MySuperSomething !
Everything has its own beauty. Learn it. Live it. Love it =)
March 2014 | ♔ MiaLovaetto ♔ >
«
»

Friday, March 21, 2014

Alhamdulillah -- SPM 2013 --

Bismillah.
Assalamualaikum.

Mirza antara orang yang tak nak pergi sekolah bersempenakan majlis penyampaian result SPM tu.
Kenapa?
Halaaaaa. Ceq takut lah >< Ceq tak sanggup nak tengok orang-orang yang dapat 11A diri kat atas pentas tanpa ceq. Seriously, taktahu kenapa tak sanggup even tu kawan-kawan sendiri. Haaaa. Bukannya apa, cuma takut ada rasa iri. Huhu. Kalau boleh nak satu form ada kat situ!
Jujur! 2 hari sebelum menjelangnya 20 Mac 2014, baru terasa cuak dan debarnya. Lahai. Jadi, mulalah perbanyakkan lagi solat hajat, solat sunat. Moga Allah bantu. Cuma harap Allah hilangkan rasa nervous tu. Cuma harap Allah redakan hati ni nanti bila dapat result, terima seadanya dan jangan kecewa! Tu je yang dapat diharapkan.

20 Mac 2014
Pagi tu tak boleh tidur. Apa lah yang bermain kat fikiran Mirza masa tu hanya Allah yang tahu. "Aku takut ke?" Mirza sendiri taktahu.
Pagi-pagi tu sebelum ayah pi sekolah (ayah cikgu sekolah rendah), ayah minta no giliran dan no ic. Me, "Hah. Taktahu. Tak ingatlah." Ayah hulur kertas, suruh tulis. Okay, I'm gonna die. ._. Lepastu ayah cakap pukul 10.30 ayah balik. Siap siap.
Pagi-pagi baru cari nak pakai baju apa, tudung apa. Finally, I decided yang biru. Haha.

Wani : Mirza pakai baju apa?
Me : Biru maybe. Macam kak Ain tahun lepas. (macam tak menjawab soalan. patutnya jawab baju kurung. haha)
Wani : Amboi haha semoga dapat 11A+ amin.
Me : Seram pulak dengar 11A+ tu.
Wani : Amin kan je. Haha.
Me : Aamin aamin. XD

Tetiba pagi tu dapat mesej kat facebook from Nadira. Memula fikir jugak, tak sekolah ke budak ni. Haha. Tapi dia anak cikgu. So, faham lah XD
Serius. Bertambah nervous. Dia kata, ada chance tu. Kalau ada, Alhamdulillah. Kalau takde? Haha. Agak sedikit berharap jugak lah pagi tu. Haih. Hanya Allah yang tahu. Malam sebelumnya dapat berita daripada Syazana.
*typo:chemist. Masa tu cuma dapat bayangkan wajah Cikgu Fazdli dan Teacher Norliya je. Mesti cikgu happy kan? Alhamdulillah. Tapi at the same time, "Tu result sekolah. Bukan result kau lagi, Mirza." Tawakal kepada Allah.

Ayah dah balik, Mirza belum siap. Taknak pergi la katakan. Haha. Siap siap je terus pi sekolah. Ayah nampak macam tergesa-gesa. Sampai sekolah dia kata, dah start dah. Me, 'alaaa dah la takut ni'.

--------------------------------------------------------
Kat dewan __
13 orang dapat straight A tahun ni. Sama bilangan dengan tahun lepas. Tapi berlaku peningkatan GPS dari 2.50 ke 2.31. Rasa terbalas jugak lah dekat cikgu-cikgu. Teringat ayat cikgu yang selalu mengancam kitorg, "PMR korang terbaik, cipta sejarah, SPM? Kalau PMR boleh, takkan SPM tak boleh?" Naaaah hadiah walaupun tak capai target =P Ni je yang mampu cikgu. 13 je? Serius takut. Kenapa? "Aku bukan top 13!!!"

Bila dah nak diumumkan senarai pelajar yang dapat 11A, ayah kata ready. Pelik? Yes, I am!

--------------------------------------------------------

And the result is ...
__
__
__
__
__
__
__
__
__
__
One word ! ALHAMDULILLAH.
Memang tak sangka tapi sangat berharap.
Walaupun Mirza orang yang ke-13 tu. A+ paling sikit antara 13 orang tu lah katakan. A- banyak pulak tu. Pun boleh lah. Hehe.

