MySuperSomething !
Everything has its own beauty. Learn it. Live it. Love it =)
February 2014 | ♔ MiaLovaetto ♔ >
«
»

Friday, February 21, 2014

Try On Doodle.

Bismillah.
Assalamualaikum.

Ni doodle from #BelogMirul. Hari tu adik Mirul ni ada invite kita dekat Cbox untuk tempah doodle percuma dekat dia. So, sambil-sambil blogwalking, kita pun terus lah komen dekat entry dia. Haha. Kata percuma kan? Mestilah kena ambil peluang. Hehe. Selain tu, boleh support support rakan seblogger. Masa tu memang kayu pun nak buat doodle ni. Tak retiii. So, inilah doodle yang adik Mirul bagi kita. Dia ni memang budak budak lagi. Sebaya adik ipar kita. Heh? K abaikan ._. Dia ni kira berbakat lah jugak. Bakat apa? Macam-macam. Usha lah sendiri blog dia. Ada buat lagu, buat novel and etc. Jeles pun ada. Hehe. Bakat muda =)
Jazakallahukhairan ya Mirul.

From Belog Mirul
Okay okay. Ni doodle kita pulak. First and foremost, jangan gelak sangat eh. Gelak sikit-sikit boleh. Hee. Kita try try je. Sebab tengok macam best je. Haha. Selepas tengok tutorial, kita pun download lah PaintTool SAI Ver.1.  So, ini first doodle yang kita buat.
Ye. Kita tahu tudung senget. Haha. Ni pun dah kira excited jugak lah sebab boleh lah dilabelkan sebagai 'menjadi'. Kan kan? Hehe. Hah. Punyalah excited sampai letak eye shadow, blusher. Kemain kan? Hikhik. Orang pertama yang kita tunjuk lepas siap je semua ni mestilah SHJ (Sodiqataini Hatta Jannah) kita sendiri, Awra dan Syahira. SHJ? Haha. First time guna ni. Tak tahu lah penggunaan bahasa tu betul tak. Hekhek. Ampun ustaz ustazah.


Okay. Ini yang kedua. Masa ni fed up tak reti buat tang mata tu. Haha. Buat doodle pandang belakang kan lagi senang. Takde mata, kening, hidung, mulut nak kena buat. Hehe. Dan doodle ni pun terus send kat SHJ. Maybe kita tengah rindukan diorang kot. Huhu. Lama tak jumpa. ><

Ini pula yang ketiga. Konon konon nak buat doodle berfesyen sikit lah tang tudung tu. Tapi badan nampak macam kembang pulak. Hee. Hah! Lagi satu, tengok sat tang mata tu. Haha. Okay tak okay tak? =P

Okay. Ni yang latest. Maksudnya, lepas ni nak jugak try buat doodle. Hehe. Saje je uji + asah bakat. Yang ni memang betul betul dedicated to both of my buddies. Nampak tak kerinduan yang terpendam tu? Ewahh ! Walaupun tak de rupa pun dengan kitorang actually. Hehe.

Credit : AfiqahYusof
"Uhuwah itu ibarat tasbih, ada awal tiada penghujung."
InsyaAllah. Ukhuwah fillah hatta jannah.
Wallahu, ana uhibbu hazihi ukhuwah fillah hubban jamman.

By the way, doodle kita memang tak kemas pun. Kita tahu. Kita sedar diri. Hehe. Kita buat cincai cincai je hah. Saja nak bagitahu, jangan kutuk lebih-lebih ye. Hiks.

Wasalam ^^

p/s : Sahabat-sahabatku yang lain jangan ambil hati, kecik hati, makan hati pulak. Jangan cakap Mirza tak sayang korang eh. Mirza sayang semua orang yang Mirza kenal. Everyone comes into my life for some reasons. You're one of them. Keep calm and stay cute okay. Hehe. Salam ukhuwah! ^^
♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

Sunday, February 16, 2014

Ouh My Licence !

