daerah je tu. ^^, Yang English Drama tu pulak pun sebagai watak sampingan je. Walaupun tak duduk tengah-tengah pentas tapi kira okay lah sbb all time ada kat atas pentas. Heh heh, kita bukan pegang watak pokok atau apa-apa benda yang statik kat atas pentas okay. Same thing jugak, as musician. Cehh. Muzik pengiring untuk drama drama tu guna alat muzik silat. Harhar. Sounds good? Of course! Hikhik. Drama kitorang masa tu berkenaan dengan Tanggang. So, rasanya mmg tak lari kot kalau nak main dengan alat muzik silat.

Masa tu tarikh untuk salah satu pertandingan ni diberitahu lambat sikit. So, kitorang dah prepare dah untuk dua-dua pertandingan ni. Suddenly, dapat maklumat tarikhnya sama! Terpikir jugak, takkan nak lepas kan salah satu, cikgu nak cari pengganti mcm mana sbb dah kesuntukan waktu. Tambahan pula, kedua-dua pertandingan nak guna alat muzik tu. Lagi lah tu alat muzik silat! So, akhirnya we choosed both dan memang betul-betul terkejar-kejar masa tu. Pheww~

There's a thing yang kita takkan pernah lupa berkenaan dengan waktu yang sangat memeningkan macam waktu tersebut. Kenangan kenangan. Pagi-pagi tu ada pertandingan English Drama dekat sekolah. So, kita bawak handphone sebab hari tu tak belajar dan tak masuk kelas. Kita duduk kat dewan belakang kejap then nak pi sekolah lain pulak untuk pertandingan silat. Bukan selalu taw bawak handphone. Cuma bila ada masuk pertandingan dan kena pergi luar sekolah dan ada kelas tambahan jeee. Jangan salah faham T^T. Okay sambung. Masa baru jejak ke dalam sekolah tetiba terdengar alarm phone. 'Hehh aku tak silent kan phone ke? Asal alarm berbunyi? Bila masa pulak buat alarm time time macam ni?' - dalam hati laa. Then, jumpa cikgu kat pondok guard dan salam dia. Spontaneously, kita pun cakap dekat cikgu "Kejap nak tengok phone." Cikgu - "Cepat matikan alarm sebelum saya rampas.". Kita tengok phone, takda apa pun. Kita masuk kan handphone dalam kocek, tetiba ada lagi bunyi alarm tu. Cikgu - "Kenapa tak matikan?". Me- "Bukan saya punya." Cikgu - "Bukan saya punya jugak" *sambil pegang dan tengok phone dia*. Pandang belakang, pak guard tu mcm tgh cari something T^T. Cikgu - "Harini ada pertandingan apa?" Me - "Silat dan drama". Masa tu tengah pakai baju uniform silat dan hari tu pun hari Selasa. So, memang pelik lah kan sebab sesat pakai uniform silat. Jadi, cikgu pun tahu lah mestilah ada event. So, saya dibebaskan. Cehh. Padahal tak kisah pun sbb nak ke luar sekolah nanti.

Sampai hati pak guard letak lagu alarm sama dengan kita ! T_T Nasib baik cikgu tu kenal kita dari form 1 so sporting lah sikit. Heheh.

And yeah! Pertandingan Drama dapat masuk final round. Walaupun tak menang tapi seronok lah sbb dah dapat perform yang terbaik. Yang silat tu ada yang menang ada yang tewas. Ramai newbie pun.

Anyway, goodluck junioritasss for this year. All the best! ^^

Silat masa 2012. Masa ni johan keseluruhan dan dapat pi peringkat negeri. Yeay! Tumpang happy ^^

Drama masa 2013 =)
Sekian wasalam ^_^
♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

Friday, March 21, 2014

Alhamdulillah -- SPM 2013 --

Bismillah.
Assalamualaikum.

Mirza antara orang yang tak nak pergi sekolah bersempenakan majlis penyampaian result SPM tu.
Kenapa?
Halaaaaa. Ceq takut lah >< Ceq tak sanggup nak tengok orang-orang yang dapat 11A diri kat atas pentas tanpa ceq. Seriously, taktahu kenapa tak sanggup even tu kawan-kawan sendiri. Haaaa. Bukannya apa, cuma takut ada rasa iri. Huhu. Kalau boleh nak satu form ada kat situ!
Jujur! 2 hari sebelum menjelangnya 20 Mac 2014, baru terasa cuak dan debarnya. Lahai. Jadi, mulalah perbanyakkan lagi solat hajat, solat sunat. Moga Allah bantu. Cuma harap Allah hilangkan rasa nervous tu. Cuma harap Allah redakan hati ni nanti bila dapat result, terima seadanya dan jangan kecewa! Tu je yang dapat diharapkan.

20 Mac 2014
Pagi tu tak boleh tidur. Apa lah yang bermain kat fikiran Mirza masa tu hanya Allah yang tahu. "Aku takut ke?" Mirza sendiri taktahu.
Pagi-pagi tu sebelum ayah pi sekolah (ayah cikgu sekolah rendah), ayah minta no giliran dan no ic. Me, "Hah. Taktahu. Tak ingatlah." Ayah hulur kertas, suruh tulis. Okay, I'm gonna die. ._. Lepastu ayah cakap pukul 10.30 ayah balik. Siap siap.
Pagi-pagi baru cari nak pakai baju apa, tudung apa. Finally, I decided yang biru. Haha.

