MySuperSomething !
Everything has its own beauty. Learn it. Live it. Love it =)
2011 | ♔ MiaLovaetto ♔ >
«
»

Saturday, December 31, 2011

Dua Kosong Satu Dua (!)

Assalammualaikum ^^

2012 . Wei , kita dapat tahun baru laa . Eheh . Comelkan nombornya ? Lagi comel 2013 =) . Ou yeah ! Semuanya happy sambut tahun baru kan kan ? Well , semua nak baru . Sama lah kita ! Sekolah baru , kawan baru . Eheh . Okay ! Saya tiputipu je tu ^^ Mirza pun happy sebab next year nak ambil SPM . Whoaaaa ! Happynyer kan ? >.< Cepatnya masa berjalan . Dah makin besar la kita . Eheh .

Perkara penting dalam entry kali ini . Mirza nak minta maaf kepada sesiapa sahaja yang pernah Mirza tersakitkan hati au terkecikkan hati au terpatahkan hati au terguriskan hati au terambil hati sepanjang tahun 2011 . Eheh . Serius ni ! Mirza minta maaf okay ^^

Next is about AZAM :) Semua orang pasang azam masing-masing untuk tahun baru . Alhamdulillah , azam last year tercapai . Tak lah . Mirza tipu je . Mirza memang tak ada azam-azam segala ni . Cuma nak jadi yang terbaik daripada yang sebelum-sebelum ni . Ada juga yang tak pernah disangka-sangka berlaku . Urgh ! Berat sungguh >.<

Seterusnya , masuk tahun baru je Mirza fikir satu benda . Nak sekolah ! Haha . Malasnyerr >.<

Mummy kata ; ' Sekejap je Ahad dah petang . Malas nak kerja .'
And i am starting to 'menyampuk' ; ' A'ah . Malas nak pergi sekolah . Eheh. ' 
Terus tutup muka ^^

And lastly , thanks for reading . ^^


♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

Sunday, December 25, 2011

" Aurat dia pun kita kena jaga jugak ! "

Assalammualaikum ~

Mirza tak tahu macam mana nak bagitahu tapi Mirza kena bagitahu . Okay ! Peringatan inin Mirza dah dapat lama dah . Terima kasih kepada seorang hamba Allah ini yang sudi menegur Mirza . Alhamdulillah . Tetapi maaflah . Baru sekarang sempat nak share memandangkan perkara ini semakin berleluasa pula . Alahai ~ serba salah rasanya plus berdosa .

Okay . Kiranya dah jadi 'trend' sekarang lah kan orang guna gambar artis kesayangan mereka untuk dijadikan sebagai default picture kat facebook . Dulu , Mirza letak gambar Yuri (SNSD) as default picture . Mula-mula kan gambar tu macam ni :


Ahah . Molek je kan ? Sampai ade la yang tak pasti betul ke ni Yuri . Tetapi lama-kelamaan Mirza dah makin jauh . Gambar nye terus terbuka aurat Yuri ni . Sampai lah satu hari ada orang tegur Mirza .



Terima kasih ustazah atas teguran yang penuh berhikmah. Alhamdulillah. =)

I should tell this ! And I found thissssssss ! Baca baca baca .

Assalammualaikum Warahmatullah . Hukum memperlihatkan dan melihat aurat orang lain yang bukan mahram dengan sengaja adalah berdosa . Ini kerana syarak telah menetapkan setiap orang Islam mestilah menutup aurat ketika berhdapan dengan bukan mahram . Selain itu , kita juga tidak diharuskan mendedahkan aurat orang lain sama ada melalui gambar ataupun sebagainya kepada orang yang tidak selayaknya . Ini kerana , kita bakal dikira sebagai penyumbang kepada dosa pembukaan aurat orang lain . Oleh itu , adalah disarankan kepada saudara/saudari agar tidak mendedahkan gambar-gambar tidak menutup aurat orang lain kepada tatapan umum . Ini bagi menjaga maruah orang itu di samping dapat memelihara diri daripadamenyumbang kepada dosa juga . Wallahualam - iLuvIslam

Siapa yang makan cili , terasa hot nye . So, do take an action ye . Saya sayang awak ! Jom lah cut down dosa kita ni . Okayy ? Maaf kalau ade yang terasa lebih . Huk3 . As i said , saya sayang awak . Ukhuwah fillah.  Jom ke SYURGA!  Jaga diri awak baik-baik :) SYURGA MENANTI KITA .

Ehh cop cop. Kalau aurat orang lain pun kite kena jaga, apatah lagi aurat kita kan kan? Hah. 

*Peringatan buat diri sendiri juga sebenarnya. Mohon tegur saya juga taw kalau kalau saya tersilap langkah. Sayang saya kan? Hehehe =) Sharing is caring , and loving ♥ Hehehe

Wasalam ^^


♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

Hati-hati Dengan ' Misscall '

Assalammualaikum .


Mirza ingin panjang-panjangkan nasihat ini kepada semua orang . InsyaAllah . Peringatan buat diri sendiri dan juga rakan sekalian . 

Kejadian ini adalah benar dan berlaku di salah sebuah SBP ( Sekolah Berasrama Penuh ) . Seorang pelajar tingkatan 5 tiba-tiba datang mengadu kepada seorang guru lelaki dan mengatakan dia di'cerobohi' oleh jin yang menyerupai lelaki yang dikenalinya melalui telefon .

Sebenarnya , dia menerima 'misscall' setahun yang lepas . Apabila dia menelefon semula nombor berkenaan dia mendapati seorang lelaki yang tidak dikenalinya ingin menjalinkan persahabatan dengannya . Naluri remaja yang ingin ber'couple' atau berpasangan menyebabkannya setuju berkenalan dengan lelaki tersebut .

Dia berasa agak pelik kerana apa yang dilakukannya termasuk apabila dia memotong rambut pun lelaki itu boleh mengetahui hal tersebut walaupun dia tidak pernah bercerita sebelumnya . Segala gerak gerinya juga dapat dibaca dan seolah-olah lelaki ini ada di sisinya meskipun lelaki itu berada jauh beratus-ratus kilometer jaraknya . Dia mula berasa takut . Namun begitu , dia menyimpan perasaan itu daripada pengetahuan orang lain sehinggalah terjadinya kejadian dia di'cerobohi' oleh jin tersebur . Dia menceritakan kejadian itu kepada ibunya dan juga kawan baiknya . Sebenarnya pelajar ini telah terkena sihir melalui telefon .

Peringatan ini ditujukan kepada golongan remaja mahupun yang sedang menginjak ke alam tersebut yang sememangnya suka ber'couple' agar sentiasa berhati-hati . Sekiranya pelajar tersebut lambat bertindak berkemungkinan kes kehilangan remaja mengikut lelaki yang kini semakin menjadi-jadi ( HOT ! ) akan berlaku .