Rasa macam dah terbalas semua kecuaian dan kesilapan masa trial dulu. Allahu. Terima kasih sangat-sangat ya Allah.

Trial SPM --- The worst result ever yang pernah dapat sepanjang bergelar pelajar sekolah menengah. Sampai guru kelas cakap, "Saya pelik tengok result awak. Awak ada masalah ke? Saya risau dengan awak ni." Madam pun macam nak nangis masa tu. Alaaa. Masalah? Ada ada, masalah peribadi. Tapi secret =P
Real SPM --- The best result ever sepanjang bergelar pelajar sekolah menengah ! Hehe. Alhamdulillah. Taktahu nak cakap apa lagi.

Result Mirza sepanjang Form 5. See. Makin lama makin jatuh. Trial merupakan kegagalan bagi Mirza. Kedudukan dalam kelas dan tingkatan pun makin jauh.

So, kalau korang jatuh, jangan sambung baring pulak. Bangun! Bangun! Wake up! Wake up! You still have time. Jangan give up. Allah kan ada? Minta pertolongan Allah. Hasbunallah wani'mal wakiil, ni'mal maula wani'mal nasir.
Cehh. Selitkan pesanan sikit kat sini. Mirza pun pernah jatuh dan serius sedih sangat.
So, kalau result SPM kawan-kawan macam moderate or low, korang janganlah sedih sangat. Boleh nak sedih sekejap dan buat muhasabah diri. Jangan buang masa sedih lama-lama tapi taknak move on. Rugi. Buang masa. Usha sikit pesanan Inche Kopiah dan video bawah ni. =)



--------------------------------------------------------
Rupanya ayah dah tahu melalui SMS. Taktahu lah suprise atau tak. Dia kat dia dah tahu masa kat kantin sekolah dia. Time tu dia tengah makan-makan. Yang nadira pulak dia kata dia dah tahu jugak. Heyy heyy.

Nadira : Kita dah tahu dah. Saja buat suspen. *buat tambah nervous je*
Syahira : Kite rasa macam nak jerit je tu kawan saya ! *terharu*
Izzuddin : Leklok nanti naik flight g oversea nanti. *amboi*
Sofwa : Sekurang-kurangnya BI takde lah B. *tak kait haha*
Izzah : Ehem Tahniah ! Nak tegur tapi malu. *ehem malu jugak*

Aisya : Mirza, dia cakap tahniah.
Me : ..............
Aisya : Eh, dia cakap tahniah, taknak cakap thankyouu? Kakakaa.
Me : Jap, nak buat karangan . Haha.

Did he? >.<

--------------------------------------------------------

Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Terima kasih ayah dan ibu. Terima kasih cikgu-cikgu, teachers, ustazah dan ustaz. Terima kasih kawan-kawan. Terima kasih semuanya. Hope for the better future. InsyaAllah. Tahniah kepada jiran-jiran meja ku dari form 4 hingga form 5 yang sama-sama naik pentas. Iffah, Alia, Afieqah, Fatin, Atika. Alhamdulillah. Mereka banyak bantu dulu. =') Tahniah 13 orang yang dapat straight A. Tahniah yang berjemaah dapat 10A 1B. Tahniah juga kepada cik ehem ehem. Banyaknya A+ dia! Haha. Tahniah semuanya. Still the best among the best. Alhamdulillah. Keputusan terbaik SPM milik batch '96 lagi. =)
Gambar tak berapa clear.
Dari kiri : Shafihah, Iffah, Afieqah, Fatin Aqilah, Shahida, Ayyub, Cikgu Aini, Cikgu Zul, Haziq, Hambali, Atika, Mirza, Ashikin, Alia.
Tiada dalam gambar : Fatin Umirah

Sekian wasalam. Maaf kalau ada salah kata. =')

***sedih yang A+ bukan subjek agama ='(

♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

Thursday, March 20, 2014

SPM?

SPM?
One word.
Just one!
ALHAMDULILLAH.

Taknak cerita sekarang =P
Nanti-nanti lah eh. ^^
♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

Wednesday, March 19, 2014

Pesanan Kak Ain =)

Bismillah.
Assalamualaikum.

Sedang khusyuk mengamati debaran menanti hari ni, tetiba semalam dapat mesej from Kak Ain through whatsapp.


