MySuperSomething !
Everything has its own beauty. Learn it. Live it. Love it =)
Ouh My Licence ! | ♔ MiaLovaetto ♔ >
«
»

Sunday, February 16, 2014

Ouh My Licence !

Bismillah.
Assalammualaikum.
Freebies from MiraaHussin =)
Okay. First and foremost, advantage budak budak yang tak dapat PLKN ni adalah mereka dapat buat lesen memandu awal. Yeah! Haha. Budak PLKN silalah jeles. Hikhik. Actually, memanglah bosan sangat duduk rumah tak buat apa tak tahu nak buat apa. Hah. Kerja? Tak dapat kebenaran. Ayah suruh duduk rumah, rehat puas puas. Katanya lepas ni dah sambung belajar dah takdo rehat sangat dah. Nak update blog pun dah tak sempat kot nanti. Heh.

Mirza daftar buat lesen lambat sikit. Entah kenapa. Asyik ada masalah saja. Haha. Lepas tu nak Kursus KPP pun lambat sikit. Actually kene tangguh seminggu. Katanya ramai sangat. Okay okay fine. Burn seminggu. Beres sudah Kursus KPP terus get ready untuk Ujian Komputer. Cewah. Semangat betul nak ambil ujian ni. Kenapa? Sebab nak beat adik. Haha. Adik dulu kena ambil dua kali sebab fail. Padan muka! Hehe. Lagi pun ramai asyik kata susah dan menyeramkan. So, after baca buku yang diberi, buat la latihan banyak banyak dekat website yang dia bagi. First test, okay fail. Try lagi, fail lagi. But practice makes perfect right? Alhamdulillah lama lama dah okay dah. Lulus je semata. Ceh. Baru try test.

Almost 1 month after Kursus KPP tu baru dapat ambil Ujian Komputer tu. Tapi dalam masa hampir sebulan tu dah 2 kali pergi tempat ujian cuma gagal untuk ambil ujian tu atas masalah tertentu. See! Bertangguh lagi. Dugaan dugaan. Sobs sobs. Katanya KPP tak sah. Lepastu dengar citer orang tu kata tak nak sahkan lah and bla bla bla. Habis 5 jam eden duduk kat dewan dengar ceramah tu buat apa? ==' Yup. Bengang jugak diperlakukan sebegini. Macam Mirza ni tak layak je ambil lesen eh? Haha. Alhamdulillah, sekali test ujian tu je dah lulus. Ayah suruh ambil sekali je. Senang. Jimat masa, jimat wang. Hehe. Tak macam kebanyakan orang. Well, Mirza sendiri tak tahu kenapa ramai sangat failed. Huhu. Tapi masa ambil ujian tu, macam macam ragam Mirza jumpa. Esh esh esh.

Tak dapat full mark. tsk tsk.
After that, semuanya berjalan dengan lancar. Pergi Kelas Teori dan Amali dan nahhhh Lesen L. Hahah. Belum dapat pun. masih dalam proses menunggu lagi. So, yeah. Itulah first time bawa motor. Dan itulah first time bawak kereta. Alhamdulillah, all is well.
Freebies from Cikelyana =)
Adik - "Kau cakap ke kau tak reti bawak motor?"
Me - "Ye lah dah dia tanya. Takkan nak ajet ajet reti pulakk. Kang terbabas pulak. Lagipun bukannya seorang je yang tak reti."
Adik - "Habis tu kau bawak je lah?"
Me - "Memula tu tak yakin jugak. Takut. Dah lah tak pernah bawak. Habis tu tengok orang lain yang tak reti pun boleh buat, takkan nak mengalah."

Ye. Mirza tak reti pun bawak motor. Kereta pun. Alhamdulillah tak memalukan diri masa tu. Hehe. Tapi setakat ni je la. First time bawak, seronok bak hangg. Feeling like a boss.

Freebies from Syaz =)
Buat lesen, once in a life. So ni lah pengalaman. InsyaAllah tak kene buat lesen balik semula. Hehe. Yeay. dah ada L. Hahah. Kawan, pakwe, makwe, dah ada yang QTI/JPJ dah. Huhu.

Itu saja. Wasalam ^^
♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

2 comments:

NurSyafinaz said...

wahh , taniahh sis :D saya pon in process nak buat lesen kereta , hehe zero knowledge abaout car , tp moto , merata dah lepas ,hehe

MiaLovetto ^^ said...

@NurSyafinaz haha . okay thanks. same goes to you. =)

;