Terlalu banyak kes remaja di sekolah atau universiti tiba-tiba hilang dari rumah atau hilang tanpa dapat dikesan apabila ingin pulang ke rumah . Ada juga yang mengikut lelaki yang menggunakan ilmu sihir seperti kes sihir melalu telefon ini .

Oleh itu , JANGANLAH KALIAN LAYAN MISS CALL YANG KITA TAK KENAL . Sentiasalah berwaspada , perbanyakkan selawat dan mengingati Allah agar terhindar daripada niat jahat manusia .

Ingat lah , di dunia ini terdapat ramai lelaki yang belajar ilmu sihir untuk menunjukkan kehebatannya ..  
Ooops ! Yang atas ni bukan ayat Mirza yep . Mirza dapat dari cerita asal ni di SINI . Menurutnya juga , menceroboh merupakan bahasa yang sopan bagi bersetubuh . 

Allah ! Seram sungguh . Naik bulu roma >< Mujur lah tak terkena . Semoga memberikan manfaat kepada kita semua . Ya Allah , lindungilah kami daripada segala kejahatan syaitan . Amin ~

♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

Saturday, December 24, 2011

Be Clear About What You Mean ..

Assalammualaikum ~

Holla , Holla , Holli ! Haha . Ketiadaan kerja . Okay . Disebabkan oleh rasa kebosanan apabila meng-online facebook dan asyik main game yang sama je serta menghilangkan perasaan yang terbuku di hati ni *uhuk-uhuk-uhuk* , Mirza terniat nak post semua benda alah yang tertera di bawah . Haha . Berbelit-belit ayat . Maaf deh !

Idea semua post ni diilhamkan oleh Fatin > budak pemalu < . Hak2 . Katanyaa ~  Memandangkan Mirza pun 2 X 5 je dengan dia , teringat pulak zaman comel-comel dulu . Huhu . Alahai ~ Perasan beno . Sorry la ye . Pi amek baldi , muntah sana . Hak2 . Sebenarnya berlaku pada tahun ni jugak . Tak comel pun . Tipu je . Okay2 . Sambung . Semuanya bermula dengan status budak ni . Haha . *sorry panggil budak* . Bercerita pasal pemalu . Alahai ~ Perasaan malu Mirza yang tak kena tempat lagi teruk kot >.<

Setiap gambar ade kisah ^^ *wink2*
I'm forced ! Ohoh . Tak sanggup sebenarnya . Tetapi demi maruah diri *aicehh !* dan juga kelas *paling penting* , Mirza terpaksa beranikan diri ini . Alang-alang tu , cikgu buat sekali PLBS . Senang kerja cikgu ^^ . Mirza merupakan orang yang first dipilih . Haha . Mula-mula biasalah ade rehearsal . Hoho . Macam nak masuk pertandingan segala . Mirza kena dua kali . Haiyoo ~ Nasib la mula-mula depan budak-budak kelas je . So , berani lah sikit . Tapi, tapi , penyakit nervous tu semua memang tak hilang laa . Hadapi semuanya dengan tabah . Hak2 .  Pada masa yang patut Mirza kena present depan kelas tu Mirza tak datang . Memang niat nak elak . Haha . Tapi naseb tak menyebelahi pulak . 'Kenapa cikgu ingat saya ?' . Lawak laa . Cikgu ingat tajuk cerita Mirza . Dia tanya mana cerita pasal 'chewing gum' tu . Yes ! Chewing gum tajuknya . Ambil kat buku latihan je . Haha . Janji ade ok ? Tapi ade lah tambah-tambah sikit information daripada internet . And most important , how to pronounce it . Senang je . Pergi dekat google translate . Haha . Malu lah saya kalau salah sebut . Nak-nak nanti kena gelak dengan orang . >.< .

Okayy . Pada masa yang dinanti-nantikan . Eheh . Menanti la sangat . Nasib Mirza agak baik sebab tak terpilih sebagai orang yang pertama . Alhamdulillah . Tapi sebenarnya dah dekat akhir-akhir tu la ramai orang . Nasib laa ~ Haha . Ambil microphone , bagi salam , lepas tu mula la Mirza membebel . Haha . Cikgu tak bagi cakap laju-laju . Ye laa . Dah la Mirza cakap perlahan . Haha . Nasib tak kena sound cam ni :
Alhamdulillah , semuanya dah berjalan dengan lancar . Hee ~ Suka2 . Mulai saat tu , rasa teruja nak cakap depan orang ramai . Tapi rasa je cam tu . Realitinya tak ! Alahai ~ Pengecutnya aku ==' . Bytheway , terima kasih la kepada para penyokong setia yang bagi semangat kat Mirza . Terima kasih sebab bagi Mirza keyakinan . 

Bayangkan ~

Okayy . Itu sahaja . Terubat sikit hati mengingati masa lalu . ^__^ . Salam :)

* Hujan yang turun seakan-akan memahami mutiara yang jatuh *
sapa teras tekan ler ~




♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

Thursday, December 22, 2011

♥ Tahniah ♥ PMR's Result =)

Assalammualaikum .



Ehem-ehem . Hai hey hui hoi ! Ahaha . Sorry kalau terkasar bahasa sedikit . Tak mahu cakap banyak , tak mahu taip panjang-panjang . *InsyaAllah lerr*  Okayy ! Mirza nak ucapkan tahniah la kepada mereka yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang plus-plus dalam PMR hari tu ye ! Kalian dah buat yang terbaik dan apa yang tertera kat slip keputusan kalian tu la hasilnya . Bangga tak ? Ehehe . Bersyukur laa ye . Yang near miss tu , it's okay . Lagi sikit je tuh . Kalian boleh semak semula . Dan kepada yang ter-miss tu , janganlah kalian putus asa okay ? You got what you gave okay ?  SPM nanti buat bebetul tauuuu ! Tau tau ! *peringatan buat diri sendiri juga*

Thanks Allah ! Thanks Allah ! Thanks Allah !
Alhamdulillah . 



Okayy ! Izinkan Mirza main tag-tag ye sebab bosan la hari ini . Eheh !
Special congrates kat mereka ♥
Syahira , Ain Zuhairah , Nur Ariffah , Nurul Liyana , Siti Khadijah  , Nur Iffah Syahidah Mariatul Munirah , Alia , Nur Syafrawa Nabihah , Noorul Fuadah , Aisya Farina , Awra Zafrina , Nabila , Nur Aqilah , Nur Syazwani Syaidatul Mardiana dan semuanya lah. Hahah . Malas pulak nak taip :3

Dan last sekali. Yang tercicir subjek BI ni. Hekhek.   Abrar . Takpe takpe. SPM okayyy? =)

Haha . Tak tahu laa apa yang Mirza buat kat atas ni . Ok . Tu jaaa . Salam 

* my senior said , " SPM bukan soalan kubur ". Yeah . I know 
* guys yg wish tahniah uh thanks yow ^^ Maaf tak dapat nak reply . Bukan sebab sombong okayy . tapi adalah sebabnya. Thanks anyway :) Tahniah jugak buat kalian !

♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

Wednesday, December 21, 2011

He is always with us ♥

Assalammualaikum  ..

Okay ! Kalian  yang bakal menduduki SPM pada tahun 2013 tu mesti sekarang ni sedang gemirap kan ? Mirza tahu lah . Tak payah tipu-tipu . Eheh . Anggukkan kepala kalian macam benda alah yang comel kat sebelah ni . Perasaan kalian pun cam tu kan ? Tak tenteram . ==' . Okay , relax laa ye kalian :)

My cousin said , " Kalau dah try harder before this kena chill je . Haha "  . -__- Okay ! Kita serahkan semuanya kepada Allah . Banyak-banyakkanlah berdoa . Dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang ^__^ . Ketenangan hati , kebahagiaan hidup dan kelapangan jiwa hanyalah ada pada seseorang yang sentiasa dalam kebersamaannya .

Dari Maimunah hamba pengasuh Nabi berkata :

Seorang wanita datang kepada Nabi dari puak Jursh dan berkata kepada 'Aisyah : Tolonglah beritahuku dengan suatu doa dari Rasulullah yang boleh menenangkan diriku dan mententeramkannya .

Rasullullah bersabda kepada 'Aisyah radiallahuanha katanya kepadanya : Letakkan tangan kananmu dekat bahagian hatimu dan sapukan ia sambil membaca doa :

بِسْمِ اللهِ، اَللهُمَّ دَاِونِي بِدَوَائِكَ وَاشْفِـنِيْ بِشِفـَائِكَوَأَغْنِنِيْ بِفَـضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاك

Dengan nama Allah , Wahai Allah , rawatilah daku dengan Rawatan-Mu , sembuhkanlah daku dengan Penawar-Mu dan Cukupkan daku dengan kelebihan yang ada padamu dari mengharapkan selain dari-Mu . 


Berdoalah . Allah pasti mendengar :)




♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

Sunday, December 18, 2011

Usaha + Doa + Tawakal + Redha = TENANG :)


Hidup ini semakin banyak hari , semakin banyak pula dugaan . Dugaan semalam belum lagi tamat , datang pula dugaan dan cubaan pada hari ini . Namun begitu , tanpa kita sedari dugaan tersebut sebenarnya telah mengajar kita . Mengajar kita erti menerima .

Setiap anak Adam di atas muka bumi ini telah ditentukan Allah soal ajalnya , rezekinya , jodohnya dan nasibnya ( sengsara ataupun sebaliknya ) sejak azali lagi . Begitu juga rezeki dari segi belajar . Ini semua merupakan ketetapan Allah kepada setiap hamba-Nya .

Rasa sabar insya-Allah dapat dilahirkan apabila seseorang itu belajar untuk menerima . belajar untuk menerima segala ketentuan Allah . Apabila seseorang itu menerima segala dugaan Allah dengan sabar , ganjaran yang besar akan diperoleh di dunia bahkan ganjaran yang lebih besar di Akhirat .

Usahlah khuatir , kerana Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hamba-Nya . Segala kesusahan  , kesulitan dan kepayahan yang kita hadapi moga dapat memberikan suatu hasil yang lumayan di dunia dan di Akhirat kelak .

Usaha , Doa , Tawakal dan Redha . Bagaikan suatu formula . Usaha + Doa + Tawakal + Redha = TENANG . Sudah pasti ketenangan dapat wujud apabila menggunakan bahan-bahan tersebut . Misalnya , usaha . Tanpa usaha kita tidak mungkin berjaya ( dengan izin-Nya ) , kerana Allah tidak menyukai hamba-Nya yang selalu berdoa tetapi langsung tidak berusaha . Yang bulat tidak datang bergolek , yang pipih tidak datang melayang .

Allah takkan mengubah keadaan sesuatu kaum itu melainkan dia berusaha untuk mengubah dirinya sendiri . Ya , USAHA !

Kemudian , kita hendaklah berdoa . Doa merupakan senjata orang Mukmin . Berdoalah dan jangan sombong ! Allah tidak menyukai hamba-Nya yang sombong !

Seterusnya , kita mestilah tawakal . Iaitu berserah kepada Allah .

Bahan yang terakhir adalah redha . Misalnya , sekiranya seseorang itu memperoleh keputusan peperiksaan yang tidak cemerlang , seharusnya dia redha , walaupun sudah berusaha da berdoa sehabis mungkin . bersangka baiklah pada Allah kerana Dia lebih mengenali diri kita berbanding kita mengenali diri sendiri . Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya .



Bersama kesusahan ada kesenangan , sesungguhnya bersama kesulitan ada kesenangan .
[ Al - Insyirah , Ayat 5 -6 ]



Then when you have take a decision , put your trust in Allah . Certainly , Allah loves to those who put their trust ( in Him ) . [ Al - Imran ]






- Artikel I luv Islam

* Yeah ! For sure , berdebar-debar menanti saat itu . Saat untuk menerima segala hasil usaha saya selama ini . Huh ! Ok Mirza , redha please .  :|
♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

Wednesday, December 14, 2011

Main-II Forward Mesej :D

Assalammualaikum ~

Hi you all ! Hak2 . ( nyampahnyaaaa ) .. Ok .. Direct terus ! Kalian pernah dapat tak SMS yang macam ugut-II uh ? Alaa , mesej berantai ler . Yang suruh forward-II tu . Kan macam ugut uh ( kadang-II ) . Mesti la pernah dapat kan ? Haha . Kalian perasan tak kadang-II ( au memang pun ) SMS yang berupa sedemikian biasanya mendoakan kita yang tak baik-II kalau TAK FORWARD ? Ape kes ? Terbaru , Mirza dapat mesej yang cam uh jugak . Masih baru ! Ingat kan dah takde orang 'main' mesej berantai ni . Mirza pun dah lama tak forwarding . Eheh . Tapi kali ni Mirza tak baca habis . Mirza baca sampai ade ayat " Saya bersumpah ! " . Yang seterusnya suruh adik baca . Haha . Takut punya pasal la kan . Ancaman dalam mesej uh , kalau tak forward , kita tak kan berjaya SELAMA-LAMANYA . Siap ade Amin-nya sekali . ==' Pelik laa . kenapa mesti doakan yang tak baik hah ? Tak baik laa doa-II macam ni . Tadi kawan Mirza hantar mesej jenis ni . At last , dia tanya Mirza betul ke ape yang dia buat ni . Mirza konfius dan tak tahu nak jawab apa . So , Mirza nekad nak cari info pasal mesej berantai semua ni . And i found ,

Mengikut kaedah fiqh sumpah yang tidak menyebut Wa Allah, Bil Allah, Tal Allah tidak dosa dan tiada kifarah atau denda yang dikenakan. Lagipun orang yang membaca tidak jatuh sumpahnya kerana itu bukan datang dari keinginannya iaitu dari hati dan lidahnya dan itu secara perangkap sahaja. Boleh jadi juga ini adalah kerja jahat dari musuh-musuh Islam yang tidak henti-henti mencari teknik dan helah baru untuk menyesatkan orang Islam. 