Mesti pelik kan kenapa namanya Mirza letak "Kak Ain 11A+"? Haha.
Alhamdulillah. Tahun lepas kak Ain dapat 11A+.

Ni video yang kak Ain share kan =)

Hasbunallah wani'mal wakil
Ni'mal maula wani'mal nasir
Hasbunallah wani'mal wakil
Ni'mal maula wani'mal nasir

Ku cuba renungi semua
Detik waktu yang telah berlalu
Mengisahkan pedih di hati
Menyinar keangkuhan diri

Hasbunallah wani'mal wakil
Ni'mal maula wani'mal nasir
Hasbunallah wani'mal wakil
Ni'mal maula wani'mal nasir

Ku cuba sandarkan jiwa
Hanya pada Allah semata
Hingga rasa beban pun sirna
Seluruh hati serahkan pada-Nya

Hasbunallah wani'mal wakil
Ni'mal maula wani'mal nasir
Hasbunallah wani'mal wakil
Ni'mal maula wani'mal nasir

Cukuplah Allah sebagai penolong
Dan sebaik-baik pelindung
Cukuplah Allah sebagai penolong
Dan sebaik-baik pelindung

Hasbunallah wani'mal wakil
Ni'mal maula wani'mal nasir

Hasbunallah wani'mal wakil
Ni'mal maula wani'mal nasir

Benar. Cukuplah Allah sebagai penolong dan sebaik-baik pelindung.
Istajibillah humma dua'na ya Allah =')

♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

#throwback Past Year SPM's Result

Bismillah.
Assalamualaikum.

Seperti yang sedang dikecohkan *ewah*, next day, tomorrow, akan diumumkan result SPM 2013. Hmm. Ok chill. Haha. Dalam hati, haihh. Ma fi qolbi ghairullah. Taktahu nak describe macam mana dan apa yang sedang dirasaikan sekarang.

Bila teringatkan past year punya result, dulu, kita yang excited. Excited nak tahu result akak-akak, abang-abang. Pada SPM 2010, ada seorang dapat straight A+ ! Maksudnya 11A+. Wah! Lelaki. Namanya saudara Ahmad Ibrahim. Masa penyampaian result tu Mirza baru form 3. Duduk kelas, tak boleh pi dewan. Kena belajar. Nak PMR lah katakan. Hakhak.

The next year, SPM 2011. Masa tu Mirza duduk kelas special. The only one kelas yang ada air-cond all time. Hehe. Kecuali bila kena pi makmal, takde lah sampai bawak air-condnya. >< Kelas tu ditubuhkan sebagai pengiktirafan kat budak-budak yang dapat straight A (9A) dalam PMR. Masa batch kitorang sampai terlebih orang. Jadi tak semua yang dapat 9A dapat duduk kelas tu. Kesian diorang. Hehe. Okay. Masa penyampaian keputusan tu, kitaorang duduk je dekat dalam kelas. Tapi bila akak-akak, abang-abang lalu kitaorang tengok je gelagat diaorang. Kata kelas special, jadi cermin pun special la kan? Haha. Kitorang boleh tgk orang luar, orang luar tak boleh tgk kitaorang. Best! Haha. Rindu pulak deh ><

Then, SPM 2012. Tahun Mirza nak SPM. Lagi lah excited nak tahu result akak-akak dan abang-abang kan? Haha. Mula-mula cikgu tak kasi kitorang pi dewan. Katanya ramai. Okay ._. Bila cikgu lalu kadang-kadang kitorg buat muka tanda tanya. Macam mana ya nak buat muka tu? ==' Haha. Cikgu cikgu tak masuk kelas. Maklumlah, cikgu lagi lah nervous. Kitorg buat kerja sendiri >< Tetiba ustazah lalu, ustazah tengok kitorang. At last, ustazah bagitahu ada seorang dapat 11A+. Perempuan! Kak Ain. Lepastu kitorang cakap nak tgk. Ustazah izinkan. Masa tu, akak-akak dengan abang-abang belum diumumkan lagi ttg result mereka. Kak Ain pun taktahu lagi. Alhamdulillah, masa tu 13 orang straight A termasuk seorang 11A+. Ada seorang akak namanya Najwa dapat 10A+ dan 1A. Sikit je lagi. Tapi result tu dah cukup gempakk kot. Huhu. GPS sama dengan SPM 2011 iaitu 2.50.

