MySuperSomething !
Everything has its own beauty. Learn it. Live it. Love it =)
2016 | ♔ MiaLovaetto ♔ >
«
»

Saturday, September 3, 2016

Done MMM UTM !

Bismillah.

Assalamualaikum.

Hi im here again dan tak lain tak bukan akan bukak cerita pasal study. *Bosannya* Haha.

So, this time is my 3rd university in my life and within only a year (No ! Tak sampai setahun lagi actually.) . Hehe. Student banyak isu mcm ni la. Hihi.

Kali ni alhamdulillah I got an offer for Bachelor Precision Mechanical Engineering at UTM (KL campus). InsyaAllah esok dah start kelas dah. This year paling sikit kot girls dalam course ni. Overall ada 50 dan girls only 12? Hah, normal la tu.

MMM buat kat UTM Skudai. Dapat jumpa lagi ramai kawan la kat sana, Best ! Paling best part sambutan merdeka la. Dan cheers war !!! Juga malam kebudayaan.

Again, boring post lagi. Hahaha. Takde gambar pun sbb serius orangnya. Kalau kene fokus, mmg fokus betul, handphone mmg tak sentuh. Hihi.

So, selamat kembali ke pangkuan universiti mahasiswa degree sekalian =)
♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

Monday, May 30, 2016

MDS UiTM Mahasiswi Baru

Bismillah.

Assalamualaikum.
Setelah sekian lama menganggur cewah, alhamdulillah pada 24 Mei selamat mendaftar sebagai pelajar Diploma Kejuruteraan Kimia di UiTM. Persediaan kali ni was really bad. Bayangkan result upu tahu 16 Mei. 18 Mei baru tergerak hati nak terima tawaran tu. Lepas dah setuju je terus dapat tahu 24 Mei kene daftar. Masa tu masih bekerja lagi. Kelam kabut terus minta berhenti dan akhirnya pengurus benarkan berhenti pada 22 Mei. So berbaki kan 1 hari tu je la, persediaan sepenuhnya dilakukan. Penat.

Kerja = tak cukup rehat
MDS (Minggu destini siswa) = tak cukup rehat/tidur

Pengalaman MDS ni memanglah satu kenangan. Akui, MDS ni penting untuk lepasan sekolah yang baru masuk alam universiti. Tapi, bagi aku yang dah ada pengalaman jadi pelajar universiti sebelum ni, tak rasa excited sangat. Well, biasa je. Haha.

24 Mei :
Daftar kolej dan masuk bilik. Kolej ni dia macam rumah. Satu rumah ada 4 bilik. Satu bilik ada 2 orang. Kemas kemas, then dalam pukul 3:30 ptg dah kene berkumpul depan kolej dan dah kene say bye bye kat parents. It's the time MDS bermula. Wooo ~ Fasi fasi yang menguruskan kita ke sana ke mari digelar PM (Pemimpin Mahasiswa) dan kita digelar MB (Mahasiswa Baru). First day ni banyak pengenalan tentang UiTM sendiri. Balik kolej semula pukul 12 lebih. Ye, sampai 12 lebih tak mandi. :)

25 Mei :
Kene berkumpul pukul 4 pagi. Tapi satu rumah salah faham, Ingatkan pukul 4 baru bangun. Hahah. Bangun bangun je pukul 4 tu dah dengar PM (Pemimpin Mahasiswa) bising jerit "Bangun siswi. Cepat!). Kelam kabut jugak la. But, we made it before 4:30 dah sampai dataran. Faham faham lah mandi macam mana. Gahahah. So hari kedua ni semua nya berkenaan dengan pendaftaran kita sebagai mahasiswa di UiTM. Memang penat sbb byk proses nak kene buat. Time ni badan dah start panas. Masa awal awal rasa jugak tak sedap badan tapi kali ni taktahan. Demam. Huhu. So pergi ke unit kesihatan dan dapatlah ubat ubatan. Balik agak awal sikit kali ni, dalam 11 lebih dah ada kat kolej. So, balik kolej buat apa? Mandi ! Hihi

26 Mei :
First thing apa yg dibuat lepas bangun, terus tengok phone. HAPPY BIRTHDAY DEARSELF !!!!! Alhamdulillah, bangun awal sikit dan sempat turun before 4. Hiks. Birthday girl kan? Tapi badan still panas. Redha je la. Kali ni pi unit kesihatan lagi sebab masih demam kan. So doctor decide ambil darah takut kes denggi ke kan, alhamdulillah, darah normal je. Mungkin demam sebab tak cukup rehat kan? Tapi nak buat macam mana. Petang tu ada aktiviti sukan. Lepas sukan, kau rasa ada masa ke untuk mandi? TAK ! Haha. Lepas sukan, tukar balik baju formal (kemeja/baju kurung), tanpa mandi. Kau rasa, selesa tak? Hahah redha je la nak :)

27 Mei :
Excited sikit sbb esk dah last day MDS ! Harini berlangsung perasmian MDS. Semangat sikit sbb nak nyanyi lagu lagu UiTM kan. Alhamdulillah, satu batch did really well. Performance pun nice ! Bangga dan terharu tengok adik adik buat persembahan hebat macam tu. Hakak pun tak mampu.