Banyak lagi cara untuk berdakwah yang boleh dilakukan selain dari menghantar email atau mesej berantai ini. Kalau anda abaikan email dan mesej berantai ini pun tak jadi apa-apa masalah dan tak mendatangkan apa-apa musibah. Sebabnya kalau dilihat dari email tersebut tiada bukti nas atau dalil yang mengatakan kalau orang yang tak menghantar email atau mesej tersebut akan dimurkai Allah dan akan dikenakan bala bencana. Sebagai orang Islam yang bijak, anda buang sahaja kandungan sumpah tersebut dan hantarkan sebahagian email lagi yang tidak mengandungi sumpah laknat kepada kawan-kawan anda yang berdekatan, supaya ia dapat dibaca dan dimanfaatkan. Dalam masa yang sama, anda telah menyebarkan dakwah Islam kepada kawan-kawan anda dengan menggunakan konsep hikmah dan mauizah hasanah. Mudah-mudahan anda mendapat ganjaran yang setimpal dari Allah.

Agama Islam adalah agama yang benar dan tiada paksaan kepada sesiapa yang ingin memeluknya. Kaedah dakwah yang saya berikan di atas adalah paling cantik untuk pendakwah (dai'e) amalkan, kerana ia bersesuaian pada bila-bila masa dan keadaan. Lakukan dakwah dengan kebijaksanaan, ilmu, nasihat,contoh tauladan yang baik dan berdialoglah dengan memberikan bukti-bukti yang kongkrit untuk menarik minat manusia mengamalkan ajaran Islam.

Kecualilah umat Islam yang tidak mahu melaksanakan ibadah wajib dan melakukan jenayah-jenayah yang besar seperti, mencuri, maksiat, zina, tidak menutup aurat, murtad dan sebagainya. Maka barulah digunakan pendekatan kekerasan dan ancaman kepada mereka yang melakukan kesalahan tersebut dengan berpandukan dalil Al-Quran dan Hadis. Sekian dari penjelasan saya untuk masalah ini, saya mohon maaf kalau ada apa-apa kesilapan dan kekasaran." - Blog Ustaz Nor Amin

Ade lah jugak yang kata mesej-II cam ni hukumnya khurafat . So , kalian tak payahlah bazirkan kredit kalian lagi ye . Kalau masa itu emas , duit itu pun emas . Haha . Ade nilainya . > Peace Yow ! <

Sekian , itu sahaja . Harap jelas ye ^__^
 

* aih ! baru nak publish post ni , da dapat lagi satu mesej cegini =='
♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

Thursday, December 1, 2011

Ouh , Google :)

Assalammualaikum ~

Holla ~ Mood mahu happy-II ja hari ni . Sebabnya , post kali ni bertujuan nak dengki orang . Hak2 . See ! How cruel am I ! First of all sorry lah ye kepada mangsa uh yang mungkin dah tak jenguk-II blog ni lagi . Tapi saya tak kisah pun lah sebenar-benarnyaaaaaaa XD

Ok ! Minggu ni merupakan minggu peperiksaan Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) . Rasanya exam ni under Sekolah Agama Kerajaan Johor jaaa . Adik Mirza ambil periksa ni lagi . Sebab result last year tak memuaskan . Eheh ! Dia kene ulang sampai berjaya dapat pangkat 1 . So , usaha dia untuk tahun ni lain sikit laaa . Dia suruh Mirza tandakan tajuk-II yang agak berat untuk SEMUA subjek . Nak kene selak sehelai demi sehelai . Best laaa . Baru teringat sebenarnya dulu pun tak sempat nak khatam kitab-kitab uh . Huhu . Ade yang tak pernah baca pun . Contohnya , subjek Akhlak & Tasawwuf . Seriously , tak baca pun kitab ni masa nak exam dulu . Huhu ~ Naseb lah boleh jawab ^__^ Selak-II kitab Akhlak uh , Mirza teringat kisah tahun lepas . Hak2 . Mirza terpaksa jadi nakal kejap .


Haha . Setuju tak dengan statement uh ? Mirza setuju ! Eheh . Kisahnya begini . Tahun lepas , ade kawan Mirza ni ambil exam SDKA . Mirza ade dapat SMS daripada kawan Mirza . Time uh tengah periksa lagi . Maksud Mirza , masih lagi dalam waktu peperiksaan . Subjek : Akhlak & Tasawwuf . Dia tanya , Mirza tahu tak nama penuh Imam Ghazali . Serba salah sebenarnya time uh . Mirza jawablah tak tahu . Then , dia suruh Mirza cari kat buku . Mirza katalah buku kan adik Mirza bawa . Adik Mirza pun nak periksa juga . Then , dia bagi cadangan untuk cari jawapan uh melalui GOOGLE ! Haha . Kerja gila ni -__- . Mirza pun searching laaa . Mirza jumpa , namanya Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Ath Thusi .  Kalau tak silap Mirza , Mirza jumpa dekat web ni ; Sejarah Hidup Imam Ghazali . Mirza tak tahu la kawan Mirza buat jawapan ape . Yang pentingnya , jawapan kat dalam buku ialah Muhammad bin Ahmad . Ringkas bukan ? GOOGLE memang expert ! Mirza pun tak tahu dia dapat berapa untuk subjek ni . Tapi kalau tak silap lah subjek Munakahat dia dapat tinggi juga . Ahah . I know , dia memang expert bab ni . Yang tak puasnya , macamana agregat kami boleh sama ? Haha . Kedekutnya saya >.< Ok ! Tu jaa . Saya cuma nak sokong statement itu saja . Bubbye ♥ To all candidates SDKA 2011 , good luck ! Teruskan perjuangan kALIAn :)) All my wishes are with you , dik ^__^


♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

Tuesday, November 29, 2011

Good ! Hoyeyeaah !

Assalammualaikum ~

Yaow ! I've good news ! Eheh . InsyaAllah , kalau tak dapat ape-II tawaran pindah sekolah , Mirza mahu stay saja di sini ^__^ Tapi harap-II tak ade laa . So , nanti tak ade laa timbul rasa bersalah . Hihi . Tapi ramai juga beriya-iya mahu pindah . They wanna leave me ? Just go ! Cheahhhh ! XD

Waitta ! Tawaran ? Haha . Stop dreaming lah Mirza .. What a nonsense ==' 
Huh ! Result PMR tu pun tak tahu lagi camne rupanya .

OkOk ! Good news >>

She won't leave me ! Ou yeah ! Shuke-II . Ehehe . Tapi yang sedihnya , dia tak bagitahu Mirza awal-II . Mirza tahu pun melalui Awra . Ade hikmahnya juga saya text dengan Awra time itu . Tine-II je dia tanya , " Taw kan , syera tak jadi pindah ? " OYA ! Ter-menjerit saya .. * Duh ! Rosak BM-ku * Haha . Punyelah excited sangat ,  Mirza terus post kat wall FB Syahira .. Siap ber " I LOVE YOU " lagii . Hak2 . Serious ! Tak pernah kata cam uh kat dia . ^___^


Haha . So , sekarang tak ade ape yang perlu Mirza risaukan lagi kecuali Result PMR 2011 . Tak sampai sebulan ja lagi . Huhu . OYA ! Give me strength to face all this . Huh ! Just hope for the best :)) Sekian .



♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

Monday, November 28, 2011

I Have A Dream ;(

Assalammualaikum ~



Saya dapat mimpi ngeri ! Huh ! Mimpi itu cuma mainan tidur kan , kan ? Please say , YES ! Mimpi itu bukan betul-II kan ? Please say , YES ! Huh ! :(

Sudah 2 hari Mirza mimpi pasal PMR ;( Kenapa mesti Mirza dapat mimpi camni ? Semalam , Mirza mimpi pasal subjek Sains . Lawaknya , Mirza tak sempat nak jawab soalan uh semua sebab TERtidur (kot) . Huh ! Apakah ? Tak suka lah dapat mimpi cam ni . Menakutkan jaaaa ! 

Malam semalam , Mirza mimpi pasal subjek English . Subjek yang Mirza tak check lagi jawapan kertas 1 . Mimpi  ini agak tidak logik kerana Mirza dapat tengok markah sendiri . I got 54 % . Whaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat ??!! Ya Allah , teruknya itu ! Mirza tak pernah dapat English seteruk uh !

2 hari berturut-turut mimpi pasal PMR . Subjek yang berlainan . -__-

- Malam ni mimpi apa lagi ya ?
- Subjek apa pulak yang keluar ?
- Teruk macam mimpi sebelumnya ke tidak ?

Saya tunguuuuuuuuuuuuuuuuuu ~ Huhu ..
=(

♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

Saturday, November 26, 2011

Suka-II Jaaa Diaa ;D

Assalammualaikum ~


Hai kawan-II . Ehehe ! Mirza nak 'mengumpat' pasal seorang budak ni . Mungkin bukan seorang jea . Eheh . Name given was Dyiana :)

Mirza tak tahu la apa persamaan kami ( Mirza & Dyiana ) sampaikan ada cikgu tersilap panggil nama =='
Dyiana mungkin tak kene tapi Mirza yang terkene . Hak2 .

First , Mirza 'jadi' Dyiana masa Form 2 . Tu pun time hari Rabu je kalau saya tak salah . Sebabnya , Mirza & Dyiana sama-II ahli unit beruniform silat . So , kami kene lah pakai baju silat . Time cikgu tengah syiok ajar kami , tibe-II cikgu sebut nama Dyiana sambil menyengeh ( bukan menyenget okey ? hihi ) . Bytheway , cikgu ni memang suka sengeh-II . Ehehe ! Ampun cikgu -_- Ok . Sambung-II . Mirza pun pandanglah cikgu itu . Well , da la dia sebut dengan meninggikan suara pulak , so menjadi perhatian kami lah . Erk ! Peliknya cikgu pandang Mirza . First time terkene uh memang la pelik . Haha . Kali kedua terkene uh dah tak berapa nak pelik dah . Rasanya kene dua kali ja . Cikgu da ingat kot ^___^

Next chapter , time uh Mirza tak sengaja lalu depan bilik seorang cikgu ni selalu duduk . Tibe-II cikgu panggil DYIANA . Ketika itu cuma ade Mirza jaa . Cikgu panggil dua kali . Takkan nak buat dont know ja . Tak baik kan ? Hak2 . Tapi tak baik jugak tipu cikgu kan ? So , dengan muka yang tidak bersalah pun , Mirza pergi lah kat cikgu uh . Then , she said " Dyiana , panggilkan ketua kelas 3 **** " . Dyiana ? Ou man ~ Mirza tak berniat nak tipu cikgu uh . Abes uh nak buat camne . Haha . Buat tak tahu je lah ~

Lagi satu , ape yang Mirza ingatlah . Cikgu ni tanya , " Adik awak macam mana ? Dah masuk sekolah ? " Erk ! Cikgu kenal adik saya ke ? Adik saya mana ada sama sekolah dengan saya ? Masih blurr ~ " Awak duduk asrama kan ? " Eh ! Tak-II . Sah ! Cikgu salah orang ni ==' Cikgu ni pun pernah tersalah panggil Mirza . Dia panggil Mirza dengan nama A***** . Tapi , cikgu ni cepat sedar yang dia tersalah panggil nama sebab nama yang dia panggil uh akak Form 4 . ^__^ Tibe-II pulak cikgu kata tu akak Mirza ==' Saya tak de akak cikgu . Jangan lah buat saya sedih . Huhu ~ Cik Puan Tisha ( Nama Komersial diaa . Ehehe ! ) pun pernah tanya, "Mirza ade kakak sekolah sini ke ? " . " Mirza takde kakaklah . " 

Haha . Tu je . Tak lawak pung =__=
Thanks for reading , reader .

Typewriter  ,
MirzaNurHaziqah a.k.a MiNHa ;D

♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

Tuesday, November 22, 2011

Mirza ♥


Assalammualaikum :)

MIRZA ~ Comel kan nama saya ? Parents saya yang bagi . Eheh !
Okfine ! Adakah nama ini pelik untuk saya ? Saya tak faham kenapa mesti ada soalan yang berbunyi sebegini : Mirza bukan nama lelaki ke ? Cakap depan-II pula tu .

Situation I  :
- 2010 - Tangga Blok B -
Masa tu saya sedang menuruni tangga bersama Aqilah . Ada dua orang pelajar lelaki   ( I guess senior and I'm not knowing them. ) . Kami bertembung . Dah beberapa anak tangga saya pijak saya terdengar ada yang betanya , " Mirza bukan nama lelaki ke ? " . Ouh tengok nametag orang ye .  Aqilah gelakkan saya . Ish ! Saya tak faham kenapa . Lelaki je ke yang boleh guna nama uh ?