Okay. Tomorrow. Result SPM 2013 pulak. Allahu. Terketar lutut.

"YA ALLAH, KAU BERIKANLAH KAMI KEJAYAAN YANG CEMERLANG DAN DAEBAK LAGI MUMTAZ. SEMOGA RESULT KAMI ITU DAPAT MEMUASKAN HATI KAMI DENGAN SEGALA USAHA YANG TELAH KAMI CURAHKAN SIANG DAN MALAM. SEMOGA RESULT KAMI ITU NANTI DAPAT MENGGEMBIRAKAN HATI KEDUA IBU BAPA KAMI YANG TELAH BANYAK MEMBELANJAKAN WANG SEPANJANG PERSEKOLAHAN KAMI, MEMBANGGAKAN GURU-GURU KAMI YANG BERTUNGKUS-LUMUS MENGAJAR KAMI, MENAIKKAN NAMA SEKOLAH KAMI, MENGHARUKAN SAUDARA-MARA, MASYARAKAT DAN JUGA NEGARA. AAMIN."

NORAIN SHAHIRA =)
Sekian, wasalam =)
♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

Monday, March 17, 2014

From Me, To You.

Assalamualaikum.
Entry ni untuk VVIP sahaja yang telah diberi password. Anda VVIP? Dah dapat password? Klik link bawah ye. Kalau bukan, mohon pi entry lain. Tak payah sibuk sibuk nak tahu atau nak tanya password. Okey? =P
Sekian wassalam =)
♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

Hadiah Misteri MiaLovetto ^^

Bismillah.
Assalamualaikum. =)

Click gambar atas kalau nak tengok entry tersebut.
Apa perasaan anda tetiba tengah scrolldown latest update dekat dashboard tetiba nampak nama sendiri jadi title post. Haha. Nama sendiri? Hihiks. Tu bukan nama sebenar. Tu nama famous je. Hahah. Geli pulakdeh. Tu nama saja-saja je. Kenapa? Hmm. Ada lah. Malas nak cerita kat sini. Hee =)

So, based on entry kak Amylia tu, kita dapat hadiah misteri. Jeng jeng jeng =P Sebab? Berjaya jadi pengomen pertama. Tanpa sedar actually. Haha. Nak tahu apa komen yang bertuah sangat tu? Tadaa ....
Click gambar kalau nak tengok apa yang dikomenkan. =)
Takde lah berbunga mana pun kan ayat tu. Macam poyo pun ada. Hoho. Dah rezeki kot =P

Alhamdulillah, hadiah dah sampai. Dah lama dah sampai sebenarnya. Cuma hari ni baru sempat nak meng-upload. Hehe.

So, thank you kepada kak Amylia. Hehe.
Sekian, wassalam ^^
♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

Saturday, March 15, 2014

Mimpi Pelik Pelik ---

Bismillah.
Assalamualaikum.

Lately, banyak jugak dapat mimpi yang pelik-pelik. For me la.
Mimpi yang menimbulkan pelbagai tanda tanya. Dan aku masih tertanya-tanya.
Kadang-kadang mimpi orang ni, kadang-kadang mimpi orang tu pulak.
Tapi yang pentingnya dan yang peliknya, mereka tu semua berkait dan ada ikatan sesama sendiri.
Jujur. Diriku diselubungi kebingungan.
Bukan nak promote status atau facebook okay. Hihiks. Saja share pandangan mereka =)
Aku cuba menjauh.
Aku cuba buang.
Aku cuba melupakan.
Tapi apa yang aku perhatikan,
MAKIN JAUH MAKIN DEKAT.
Jujur. Aku tak faham.
Apakah? Apakah semua ni?
Apa yang Allah aturkan untukku?
Kadang-kadang Allah sengaja temukan aku dengan 'dia'. Lagi.
Sengaja?
Astaghfirullah. Husnudzon ya Mirza. =')


Tapi kali ni aku yakin.... dan yakin...
Aku rindu dia... dan dia... dan dia... Hihiks..
Allah, sampaikan salam rindu buat mereka. =')

-------
Banyak persoalan yang berada di minda.
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja.
Otak kata jangan hati pula kata ya.
Hidup tak menentu adakah ini cinta?