Bismillah.
Assalammualaikum.
Freebies from MiraaHussin =)
Okay. First and foremost, advantage budak budak yang tak dapat PLKN ni adalah mereka dapat buat lesen memandu awal. Yeah! Haha. Budak PLKN silalah jeles. Hikhik. Actually, memanglah bosan sangat duduk rumah tak buat apa tak tahu nak buat apa. Hah. Kerja? Tak dapat kebenaran. Ayah suruh duduk rumah, rehat puas puas. Katanya lepas ni dah sambung belajar dah takdo rehat sangat dah. Nak update blog pun dah tak sempat kot nanti. Heh.

Mirza daftar buat lesen lambat sikit. Entah kenapa. Asyik ada masalah saja. Haha. Lepas tu nak Kursus KPP pun lambat sikit. Actually kene tangguh seminggu. Katanya ramai sangat. Okay okay fine. Burn seminggu. Beres sudah Kursus KPP terus get ready untuk Ujian Komputer. Cewah. Semangat betul nak ambil ujian ni. Kenapa? Sebab nak beat adik. Haha. Adik dulu kena ambil dua kali sebab fail. Padan muka! Hehe. Lagi pun ramai asyik kata susah dan menyeramkan. So, after baca buku yang diberi, buat la latihan banyak banyak dekat website yang dia bagi. First test, okay fail. Try lagi, fail lagi. But practice makes perfect right? Alhamdulillah lama lama dah okay dah. Lulus je semata. Ceh. Baru try test.

Almost 1 month after Kursus KPP tu baru dapat ambil Ujian Komputer tu. Tapi dalam masa hampir sebulan tu dah 2 kali pergi tempat ujian cuma gagal untuk ambil ujian tu atas masalah tertentu. See! Bertangguh lagi. Dugaan dugaan. Sobs sobs. Katanya KPP tak sah. Lepastu dengar citer orang tu kata tak nak sahkan lah and bla bla bla. Habis 5 jam eden duduk kat dewan dengar ceramah tu buat apa? ==' Yup. Bengang jugak diperlakukan sebegini. Macam Mirza ni tak layak je ambil lesen eh? Haha. Alhamdulillah, sekali test ujian tu je dah lulus. Ayah suruh ambil sekali je. Senang. Jimat masa, jimat wang. Hehe. Tak macam kebanyakan orang. Well, Mirza sendiri tak tahu kenapa ramai sangat failed. Huhu. Tapi masa ambil ujian tu, macam macam ragam Mirza jumpa. Esh esh esh.

Tak dapat full mark. tsk tsk.
After that, semuanya berjalan dengan lancar. Pergi Kelas Teori dan Amali dan nahhhh Lesen L. Hahah. Belum dapat pun. masih dalam proses menunggu lagi. So, yeah. Itulah first time bawa motor. Dan itulah first time bawak kereta. Alhamdulillah, all is well.
Freebies from Cikelyana =)
Adik - "Kau cakap ke kau tak reti bawak motor?"
Me - "Ye lah dah dia tanya. Takkan nak ajet ajet reti pulakk. Kang terbabas pulak. Lagipun bukannya seorang je yang tak reti."
Adik - "Habis tu kau bawak je lah?"
Me - "Memula tu tak yakin jugak. Takut. Dah lah tak pernah bawak. Habis tu tengok orang lain yang tak reti pun boleh buat, takkan nak mengalah."

Ye. Mirza tak reti pun bawak motor. Kereta pun. Alhamdulillah tak memalukan diri masa tu. Hehe. Tapi setakat ni je la. First time bawak, seronok bak hangg. Feeling like a boss.

Freebies from Syaz =)
Buat lesen, once in a life. So ni lah pengalaman. InsyaAllah tak kene buat lesen balik semula. Hehe. Yeay. dah ada L. Hahah. Kawan, pakwe, makwe, dah ada yang QTI/JPJ dah. Huhu.