Situation II :
- 2011 - Tangga Blok Baru -
Sama ja dengan Situation I . Bezanya tempat dan orang yang bersama saya . Kali ni saya menaiki tangga bersama Atika . Bertembung dengan dua orang pelajar lelaki dan saya rasa dia senior dan saya tak kenal mereka (*sebenarnya saya tak nampak siapa orangnya dan saya jalan tak tengok orang :p ) . Soalan yang sama kedengaran lagi dan kali ni Atika pula yang gelak-II . =='

Situation III :
- 2011 - Bilik GPK Koko -
Cikgu pula yang kena kan saya . Siap gelak-II lagi . " Eh , Mirza bukan nama lelaki ? HAHA " . Ustaz !!! Kemudian , mula lah kata saya ada keturunan apa-II la .Haha . Ape-II ja . Tapi tak kisah pun . Tak ambil hati . Dah tu nama yang parents saya bagi dekat saya , cikgu . Jangan la jeles please . Muehehehe :) 

Haha . Ok Fine ! Rasanya post ini agak kerepekan . ==' Membosankan =='
Yes , I know . Sorry ><

By the way , nama saya Mirza Nur Haziqah . Proudly with it . Ouh yeah ! Thanks my parents ♥


♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

Wednesday, November 16, 2011

Dear Syahira =')

" Saya malas , awak suruh rajin ...
Saya nakal , awak marah ...
Saya senyum , awak lagi la senyum ...
Saya gurau awak gelak ...
SWEET sangat waktu tu ..
Tapi kalau saya takde , Jangan pulak awak ikut saya pergi ...
Cuma doa je dalam hati dan ingat dekat saya cukup untuk nilai perhubungan kita ..
Dan buat saya tenang selamanya ..
Awak jangan sedih ..
Saya tak suka air mata awak menitis nanti ..
Kerana saya terlalu sayangkan kawan2 saya ..
TERMASUK AWAK ! "


Syahira bagi mesej ni kat Mirza semalam . Huhu . Sedih sungguh . Mirza tak mahu dia pergi . Tak mahu ! Tak mahu ! Tak mahu ! Kalau dia jauh , camne nak share2 cerita lagi ? Cukuplah sekadar 2 tahun berpisah hanya dengan berlainan kelas sahaja . Huh ! Dia bagitahu Mirza pasal ni pun masa hari terakhir persekolahan sesi 2011 . *11/11/11* . Sebelum ni , Mirza ada lah jugak mimpi dia mahu pergi . Tapi tempat yang dinyatakan dalam mimpi uh JAUH sangat ! Huh ! Tak tahu pulak benda ni nak jadi =( Tak suka ! Tak Suka ! Mirza tak puas lagi lah nak bersama dengan awak ! Dah la kat sekolah jarang jumpa . Mesej pun jarang *mahal la . Maxis-Celcom* . Mirza cuma mampu berdoa agar apa yang dikatakan dia uh TAK JADI ! Harap2 laa . Mana aci kalau ramai nak pergi ! Siapa nak kawan dengan Mirza nanti ? Huh ! *kang Mirza yg jugak pergi ni ;(*


Gonna Miss and Missing You :')


♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

Sunday, October 30, 2011

Don't Be Sad ...

Sheikh A'id Al- Qarni gives us this advice . Read this and dont be sad :)

If you are stricken by poverty , others are chained in debt .
If you dont have shoes , others have no feet .
If you feel pain now , others have been aching for years .
If your son die , others have lost many .
If you have sinned , then repent .
If you had commited a mistake , correct it .
The doors of repentance are over open .
the fountain of forgiveness is ever rich .
So , dont be sad :)
Let all bygones be bygones .
What is predestined for you , you shall see it .
Being sad will change anything .
So , dont be sad .
Sadness spoils your life , destroys your happiness and turns it into wretchedness .
So , dont be sad .
Supplication is your shield . Prayer is your beacon .
Prostration is your means .
So , dont be sad .
See how vast is the earth . How nice the gardens and the forests . How brights are the stars .
ALL are happy but YOU are sad .
So , dont be sad .
You have sweet water to drink , freash air to breath , feet to walk with .
You sleep safely on your bed .
So , why you sad ?
Every cloud has a silver lining .
After long nights , comes bright sun .
Life will soon give you smile .
So , be ready to grab it !
Real life is that spent with happiness .
So cross out your sad days from your age .
Peace of mind is the real treasures .
There are many who has less than us and who are going through more than us .
Let us all sit and reflect and praise and give thanks to Allah for all of the blessings we have , all the good that have been given to us .

ALHAMDULILLAH :')

♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

Wednesday, October 19, 2011

...

Hanya mampu berharap agar Allah melindungi orang II yang aku sayang :)

♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

Friday, September 30, 2011

Hi Mr. PMR !

Assalammualaikum ^^





EXAM FEVER !
Ya . Hampir mai da PMR saya .
Mau curi masa sikit di sini .

First and first thing, saya ingin memohon maaf kalau ada terbuat salah dan silap terhadap anda semua .

Maaf jangan tak maaf !
Eheh !


Lastly , doakan saya ya !


WASALAM ^^





*post yg membosankan ==' tapi tak kisahlah . kan nak PMR . eheh . again -_-

♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

Wednesday, August 10, 2011

The truth .

Bismillah.
Assalamualaikum

Ehem.
I just wanna tell the truth about my official status .

Ok ! Here we go .



Yes ! Im not joking either kidding .
This is the truth !
And yes , Im serious with it .

Ahah . Im not proud with it .
Im just tellin the truth =)

Jangan cakap saya tak habaq naa.
InsyaAllah saya akan jauhi perkara-perkara yang lagha.
InsyaAllah.
Doakan kami. ^^

♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

Monday, August 8, 2011

Mia . . Mieya . . Mia . . Mieya . . (=

Salam .

Mia @ Mieya . . . =)
Bila sebut ja nama nih teringat zaman muda2 dulu . Eheh . Rindu sungguh ! Mana ntah an wujudnya nama nih ? Eheh . Actually citer nya cam nih au . Nama nih cuma gelaran yang kawan mirza bg masa sekolah rendah . Kitorg bljr lain2 tmpat . Maksudnya , lain sekolah . So , kitorg cuma berutus surat ja . Nama kitorg sbnrnya hampir2 sama ja sebutannya . Namanya Miza dan saia Mirza . Beza nya ade 'R' and xda 'R' ja . Then , dia suh pggil ja dia Nia . Hmm . Nia , Mia . * x ke lebih kurang juga uh ? Ahah . Tak kisah laa yg penting dia bahagia . Da lama tak jumpa dia . Kitorg bersama tak lama ( tempoh nak face2face uh ) . Satu minggu ja . Itu pun masa MIA masih lagi merupakan pelajar SEDAR . Tapi kami x satu kls pun . Huh ! Ape laa . Kat surat tawaran uh kata kelas * . Pas uh kata pi kls * pulak . Tup tup esoknya pi kls * pulak . Haih ! Kerja MIA time uh cari kawan jaa . Eheh . Kawan yg MIA kenal kat kelas MIA uh cuma sorg ja . Dia pernah belajar kat sek rendah MIA dulu tp masa darjah 1 ja . And MIA mmg x knl dia pun ==' Eheh . Kami mula berkenalan selepas MIA keluar dari SEDAR . And akhirnya dia pun keluar dari SEDAR jugaa . Tapi sekarang dia dah sombong ! Huh ! Takpelaaa . Takkisahh . * Dah larii topik daa . Eheh . =)

Itu sek rendah . Abis uh cmne boleh wujud kat sek menengah pula ? Lagi2 Aishah and Atika nih . MIA rasa nih mesti kerja Syahira . Eheh . Dia yang suruh letak nama ' Mieya ' dekat baju kelas masa form 1 . Eheh . And masa cikgu nak bagi baju uh , Cikgu Fatin sempat tanya lagi , ' Ni ke Mieya ? ' Ehek ! Segan tak terkataa . Huhu .