Banyak soalan banyak juga jawapannya.
Kata hati dan rasa tak dibiar saja.
Setiap yang berlaku ada kebaikannya.
Harus pejam mata dan cuba apa saja.
-------
*ewahh*
"Apabila salah seorang dari kamu melihat mimpi yang disukainya, sesungguhnya ia daripada Allah, maka khabarkanlah kepada orang lain, dan sekiranya dia melihat sebaliknya dari apa yang dibencinya, sesungguhnya ia daripada syaitan, maka beristi'azahlah (membaca ta'auz), dan janganlah menceritakan kepada orang, tiadalah ia (mimpi) dapat memudaratkannya."

Aku suka dengan mimpi tu walaupun perit nak terima. Haha. Pelik? Well, aku pung pelik.
Allahualam ala kulli hal.
Wasalam ^^

♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

Thursday, March 13, 2014

Next Thursday --

Bismillah.
Assalamualaikum.

Sumber : KPM

Daku biarkan gambar berbicara.
Jeng jeng jeng.
Ewahh.
So, to all babies of 1996, best of luck!
Ada less than a week lagi.
Masih sempat untuk berdoa, solat hajat.
InsyaAllah Allah akan perkenankan.
Never underestimate the power of dua.
Allahumma Aamin.

Wasalam ^^

♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

Tak boleh follow ---

Bismillah.
Assalamualaikum.

Help me ! Help me !



Macam mana ni?
Tak boleh nak follow blog lain.

Actually ada nampak jugak blogger lain tak boleh nak follow. Kat SINI.
Tapi beza nya ......
yang kita punya ni takde lah serupa gitu. Takde more option. So? TT


Anyone yang lalu lalang kat sini, any solution?
>,<
Segala kerjasama amat dihargai.

Wasalam.
♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

Wednesday, March 12, 2014

#PrayForMH370

Bismillah.
Assalamualaikum.

Allahu rabbi. Peristiwa yang tidak diduga. Sama sekali tidak terduga oleh sesiapa pun. Sudah masuk hari yang ke-6. Apakah khabarnya wahai MH370? Dimanakah engkau menghilang, membawa diri?

Hmm. Actually, I was so dissapointed dengan beberapa pihak yang errrr. Tak tahu nak describe macam mana. But for me, it's really annoying. Mula-mula memang la bengang sangat dengan tindakan Jasmine Johari The Faker tu. Dalam kes macam ni sempat pulak dia nak bergurau senda. Heh heh. Paling tak suka part dia tweet pasal orang hot kat Malaysia ni fake, so she wanna try la. Gulp. Hadoyaiii. Kejar hot? Adehh. Parah. Populariti? Allah tak pandang pun semua tu. Benda tu tak jamin kita kat akhirat pun. Allahu. Sedehh bak hang. Bayangkan apa orang luar negara fikir tentang orang Malaysia hanya kerana tindakan yang tak guna akal ni? Yang satu ni? Satu dunia tengokkk.. TT

And then I feel like errrrrgh ... Bomoh? Apakah? Dimanakah letaknya agama kita, aqidah kita, iman kita? Astaghfirullah. Tak tahu nak cakap lagu mana dah. Macam terserlah kebodohan di situ. Hmm. Maaf pakcik-pakcik sekalian. Mungkin agak kasar penulisan ku ini seolah-olah tidak menghormati kalian yang lebih tua, lebih makan garam. Maaf sangat. Ini sangat memalukan Malaysia yang majoritinya umat Islam. Jujur. Aku malu. Bukan setakat malu dengan negara lain, tapi malu dengan Allah. TT Ya rabbi. Ampunkan segala dosa ku, dosa kami dan dosa mereka. Aamin.







Jujur. Terkedu tengok video ni. And I was so touched at the moment.
Especially bila part 
"Remember to hold with your relatives and friends,
they love you, we love you"
*Tears roll quickly*
Tetiba terbayangkan kalau lah ada orang yang sangat-sangat Mirza sayang dekat dalam kapal terbang tu.
Allahu.
Mungkin Mirza tak setabah ahli keluarga mereka ni. Mungkin.


Kekadang tu teringat jugak dekat novel KOMSAS yang Mirza belajar masa Form 2 dulu.
Tragedi Empat Disember. Mirza taknak kaitkan apa-apa. Taknak buat apa-apa spekulasi. Hee.
Cuma teringat sahaja secara tetiba.