Wani : Mirza pakai baju apa?
Me : Biru maybe. Macam kak Ain tahun lepas. (macam tak menjawab soalan. patutnya jawab baju kurung. haha)
Wani : Amboi haha semoga dapat 11A+ amin.
Me : Seram pulak dengar 11A+ tu.
Wani : Amin kan je. Haha.
Me : Aamin aamin. XD

Tetiba pagi tu dapat mesej kat facebook from Nadira. Memula fikir jugak, tak sekolah ke budak ni. Haha. Tapi dia anak cikgu. So, faham lah XD
Serius. Bertambah nervous. Dia kata, ada chance tu. Kalau ada, Alhamdulillah. Kalau takde? Haha. Agak sedikit berharap jugak lah pagi tu. Haih. Hanya Allah yang tahu. Malam sebelumnya dapat berita daripada Syazana.
*typo:chemist. Masa tu cuma dapat bayangkan wajah Cikgu Fazdli dan Teacher Norliya je. Mesti cikgu happy kan? Alhamdulillah. Tapi at the same time, "Tu result sekolah. Bukan result kau lagi, Mirza." Tawakal kepada Allah.

Ayah dah balik, Mirza belum siap. Taknak pergi la katakan. Haha. Siap siap je terus pi sekolah. Ayah nampak macam tergesa-gesa. Sampai sekolah dia kata, dah start dah. Me, 'alaaa dah la takut ni'.

--------------------------------------------------------
Kat dewan __
13 orang dapat straight A tahun ni. Sama bilangan dengan tahun lepas. Tapi berlaku peningkatan GPS dari 2.50 ke 2.31. Rasa terbalas jugak lah dekat cikgu-cikgu. Teringat ayat cikgu yang selalu mengancam kitorg, "PMR korang terbaik, cipta sejarah, SPM? Kalau PMR boleh, takkan SPM tak boleh?" Naaaah hadiah walaupun tak capai target =P Ni je yang mampu cikgu. 13 je? Serius takut. Kenapa? "Aku bukan top 13!!!"

Bila dah nak diumumkan senarai pelajar yang dapat 11A, ayah kata ready. Pelik? Yes, I am!

--------------------------------------------------------

And the result is ...
__
__
__
__
__
__
__
__
__
__
One word ! ALHAMDULILLAH.
Memang tak sangka tapi sangat berharap.
Walaupun Mirza orang yang ke-13 tu. A+ paling sikit antara 13 orang tu lah katakan. A- banyak pulak tu. Pun boleh lah. Hehe.

Rasa macam dah terbalas semua kecuaian dan kesilapan masa trial dulu. Allahu. Terima kasih sangat-sangat ya Allah.

Trial SPM --- The worst result ever yang pernah dapat sepanjang bergelar pelajar sekolah menengah. Sampai guru kelas cakap, "Saya pelik tengok result awak. Awak ada masalah ke? Saya risau dengan awak ni." Madam pun macam nak nangis masa tu. Alaaa. Masalah? Ada ada, masalah peribadi. Tapi secret =P
Real SPM --- The best result ever sepanjang bergelar pelajar sekolah menengah ! Hehe. Alhamdulillah. Taktahu nak cakap apa lagi.

Result Mirza sepanjang Form 5. See. Makin lama makin jatuh. Trial merupakan kegagalan bagi Mirza. Kedudukan dalam kelas dan tingkatan pun makin jauh.

So, kalau korang jatuh, jangan sambung baring pulak. Bangun! Bangun! Wake up! Wake up! You still have time. Jangan give up. Allah kan ada? Minta pertolongan Allah. Hasbunallah wani'mal wakiil, ni'mal maula wani'mal nasir.
Cehh. Selitkan pesanan sikit kat sini. Mirza pun pernah jatuh dan serius sedih sangat.
So, kalau result SPM kawan-kawan macam moderate or low, korang janganlah sedih sangat. Boleh nak sedih sekejap dan buat muhasabah diri. Jangan buang masa sedih lama-lama tapi taknak move on. Rugi. Buang masa. Usha sikit pesanan Inche Kopiah dan video bawah ni. =)



--------------------------------------------------------
Rupanya ayah dah tahu melalui SMS. Taktahu lah suprise atau tak. Dia kat dia dah tahu masa kat kantin sekolah dia. Time tu dia tengah makan-makan. Yang nadira pulak dia kata dia dah tahu jugak. Heyy heyy.

Nadira : Kita dah tahu dah. Saja buat suspen. *buat tambah nervous je*
Syahira : Kite rasa macam nak jerit je tu kawan saya ! *terharu*
Izzuddin : Leklok nanti naik flight g oversea nanti. *amboi*
Sofwa : Sekurang-kurangnya BI takde lah B. *tak kait haha*
Izzah : Ehem Tahniah ! Nak tegur tapi malu. *ehem malu jugak*


--------------------------------------------------------

Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Terima kasih ayah dan ibu. Terima kasih cikgu-cikgu, teachers, ustazah dan ustaz. Terima kasih kawan-kawan. Terima kasih semuanya. Hope for the better future. InsyaAllah. Tahniah kepada jiran-jiran meja ku dari form 4 hingga form 5 yang sama-sama naik pentas. Iffah, Alia, Afieqah, Fatin, Atika. Alhamdulillah. Mereka banyak bantu dulu. =') Tahniah 13 orang yang dapat straight A. Tahniah yang berjemaah dapat 10A 1B. Tahniah juga kepada cik ehem ehem. Banyaknya A+ dia! Haha. Tahniah semuanya. Still the best among the best. Alhamdulillah. Keputusan terbaik SPM milik batch '96 lagi. =)
Gambar tak berapa clear.
Dari kiri : Shafihah, Iffah, Afieqah, Fatin Aqilah, Shahida, Ayyub, Cikgu Aini, Cikgu Zul, Haziq, Hambali, Atika, Mirza, Ashikin, Alia.
Tiada dalam gambar : Fatin Umirah

Sekian wasalam. Maaf kalau ada salah kata. =')

***sedih yang A+ bukan subjek agama ='(

♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

;