Itu ja kot kisahnya . With this , I thank you . Hee ~


* These are not MINE . SEARCH -> COPY -> PASTE . =) Thanks GOOGLE ! Taksangkapulaapayangdicariada . Sayang GOOGLE :p

Akan tetapi , dengan harapan yang menggunung tinggi MIA harap jangnlah semakin ramai yang panggil MIA nih MIA . Eheh . Terima kasih lagi sekali ;)

Assalammualaikum =D

♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

Wednesday, August 3, 2011

Ok . Aku Dah Kalah !

Ya ALLAH .
Sesungguhnya aku hanyalah hambaMu yang lemah . Tabahkanlah hatiku ini ya Allah .
Akhirnya , aku kalah juga dengan semua benda yang tak masuk akal ni .

Suka hati laa . Suda penat layan korang . Bagitahu 1000 kali pun macam laa korang FAHAM . 1000 kali ? LEBIH dari uh pun , korang tak kan faham juga . Entah bahasa apa la yang korang faham . Terpulang la . AKU MEMANG DAH KALAH DENGAN KORANG SEMUA . TAHNIAH weyhh ! HASIL USAHA KORANG BERJAYA . AKU "BANGGA" SANGAT DENGAN KORANG . TAK SIA-SIA RUPANYA AKU KENAL KORANG .

Okay ! Speechlessnow ='(





♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

" Semoga Mendapat A "


Salam .

" Semoga Mendapat A " ?
Terima kasih , cikgu . Eheh .
U know what ? Bace nota itu ja da boleh membuatkan air mata saya menitis . Huhu ~
Cikgu , boleh ka ? Lihat saja lah keputusan saya yg lepas2 uh .
TAK PERNAH DAPAT A LAGI PUN , cikgu . =(

Hmm ..
Lagipun usaha tangga kejayaan . And nothing impossible .
Ouh Yeah ! Saia nak semangat itu !
Thanks , laoshi =)

Saya cuba 


♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

Monday, August 1, 2011

Trial 12/8 - 19/8 .


Hai awak ! Apa khabaq ? Mudah -mudahan awak sihat ya .
EHEH .
Minta usha2 sikit gambaq kat bawah nih .
HUHU ~
Ape macam ? Dedo daq ? Cuak daq ?
Hak2 .
Tu lah comment2 common yg org asyik bg .
Tp bg yg akan menghadapinya sajalah kan ? kan ?

Ape- ape , cuma mahu wish good luck to all PMR's candidate for this year (2011) .
Semoga kita sama-sama mendapat keputusan yang cemerlang ya .
May ALLAH bless all of us .
InsyaAllah .



HeeHee .
Good luck ya KAWAN-KAWAN !
Have fun with the papers !
Be nice with it .
Salaaam ~

♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

Sunday, July 31, 2011

MARHABAN YA RAMADHAN ^^

Assalammualaikum ~

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak .

Jangan lupa renew lesen mulut , serviskan hati , kawal kadar pencemaran mata dan juga
telinga , peliharalah enjin perut , tax minda dan cukai kesabaran .
Anda mungkin pemenang Anugerah Malam Lailatul Qadar .
Ayuh kita memperbanyak ibadah dan amal jariah pada bulan yang pernuh keberkatan ini .
Tuah anda siapa yang tahu kan ?
InsyaAllah .




Eheh .
Taknak kata banyak sebenarnya .
SELAMAT BERPUASA ya SAHABAT SEKALIAN =)
Semoga RAMADHAN kali ini lebih bermakna daripada yang sebelumnya .
INSYAALLAH .


♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

Thursday, July 28, 2011

Eleh ~ XD



Wah... machonya pakai 'cap'

Tapi pakai kopiah lagi 'hensem'

Wow... cantiknya 'dress' dia macam 'model'
Eleh kalau tutup aurat lagi cantik... macam bidadari

Awak cantik bila pakai 'make-up'
Hmm tak payah 'make-up'... wudhu' pun dah cukup penyeri wajah

'Best'nya dapat orang kaya...
Tapi kalau miskin akhlak, lagi menambah derita ada la...

" Kebahagiaan dunia adalah impian manusia
Tapi kalau Akhirat sengsara tak ada guna jugak... "



Eheh . Saja ja mahu share =)


♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

Tuesday, July 19, 2011

Tak Lucu Pun !


Huh ! I dont know whats wrong with me today .
Rasanya umpama orang yang BODOH (+) PALING RUGI pula hari ini .
Why ? Because I'm . . . . . . .


Crying ? YES , I AM ! HA-HA ! ! ! It seems like funny thing right ? But , it's HURT !
Ape-ape ja . Hanya kerana hal ini , I CANT FINISHING MY WORK as soon as possible .
Why ? Because i dont want my work ruined by my tears . I wasted my time .
Huh ! I dont mean to cry . I tried to stop it but I can't .
Finally , mata mirza sakit , tahu dak ?

Btw , thanks man for the advice . I know , it must be a / some reason (s) why u ask me to do so . Thanks for your kindness . *This man will NEVER read this .HiHi =)

P/S : HEY ! Bangge tak dapat buat mirza cam ni ?
- Thank You !
- Terima Kasih !
- Syukran .
- Xie Xie .
- Kamsahae !
- Arigatou !
- Gracias .
- Nandri .
- Merci !
: SEE HOW MUCH I APPRECIATE IT =='




♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

Saturday, July 9, 2011

I really hate this !

Salam .

Ape yang saia x suka saat nih ?

- Bila nak exam o ade test , mirza akan kurang sihat . Esh ! Macamana nak hadap buku lama2 ? Eheh . *pelbagai alasan . =) . Tapi betul laa . Mid-Year-Exam pun kene gini . Ni , nak PK2 pun sama ? Aish ! Adakah time PMR pun gini meyh ? Duh ! Susah lor ='(

- Bila orang membicarakan tentang perkara yang tak benar . Yeah ! Depa sendiri tak tahu @ pasti dengan KHABAR ANGIN uh ! Huh ! Whatever laa . Tapi , kadang2 benda2 nih suma bagai membuatkan saia sendiri MENYESAL berada di 'sini' . Mengapa saia di 'sini' ? Cubaan mungkin ? OK ! Mungkin . . Tapi tak tahu laa pulak en kalau saia tidak berada di 'sini' , apa akan berlaku di 'sana' (tempat selain di 'sini' ) . . Mungkin benda sama x kan terjadi . Tapi benda lain yang jadi ==' . . Hmm , tapi sampai bila ya ? Chop ! Kenapa mesti mirza ? Erk ! Huh ! What a life ~ *curi text choral . Eheh .

- Bila saia suda jujur , dia orang kata saia TIPU . Ape-ape je lah !

One more thing , perkara ni xde kena mengena dgn suka x suka , mirza cuma mahu minta .
Minta tolong agar tidak terlalu berbuat baik dengan mirza , kerana mirza juga takut akan kebenaran yang tidak pernah disangkakan . =) Eheh . tapi janganlah JAHAT sgt sama saia =='



♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

Sunday, June 26, 2011

Asrama & Akak !