Itu saja. Wasalam ^^
♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

Wednesday, February 12, 2014

First GA's Present =)

Bismillah.
Assalammualaikum.



Okay ni  first present dari giveaway yang Mirza pernah join. Yeah! Alhamdulillah. Baru sampai petang tadi. Excited sangat. Haha.Tak pernah pernah dapat hadiah guna pos laju. Gituw ye. Heheh. Mana tak excited, first time kot.

Giveaway apa ye? Giveaway World Hijab Day by Cahaya Kekuatanku. Giveaway ni bersempena nak support World Hijab Day pada 1 Februari. Hah? Korang tak tahu ke? Ehh klik SINILAH untuk tengok okay. =)

Apa yang menariknya semua peserta dapat present. Wuuuwuuu. Alhamdulillah. Tuah Mirza, Mirza dapat shawl from sponsornya GA ni . SHAWL !! Shawl ni lawa. Suka suka. Alhamdulillah. Jazakallahukhairankathiran to Nurina Izzati and Cik Sponsor.

Wa akhiran, rajin-rajinlah join GA. Hehe. Tak rugi apa pun. Dapat tambah kenalan, dapat menang hadiah *kalau ada rezeki* dan banyak lah manfaat. Hehe.

Wasalam =)
♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

Friday, February 7, 2014

Oh My Arabic !

Bismillah.
Assalammualaikum.



First and foremost, belajar pelbagai bahasa ni sangatlah awesome! Tak dinafikan.

Teringat dulu masa Form 1. Masuk sekolah yang ditawarkan bahasa Arab sebagai matapelajaran wajib. Alhamdulillah. Seriously, seronok sangat rasanya walaupun masa tu ilmu bahasa Arab ni teramatlah cetek. Masa sekolah agama dulu memang ada belajar bahasa Arab ni, tapi macam tak masuk je kat kepala. Hee. Tak ambil kisah sangat sebab bahasa Arab bukan subjek utama untuk lulus masa tu. So, for me, asal ada je lah. Tapi itu dulu. Okay. Back to zaman form 1. Masa minggu orientasi ada test. Test untuk tentukan kelas. Yup, termasuklah subject bahasa Arab tu. Soalan tak susah. Seriously! Tapi bagi budak macam saya ni agak susah lah. Apa tidaknya, belajar tak masuk kan. Hee. So, I hentam saja lah. Haa. Masa dah mula sesi pembelajaran, senang je masuk apa yang ustazah ajar. Alhamdulillah. Paling best, I finally managed to score well in the first exam. First? Baru first kan? Haha. Okay lah. Tak ingat dapat tak highest mark among the class. Heehee. Tapi alhamdulillah markah agak tinggi. 97%. To be honest, silibus bahasa Arab masa tu memang macam sama taraf je silibus bahasa Arab sekolah rendah. Senang sangat. Cuma bila dah nak sampai tahap ke PMR tu agak payah sikit. Bukan payah sangat actually. Cuma nak mantapkan nahu, sorof, qawa'id dan kalimah untuk buat karangan yang mantopppp. Dan karangan pun bukan panjang sangat. Antara tajuk yang famous, - Baiti Jannati (Rumahku Syurgaku) - Madrasati (Sekolahku) - Hiwayati (Hobiku) - Usrati (Keluargaku) - Lughatul Arabiah (Bahasa Arab). Tapi itu untuk peringkat PMR je okay.

