MySuperSomething !
Everything has its own beauty. Learn it. Live it. Love it =)
May 2016 | ♔ MiaLovaetto ♔ >
«
»

Monday, May 30, 2016

MDS UiTM Mahasiswi Baru

Bismillah.

Assalamualaikum.
Setelah sekian lama menganggur cewah, alhamdulillah pada 24 Mei selamat mendaftar sebagai pelajar Diploma Kejuruteraan Kimia di UiTM. Persediaan kali ni was really bad. Bayangkan result upu tahu 16 Mei. 18 Mei baru tergerak hati nak terima tawaran tu. Lepas dah setuju je terus dapat tahu 24 Mei kene daftar. Masa tu masih bekerja lagi. Kelam kabut terus minta berhenti dan akhirnya pengurus benarkan berhenti pada 22 Mei. So berbaki kan 1 hari tu je la, persediaan sepenuhnya dilakukan. Penat.

Kerja = tak cukup rehat
MDS (Minggu destini siswa) = tak cukup rehat/tidur

Pengalaman MDS ni memanglah satu kenangan. Akui, MDS ni penting untuk lepasan sekolah yang baru masuk alam universiti. Tapi, bagi aku yang dah ada pengalaman jadi pelajar universiti sebelum ni, tak rasa excited sangat. Well, biasa je. Haha.

24 Mei :
Daftar kolej dan masuk bilik. Kolej ni dia macam rumah. Satu rumah ada 4 bilik. Satu bilik ada 2 orang. Kemas kemas, then dalam pukul 3:30 ptg dah kene berkumpul depan kolej dan dah kene say bye bye kat parents. It's the time MDS bermula. Wooo ~ Fasi fasi yang menguruskan kita ke sana ke mari digelar PM (Pemimpin Mahasiswa) dan kita digelar MB (Mahasiswa Baru). First day ni banyak pengenalan tentang UiTM sendiri. Balik kolej semula pukul 12 lebih. Ye, sampai 12 lebih tak mandi. :)

25 Mei :
Kene berkumpul pukul 4 pagi. Tapi satu rumah salah faham, Ingatkan pukul 4 baru bangun. Hahah. Bangun bangun je pukul 4 tu dah dengar PM (Pemimpin Mahasiswa) bising jerit "Bangun siswi. Cepat!). Kelam kabut jugak la. But, we made it before 4:30 dah sampai dataran. Faham faham lah mandi macam mana. Gahahah. So hari kedua ni semua nya berkenaan dengan pendaftaran kita sebagai mahasiswa di UiTM. Memang penat sbb byk proses nak kene buat. Time ni badan dah start panas. Masa awal awal rasa jugak tak sedap badan tapi kali ni taktahan. Demam. Huhu. So pergi ke unit kesihatan dan dapatlah ubat ubatan. Balik agak awal sikit kali ni, dalam 11 lebih dah ada kat kolej. So, balik kolej buat apa? Mandi ! Hihi

26 Mei :
First thing apa yg dibuat lepas bangun, terus tengok phone. HAPPY BIRTHDAY DEARSELF !!!!! Alhamdulillah, bangun awal sikit dan sempat turun before 4. Hiks. Birthday girl kan? Tapi badan still panas. Redha je la. Kali ni pi unit kesihatan lagi sebab masih demam kan. So doctor decide ambil darah takut kes denggi ke kan, alhamdulillah, darah normal je. Mungkin demam sebab tak cukup rehat kan? Tapi nak buat macam mana. Petang tu ada aktiviti sukan. Lepas sukan, kau rasa ada masa ke untuk mandi? TAK ! Haha. Lepas sukan, tukar balik baju formal (kemeja/baju kurung), tanpa mandi. Kau rasa, selesa tak? Hahah redha je la nak :)

27 Mei :
Excited sikit sbb esk dah last day MDS ! Harini berlangsung perasmian MDS. Semangat sikit sbb nak nyanyi lagu lagu UiTM kan. Alhamdulillah, satu batch did really well. Performance pun nice ! Bangga dan terharu tengok adik adik buat persembahan hebat macam tu. Hakak pun tak mampu.

28 Mei :
Last day MDS, Pengenalan berkenaan hal kolej pula. Kemudian petang ada aktiviti lestari alam under unit koko. Lastly, kene lari 3.2km. Fuhh. Lari je la. Alhamdulillah bukan orang last. Kihkih.

Last moment berlatar belakangkan sunset :)

Pickupline engineering student kahkah. Win tau bende ni.


Fakta MDS :
- Makan 3 minit takde masa nak borak ke tgk orang ke, kadang kau baru je duduk dah kene pekik, cepat !!! Akui, kadang rasa nak makan pun tak senang. Stress.
- Jalan laju walaupun dah laju mana pun still kene laju lagi. Haha. Sakit kaki. Dinasihatkan pakai la kasut yang bersesuaian mcm sport shoes supaya mudah bergerak dan kaki tak melecet okay?
- Mandi sehari sekali.
- Tudung? Pakai bawal sudah. Simple dan mudah gerak. Masa ambil wudhu naksolat tu pun tak sempat tau nak adjust tudung senget benget ke tu.
- Stand by payung. Kot kot hujan kan, takde lah basah kuyup.
- Bawak la minyak wangi untuk keselesaan. Gahaha. Takyah bawak make up sgt, kompem tak sempat la. Memang selekeh je muka masa tu.

Banyak sangat kenangan MDS smpai taktahu nak taip apa buat masa sekarang gahahah. Nnti kalau rajin, sis update. Hehehe.

And yes, I am 20. Kawan kawan satu u sekarang ni mostly 18. Ramai pelik kenapa masuk lambat so this is my journey,

SKSBP (UPSR) >> SMKA MAAHAD MUAR (PMR,SPM) >> AMBANG ASUHAN JEPUN, Universiti Malaya (Preparation for Japan University but ended up with failed result) >> UiTM Pasir Gudang (Diploma ahead)

Something yang sangat susah nak adapt with the situation and the things. Tapi redha atas jalan yang Allah beri. Ada hikmahnya. Andai ini jalan nya, moga Allah redha dan permudahkan. Amiin :)


♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

;