Salaam ~



Kem da abes !
TETT ! *ade lagi laa .
And maybe tinggal asrama lagi .
AHAH . tinggal asrama ?
Best jea . *mana x bestnya , satu dorm satu form , satu kepala lagi . XD
Tapi yang x best nya tetiba jea ade pertanyaan2 yang agak menyeramkan .
Pelik jea sbnrnya .

FITHRAH : Mirza da ready duduk asrama ? *masa : pagi Jumaat , 24 Jun .
FATIN : Mirza duduk asrama sekejap je ke atau terus ? *masa : petang Jumaat , 24 Jun .
IFFAH : Mirza nak duduk asrama ke ? *masa : petang Sabtu , 25 Jun .

TINGGAL DI ASRAMA ?
AHAH .
Mana entah datangnya berita ni . Iffah kata dia dpt tahu pun sbb ramai kata mirza nak tinggal kat asrama .
Ape2 jea .

Lagi satu soalan ni ditanya oleh akak Form 5 .
Eheh . Namanya mirza x thu pulak .
" Awak ade akak ke ? "
EHEH .
AKAK ?
Siapa akak saia ?
Akak betul-betul ke pura-pura ?
Ramai dah tanya mirza soalan cam nih .
Since form 1 .
Bila masa lah pulak mirza ada kakak ? =='
Jangan bt mirza 'terharu' yea . =')
Dan jangan tanya lagi mirza ada abang x .
Itu lagi laa xda .
FULLSTOP !

OK !
Masa dah time .
(n_n)

♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

Wednesday, June 15, 2011

PINK + TEDDY BEAR

salaam .

suda masuk bulan Jun pun masih lagi ade birthday present .
eee ~ suka2 =D
AHAH .
tapi peliknya dorg ni bg hadiah macam dah berpakat jea .
eheh .
nak bagi warna yang sama pulak uh .
warna ape kah ?

inilah warnanya :-

PINK ?
AHAH .
ok what ?
eheh .
comel sungguh .
tak cukup dengan uh ,
di plus-plus kan lagi dgn gmbaq teddy bear yg comel !


COMEL X ? eheh .
tp bukan ini laa .
aish !
yg pnting nya memang comel laa .
ape-ape pun ,
Thanks KORANG <3
sayang korang lebih .
eheh .
APE-APE JE LAH.
*pikir FB jea boleh main tulisan BLUE-BLUE ? XD


♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

Sunday, June 12, 2011

Jun ?

salaam .

Suda bulan JUN !
Wow !
Cepatnya masa berlalu .
Ni yg ta suke sgt2 nih =(
Huh !
Lagi berapa bulan je lagi.
Tapi-tapi-tapi , masih tidak ada kesedaran dlm diri saia ni .
Ish-ish-ish .
apa mau jadi ya ?
bila saia mahu sedar nih ?
huh !
Tarikh uh mnunggu saia laa .
ta sabar sungguh rasanya nak DATING pd tarikh2 tersebut . =)
mirza tahu , korang pun x sabar jugakkan ? XD

*maaf , saia suka merepek time2 gini =D


♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

Tuesday, May 17, 2011

CRY ON MY SHOULDER

If the hero never comes to you
If you need someone you're feeling blue
If you wait for love and you're alone
If you call your friends nobody's home

You can run away but you can't hide
Through a storm and through a lonely night
Then I'll show you there's a destiny
The best things in life they are free

But if you wanna cry
Cry on my shoulder
If you need someone
Who cares for you
If you're feeling sad
Your heart gets colder
Yes I show you what real love can do

If your sky is grey oh, let me know
There's a place in heaven where we'll go
If heaven is a million years away
Oh, just call me and I'll make your day

When the nights are gettin' cold and blue
When the days are gettin' hard for you
I will always stay here by your side
I promise you I'll never hide

But if you wanna cry
Cry on my shoulder
If you need someone
Who cares for you
If you're feeling sad
Your heart gets colder
Yes I show you what real love can do

But if you wanna cry
Cry on my shoulder
If you need someone
Who cares for you
If you're feeling sad
Your heart gets colder
Yes I show you what real love can do

hee ~~~


♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

hey SAHABAT-ku !


Sahabat...

Bila rasa ingin menangis, hubungilah aku... Cry

Bukan aku nak suruh kau berhenti menangis...

Tapi mungkin aku boleh menangis bersamamu...

Tapi tak leh ramai sangat... nanti habih air mata aku...


Sahabat...

Jika terasa tiba-tiba nak melarikan diri...

Jauh dari masalah... hubungilah aku...

Aku takkan suruh kau berhenti...

Tapi... aku mungkin akan berlari bersama kau...

Agar masalah kau boleh selesai...

Tapi jangan laju sangat lari... tak larat aku nak kejar...


Sahabat...

Jika tiba-tiba kau ditinggalkan kekasih, beritahulah aku...

Aku tidak akan memaki hamun pada sesiapa...

Tapi... aku akan cuba buat kau cintai diri kau sendiri...


Sahabat...

Jika kau kecewa keluargamu tak bahagia, beritahulah aku...

Aku takkan buat kau benci kepada ibu bapa kau...

Tapi... terimalah segala ketentuan Allah...

Dan belajar untuk cintai mereka...


Apa guna sahabat, jika tidak bersama...

Apa makna erat, kalau tak sekata...

Moga kita makin ceria, mesra bersama...


Khas buat sahabat-sahabat ku ..^^

*** saia sayang awak sahabat !



♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

Monday, May 16, 2011

Easy vs Difficult =)

Easy is to get a place in someone's address book
Difficult is to get a place in someone's heart

Easy is to judge the mistakes of others
Difficult is to recognize our own mistakes

Easy is to talk without thinking
Difficult is to refrain the tongue

Easy is to hurt someone who loves us
Difficult is to heal the wound

Easy is to forgive others
Difficult is to ask for forgiveness

Easy is to set rules
Difficult is to follow them

Easy is to dream every night
Difficult is to fight for a dream

Easy is to show victory
Difficult is to assume defeat with dignity

Easy is to admire a full moon
Difficult to see the other side

Easy is to stumble with a stone
Difficult is to get up

Easy is to enjoy life every day
Difficult to give its real value

Easy is to pray every night
Difficult is to find God in small things

Easy is to promise something to someone
Difficult is to fulfill that promise

Easy is to say we love
Difficult is to show it every day

Easy is to criticize others
Difficult is to improve oneself

Easy is to make mistakes
Difficult is to learn from them

Easy is to weep for a lost love
Difficult is to take care of it so not to lose it

Easy is to think about improving
Difficult is to stop thinking it and put it into action

Easy is to think bad of others
Difficult is to give them the benefit of the doubt

Easy is to receive
Difficult is to give

Easy to read this
Difficult to follow

Easy is keep the friendship with words
Difficult is to keep it with meanings


♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

;