Aku percaya dengan kuasa doa ! Ayuhlah !
Haiya ma'an ! It's wireless, free, direct terus dengan Allah.
Doa itu senjata mukmin. Allah mendengar setiap bibit-bibit doa dari bibir hambaNya.
Maka janganlah berhenti berdoa.
Dengan doa juga kita bersatu.
Ya Allah walau di mana pun MH370 ni berada, Kau lindungilah mereka semua yang berada di dalamnya.
Temukanlah kami dengan mereka kembali.
Aku mohon. Kami mohon. Mereka mohon.
We are waiting. And keep waiting for them.
And for the good news from you. Biiznillah.
Ya Allah. Please ease everything. WE LOVE THEM !
Wallahu'ala kulli syai'in qadir.
Allahualam. =')


♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

Saturday, March 8, 2014

Yakin SBT ? Hmm.

Bismillah.
Assalamualaikum.

Klik gambar untuk ke link Utusan =)

Err. Terbaca title ni dekat Utusan. Err err. Taktahu kenapa tetiba berderau darah jiwa dan ragaku. Hihiks.
Allahu Rabbi. Ustaz Omar really scares me. Arrrgeegeeegeee.
Lagi lagi bila terbaca part ni.


Gulp. Errr.
I was like ...... "Ustaz, did you already know the result?" =3
Seriously. Ayat ni memang makes me really scare bak hanggg.
Terlalu tinggi menggunung harapan cikgu cikgi ku ini.
Terang tang tang SBT tu semua sekarang ni bergantung harap dengan result SPM 2013. Ehek ehek. Alhamdulillah. Dulu dapat SKK pun based on our batch PMR's result.
InsyaAllah kejayaan SPM yang terbaik nanti. Next 2 weeks, tahu lah resultnya.
Jujur. Aku takut yang dikejar tak dapat yang dikendong tercicir.
May Allah ease everything. Allahumma Aamin.

Semoga ini lah kenangan daripada kami batch 2009-2013 buat sekolah.
SKK - Double tick.
SBT - We're heading to it.
SBP - Ehem =3

About two weeks more. Yes two weeks. ='(
Sekian. Wasalam.
♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

Gurau Bahasa

Bismillah.
Assalamualaikum.

This is just for fun. Saja suka-suka nak kangsi. Macam menarik je. Pelbagai loghat. This is Malaysian. ^^

#1 Terengganu

#2 Kedah

 #3 Kelantan

#4 Melaka

#5 Negeri Sembilan

#6 Pulau Pinang

#7 Perak

#8 Pahang

 #9 Sabah
Enjoy dengar lagu Anak Kampung by Jimmy Palikat tu. Hehe ^^

 #10 Sarawak
Dulu masa form 2 ada belajar sikit dengan cikgu praktikal dari Sarawak.
Sik = Tidak
Belon = Kapal terbang
Gerek = Kekasih
*maaf kalau salah. hehe*

#11 Johor 
"Tu je kan?"
Ehek. Tak boleh bla. Haha.
JDT lah =P

#12 Selangor
Ohh. Okay. Haha. Lagi tak boleh bla.

Psst psst. Sekadar gurauan sahaja + ada juga ilmu kat sini. Learn new things, new words. Right? Bukan nak cari gaduh taw. Kita kan 1 Malaysia! Hehe.

Sekian. Wasalam ^^

♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

Thursday, March 6, 2014

Patah Hati Kali Kedua.

Bismillah.
Assalamualaikum.

Patah hati? Yep.
Kali kedua? Yep.
Kali pertama mana? Kat SINI.

Huwarghhhhhhhh! Sobs sobs. Haha. Nampak tak tenang. Adehh.

Actually ni bukan sebab cinta. Ecehh. Sebab minat dan suka sahaja ='D

I was so excitedooo you know masa nak tengok pelatih PLKN yang terpilih untuk panggilan seterusnya.
Tapi memula tak buka no IC sendiri. Buka IC orang lain. Heee. Alang-alang dah terhafal no IC tu. Ada mood dengki sikit kat situ. Kalau dia dapat memang nak gelakkan dia + ucap tahniah. Tapi .....
..... dia tak terpilih lah pulak. Haha. Dia memang taknak sesangat PLKN ni sampaikan tahun lepas dia doa dekat depan Kaabah supaya tak dapat PLKN. Okay. Mabruk alaika. =='


Lepas tu check guna no IC sendiri pulak. Berkobar-kobar katemu  xDD
Taraaaaa. Uhuk uhuk. Berharap? Sikit lah. Walaupun kalau tengok result yang sebelum ni memang tak dapat. Tapi semangat nak tengok terpilih ke tak tu macam semangat nak tahu penempatan kat mana. Haha.
Perasan sangat kan?