Ready ! The challenge begin .
Masuk upper form, "Erghh apa ni?" . Okay. Dah masuk peringkat SPM, takkanlah sama dengan PMR kan? Pada peringkat SPM, saya dah mula mengenali apa yang susahnya. Tak tak. Tak susah sebenarnya. Kalau faham senanglah jadinya. Time ni dah jarang dah score 90+. Jarang? Rasanya sekali dua je kot. Ahah. Lepastu asyik sangkut je. Karangan je dah kena berapa patah perkataan. Markah tinggi jugak kat karangan. Nak score kat karangan mestilah ayat yang hebat hebat. Dah tak main dah ayat PMR yang simple simple tu. The best way, hafal je lah karangan. Alhamdulillah. Allah permudahkan segalanya from nothing to something. Yes, now I gain something. For me, bahasa Arab lah antara subjek yang paling senang. Tak tahu kenapa. Hehe. Tapi bila tengok keputusan peperiksaan dari form 1 sampai form 5, not bad. Paling tidak pun pernah fail sekali je. Tu pun masa form 1. FAIL? Ye, gagal untuk mendapat A. Huhu. But overall, A always lah. Tapi A pelbagai jenis.

Apabila kita ikhlas melakukan sesuatu perkara, Allah akan reda. Allah akan bantu. Allah akan permudahkan. InsyaAllah. Inna Allah ma'ana.

Alhamdulillah. Bila mengaji pun, kadang kadang tanpa melihat tafsirannya pun saya dah faham sedikit apa maksud ayat tu. Tapi untuk kepastian, semak balik dekat tafsirannya. Dan bila tahu betul apa yang saya fahamkan tu, ouh bahagianya rasa! Rasa berbaloi baloi.

"Sesungguhnya, Kami turunkan ia (al-Quran) sebagai bacaan berbahasa arab agar kamu semua berfikir." - Surah Yusuf, ayat 2.

Idea : Rindu sekolah. Rindu nak belajar. Rasa macam bahasa Arab dah lemah x.x Sebab ilmu tanpa amal tu sia-sia, amal tanpa ilmu tu gila. Kalau kat sekolah, bila belajar dapatlah amal kan ilmu tu. Bila dah tak sekolah, cakap sorang sorang lah kot xD
Saya harap saya dapat belajar lagi dan lagi bahasa Arab ni. Sambung dekat U nanti. InsyaAllah. Doakan saya ^^

Oh My Arabic !!
Lughatul arabiah, lughatul quran, lughatul jannah. Bahasa yang Rasulullah gunakan.
Jom belajar arab ! Banyak faedahnya . Hayya ala falah ma'an . ^^

Ma'a ssalamah wa ila lliqa'.
Wasalam.
♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

Tuesday, February 4, 2014

Sebulan Lebih.

Bismillah.
Assalammualaikum.

Sebulan lebih saja lagi PLKN panggilan pertama untuk tahun 2014 akan tamat. Hoorey! Hoorey! *gaya excited lebih macam terlibat je dengan PLKN* Okay. Dan lepas budak budak ni balik dari vacation yang indah tu maka dengan itu bersiapsedialah kami, bebudak 1996 untuk mendapat result SPM 2013. Tik tok tik tok! Erghhhh. Dah tak lama dah. Seriously, Mirza memang dah tak sabar sangat nak sambung belajar ni. Ewah. Hahah. Sebabnya ddk rumah ni pun taktahu nak buat apa. Bukan taknak buat, tapi taktahu. Haha. Kerja? Jangan harap. Ayah suruh rehat puas-puas kat rumah. Tapi boring. Hmm hmm. Ou yeahh, memang tengah excited nak sambung belajar, belajar benda baru dekat tempat baru bersama kawan baru.. Awwww. Can't wait! Tapi tu la, tak sabar nak sambung belajar but result taknak tahu, boleh tak? Hahahahamboor.

Banyak sangat program yang pihak sekolah dah anjurkan untuk kitorg. Alamak. Sedih pulak nak ingat kembali. Rindunyaaaa! Tapi harapan cikgu, harapan sekolah memang tinggi menggunung. Fuh~ Inikan pula harapan ibu bapa dan diri sendiri. Huhu.