28 Mei :
Last day MDS, Pengenalan berkenaan hal kolej pula. Kemudian petang ada aktiviti lestari alam under unit koko. Lastly, kene lari 3.2km. Fuhh. Lari je la. Alhamdulillah bukan orang last. Kihkih.

Last moment berlatar belakangkan sunset :)

Pickupline engineering student kahkah. Win tau bende ni.


Fakta MDS :
- Makan 3 minit takde masa nak borak ke tgk orang ke, kadang kau baru je duduk dah kene pekik, cepat !!! Akui, kadang rasa nak makan pun tak senang. Stress.
- Jalan laju walaupun dah laju mana pun still kene laju lagi. Haha. Sakit kaki. Dinasihatkan pakai la kasut yang bersesuaian mcm sport shoes supaya mudah bergerak dan kaki tak melecet okay?
- Mandi sehari sekali.
- Tudung? Pakai bawal sudah. Simple dan mudah gerak. Masa ambil wudhu naksolat tu pun tak sempat tau nak adjust tudung senget benget ke tu.
- Stand by payung. Kot kot hujan kan, takde lah basah kuyup.
- Bawak la minyak wangi untuk keselesaan. Gahaha. Takyah bawak make up sgt, kompem tak sempat la. Memang selekeh je muka masa tu.

Banyak sangat kenangan MDS smpai taktahu nak taip apa buat masa sekarang gahahah. Nnti kalau rajin, sis update. Hehehe.

And yes, I am 20. Kawan kawan satu u sekarang ni mostly 18. Ramai pelik kenapa masuk lambat so this is my journey,

SKSBP (UPSR) >> SMKA MAAHAD MUAR (PMR,SPM) >> AMBANG ASUHAN JEPUN, Universiti Malaya (Preparation for Japan University but ended up with failed result) >> UiTM Pasir Gudang (Diploma ahead)

Something yang sangat susah nak adapt with the situation and the things. Tapi redha atas jalan yang Allah beri. Ada hikmahnya. Andai ini jalan nya, moga Allah redha dan permudahkan. Amiin :)


♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

Sunday, March 6, 2016

A Working Week

Hai. Assalamualaikum.

So lepas sehari, here we go with a completed week for working experience. Haha. Poyo nya iolls.


Penat memanglah penat. Lagi lagi dapat shift malam + closing. Haha. Mula mula blurr jugak what should i do. Lama lama dah tahu la sikit sikit. Alhamdulillah, hari ketiga keempat dah boleh la jugak ambil order, punch order kat skrin. Cuma blurr sikit masa nak punch so lembab sikit la. Haha. So glad esok dapat shift middle. SO, tak buat  neither opening or closing. Huhu.

Ok bye. Shall get enough rest for productive day tomorrow.

♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

Monday, February 29, 2016

29Februari's Moment

Assalamualaikum...

First day work was not so bad. Cuma sakit pinggang sikit. Haha. Plus kekok. Semua nak orang suruh buat, baru gerak. Haha. First experience kot. And it's happened on 29 February. A day to remembered lah jugak.

Banyak bende nak develop masa cuti ni. How to own money by self, communication skill, confident level, fuhh kalau tak agaknya la berlesen motor tanpa menunggang la jawabnya. Haha. Oh hi, saya da reti jalan jalan naik motor. Lepas ni boleh ajak lepak mamak ke, rempitz rempitz ke, ajak joging pepagi ke, hahaha.

Penat, sebab dapat shift malam. Zzzzz...

♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

Tuesday, January 26, 2016

Shukugakai 2016 ^^

Assalamualaikum. Hi =)

祝賀会 (read as shuku.ga.kai) means celebration !

Finally, grand dinner ever to celebrate pelajar tahun dua. Its like annual dinner la. No, memang pun annual dinner. Heeheehee. Thanks for your hard work adiks adiks kouhai for the preparation and the event its well. Amazing persembahan adiks semua. Hebat hebat. Hontouni subarashikatta. Tapi sorry I terhibur sangat sampai lupa nak ambil video. Heeheehee.


Dey classmate hahaha


Those who always stay ~

Sensei kara ^^


OKbye ~ Hahaha. 


♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

Sunday, January 17, 2016

おめでとう、皆 =)

Assalamualaikum. Bismillah.

Finally, the time has come. And I'm done with it. Fuh.

Goukaku, omedetou minna =)



91, jaga diri baik baik dekat negara orang. Jangan buat malu orang Malaysia, datang kelas lambat la, tak datang kelas la, nebou la, ehh sesuka hati engko je. Haha. Dah dapat peluang fly tu buat la baik baik. Bagi molek sikit perangai tu. Hahaha. Ganbattene !!

Sorry sebab khianati janji kita nak fly sama sama konon. Haha. Yet I know, He knows the best. Nanti kirim sebijik i phone okayy.

6 others inc me, goodluck jugak with new things and hopes =)

Eventho orang kata "2 tahun kau bazir kat sini je?'
Hey hello. Hahaha. A lot of things I gained from this place, this programme. Jatuh bangun golek tidur stay up balik lambat bangun awal rehat sekejap bla bla bla . This is so LIFE. Mungkin Allah singgahkan aku kat sini untuk belajar something dari sini dan ambil ibrah untuk future, Aku rasa macam hero je dekat sini. Rasa macam kuat sangat dapat stay sampai last program ni. Tak tipu. Hahahaha.

Okbye. Salam perpisahan.. Hiks.

♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

;