Lagipun parents memang taknak pung Mirza dapat PLKN. Tapi Mirza nak sesangat. Kenapa heh?? -_-
Mohon sukarela? Hahaha. Boleh je, tapi kang tak pasal pasal kena marah dengan parents =P
Lagi pun untuk panggilan seterusnya ni pulak dah busy untuk preparation for study dekat dunia baru. Macam tak best pulak dah. Kalau boleh memang nak panggilan pertama tuuuuuuuuuu. *kalau boleh*

Mungkin ini memang perjalanan hidup Mirza. Tsk tsk. (Ayat tak menahan)

Hold on !

Al-Baqarah : 216
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”

In fact, PLKN is not for me. Hihiks. Tak sampai seru kataku.
Okay then. Let it go ~ Let it go ~
Wallahu, Allah Maha Mengetahui segalanya. ^^

*I'm okay. I'm okay. I'm okay.*

Wasalam ^^
♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

Tuesday, March 4, 2014

Wordless Wednesday

Bismillah.
Assalamualaikum.

Awak. ...
I wish you all the best for your JPJ's test. ^^

Hihiks.

Ukhuwah tu bukannya sahaja indah atas kerana nama sebuah pertemuan, tapi ia akan lebih kelihatan indah dalam halawatul ukhuwah bila kita sering mengingatinya di dalam doa.

"Kita memang rasa kita jauh, tapi sebenarnya kita dekat. Macam mana? Itulah kuasa doa."

*senyum*

Best of luck, awak !
Jaga diri baik baik ='D

Wasalam ^^,

♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

UPU Ohhh UPU !

Bismillah.
Assalamualaikum.

Agak agak bila baca tajuk entry tu macam mana ye nada kalian? Haha. Tak kisahlah apa nada kalian, yang penting bagi Mirza agak SETEGHESSSSS! Haha. Tapi still boleh gelak. Pfffft. =P

Okay okay. Actually tadi baru first time masuk dekat laman UPU. Selama ni adalah jenguk sikit situ tapi just lalu-lalang je sebab tak ready lagi nak isi. Lagipun ada jugak orang kata kalau tak ready, jangan isi lagi sebab boleh kemaskini 3 kali je. To be honest, Mirza pun tak ready sebenarnya. Hiks. Taktahu nak pilih bidang apa, program apa. Orang kata jugak, isi UPU boleh stress! Haha. Lets try.

Lately, parents asyik tanya je, dah isi belum, dah isi belum. Okay. Pertanyaan itu pun boleh juga menimbulkan stress! Actually. Haha. Dan apa yang diberitahu sebelum ni, hanya 10% daripada pelajar yang sahaja terpilih untuk UPU. Ouhh ouhh. Memula ingatkan senang je dapat. Hihiks.

And at last, Mirza pun isi lah. Dengan lafaz bismillah, mulalah mengisi. Bila kat part program pilihan tu, tiba-tiba error pulak. Adehh.  Dah la ambil masa lama jugak kat situ walaupun dah banyak kali jugak survey program dan universiti. Dah decide dah *cuma minat tak minat*. Tinggal nak isi je. Tapi masa isi pun blank jugak. Tetiba hati rasa lain pulak. Wuuu. Ketepikan perasaan geram, bersabar dahulu. Haha. Okay. Internet problem. Sekian. Dan Mirza taktahu apa status permohonan Mirza sekarang ni.

Bila baca balik ini :

Mirza belum tekan lagi SAH DAN HANTAR. Maksudnya, belum dikira sebagai permohonan la ea? Phewww. So, begitulah. Haha. Mungkin belum masanya untuk buat pilihan kot. Heh. 

So, what should I do?
-SOLAT ISTIKHARAH---SOLAT HAJAT-

Allahurabbi. Moga Allah permudahkan segalanya. Allahumma Ameen.

Farmasi?? Hehe.
Wasalam ^^
♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

;