Antara program :
- Mentor Mentee

Mentor terdiri daripada cikgu yang awesome lagi berdedikasi, Mentee pula terdiri daripada anak muridnya yang comel lagi terdidik. InsyaAllah. ^^

- Mishkaat dan Misbah Maahad

Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan : Mishkaat dan Misbah. Kalau nak ikut apa kata program ni Mishkaat ni kiranya harapan sekolah la untuk dapat straight A. But for me, takde beza pun Mishkaat ke Misbah sebab dua dua boleh berjaya, dua dua boleh cemerlang. Asalkan ada usaha! Man jadda wa jadda. Man zaro'a hasoda. Ewahh.

 Malas nak edit =P
Me > 24
- Kem Kecemerlangan bersama SMKA JB bertempat di D'Village Resort, Melaka

Kitorang korbankan cuti penggal pertama untuk kem ni. Kalau tak silap, kitorang cuti cuma dalam 2 3 hari je kot. Lepas tu kena gerak pi Melaka for this camp untuk 2 3 hari jugak kot (dah tak ingat... hehehe..). Nasib baik masa tu dapat line internet masa dekat dalam bilik. Muehehe. Dan balik balik tu pun malamnya terus ada tuisyen walaupun time tu masih lagi cuti sekolah tu oiiii. Penat tu memang lah penat. Tak dinafikan. Tapi begitulah nasib kitorang masa tu. Huhu.

- Kem Kecemerlangan 4 SMKA di Johor



Kem ni menggabungkan sebahagian pelajar dari 4 SMKA yang berada di Johor. SMKA Maahad Muar, SMKA Segamat, SMKA Johor Bahru dan SMKA Bandar Penawar. Best best best! Sbb dapat tambah kenalan selain dapat tambah ilmu pengetahuan dan cara cara budak sekolah lain belajar. Program ni berlangsung pada bulan Ramadhan. So, adalah selingan program program bulan Ramadhan untuk dimanfaatkan bersama. Jadual memang padat! Pagi petang siang malam, we all were programmed! InsyaAllah ni semua ikhlas kerana Allah. Moga Allah reda dengan perjuangan kami. Amiin.

- Kelas tambahan sepanjang tahun -_-

Memang tak dinafikan akan hal ini. Memang wujud selagi tak SPM. Bila lagi kan nak rasa semua ni. Untung sangat sebab dah disediakan kelas tambahan dekat sekolah. No charges. Bersungguh-sungguh cikgu datang sekolah untuk semua ni. Tak kira pagi ke petang ke malam ke. Selagi tak SPM, selagi ada ruang kosong, selagi tu lah cikgu nak buat kelas. Moga Allah balas jasa cikgu. Moga Allah redakan kami semua.

- Hari Graduasi Tingkatan 5


Credit : Aisya Farina
Penghargaan buat kami. Bersyukur sangat sebab diberi peluang merasai hari graduasi. Pra-graduasi lah ni kiranya. Hahah. Tapi cikgu kata ada sekolah lain yang takde buat pun hari graduasi ni. Oh yeah, I'm feeling so lucky. My ranking #17. Alhamdulillah. Not bad. Walaupun sebenarnya masa tu dah dikecewakan dengan result trial yang memang super duper bad for me. Hoho. InsyaAllah SPM 2013, I get something better than trial. Amiin.

- Final Touch before SPM

Sesi saat-saat terakhir bersama cikgu dan rakan-rakan dan buku. Again, we were programmed! May we all worth it. Amiin.


Semoga segala usaha kami membuahkan hasil yang diharapkan. Semoga Allah mempermudahkan segalanya. Ya Allah. Berikanlah kami kejayaan. Semogaa keputusan kami dapat menggembirakan hati kami, kedua ibu bapa kami, guru-guru kami dan sekolah serta masyarakat dan juga negara. Semoga kami menjadi pelajar yang soleh dan solehah. InsyaAllah. Amiin. =')
Past. PMR 2011.
Credit ; Hanif
 Wasalam.
♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

;