MySuperSomething !
Everything has its own beauty. Learn it. Live it. Love it =)
December 2011 | ♔ MiaLovaetto ♔ >
«
»

Saturday, December 31, 2011

Dua Kosong Satu Dua (!)

Assalammualaikum ^^

2012 . Wei , kita dapat tahun baru laa . Eheh . Comelkan nombornya ? Lagi comel 2013 =) . Ou yeah ! Semuanya happy sambut tahun baru kan kan ? Well , semua nak baru . Sama lah kita ! Sekolah baru , kawan baru . Eheh . Okay ! Saya tiputipu je tu ^^ Mirza pun happy sebab next year nak ambil SPM . Whoaaaa ! Happynyer kan ? >.< Cepatnya masa berjalan . Dah makin besar la kita . Eheh .

Perkara penting dalam entry kali ini . Mirza nak minta maaf kepada sesiapa sahaja yang pernah Mirza tersakitkan hati au terkecikkan hati au terpatahkan hati au terguriskan hati au terambil hati sepanjang tahun 2011 . Eheh . Serius ni ! Mirza minta maaf okay ^^

Next is about AZAM :) Semua orang pasang azam masing-masing untuk tahun baru . Alhamdulillah , azam last year tercapai . Tak lah . Mirza tipu je . Mirza memang tak ada azam-azam segala ni . Cuma nak jadi yang terbaik daripada yang sebelum-sebelum ni . Ada juga yang tak pernah disangka-sangka berlaku . Urgh ! Berat sungguh >.<

Seterusnya , masuk tahun baru je Mirza fikir satu benda . Nak sekolah ! Haha . Malasnyerr >.<

Mummy kata ; ' Sekejap je Ahad dah petang . Malas nak kerja .'
And i am starting to 'menyampuk' ; ' A'ah . Malas nak pergi sekolah . Eheh. ' 
Terus tutup muka ^^

And lastly , thanks for reading . ^^


♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

Sunday, December 25, 2011

" Aurat dia pun kita kena jaga jugak ! "

Assalammualaikum ~

Mirza tak tahu macam mana nak bagitahu tapi Mirza kena bagitahu . Okay ! Peringatan inin Mirza dah dapat lama dah . Terima kasih kepada seorang hamba Allah ini yang sudi menegur Mirza . Alhamdulillah . Tetapi maaflah . Baru sekarang sempat nak share memandangkan perkara ini semakin berleluasa pula . Alahai ~ serba salah rasanya plus berdosa .

Okay . Kiranya dah jadi 'trend' sekarang lah kan orang guna gambar artis kesayangan mereka untuk dijadikan sebagai default picture kat facebook . Dulu , Mirza letak gambar Yuri (SNSD) as default picture . Mula-mula kan gambar tu macam ni :


Ahah . Molek je kan ? Sampai ade la yang tak pasti betul ke ni Yuri . Tetapi lama-kelamaan Mirza dah makin jauh . Gambar nye terus terbuka aurat Yuri ni . Sampai lah satu hari ada orang tegur Mirza .



Terima kasih ustazah atas teguran yang penuh berhikmah. Alhamdulillah. =)

I should tell this ! And I found thissssssss ! Baca baca baca .

Assalammualaikum Warahmatullah . Hukum memperlihatkan dan melihat aurat orang lain yang bukan mahram dengan sengaja adalah berdosa . Ini kerana syarak telah menetapkan setiap orang Islam mestilah menutup aurat ketika berhdapan dengan bukan mahram . Selain itu , kita juga tidak diharuskan mendedahkan aurat orang lain sama ada melalui gambar ataupun sebagainya kepada orang yang tidak selayaknya . Ini kerana , kita bakal dikira sebagai penyumbang kepada dosa pembukaan aurat orang lain . Oleh itu , adalah disarankan kepada saudara/saudari agar tidak mendedahkan gambar-gambar tidak menutup aurat orang lain kepada tatapan umum . Ini bagi menjaga maruah orang itu di samping dapat memelihara diri daripadamenyumbang kepada dosa juga . Wallahualam - iLuvIslam

Siapa yang makan cili , terasa hot nye . So, do take an action ye . Saya sayang awak ! Jom lah cut down dosa kita ni . Okayy ? Maaf kalau ade yang terasa lebih . Huk3 . As i said , saya sayang awak . Ukhuwah fillah.  Jom ke SYURGA!  Jaga diri awak baik-baik :) SYURGA MENANTI KITA .

Ehh cop cop. Kalau aurat orang lain pun kite kena jaga, apatah lagi aurat kita kan kan? Hah. 

*Peringatan buat diri sendiri juga sebenarnya. Mohon tegur saya juga taw kalau kalau saya tersilap langkah. Sayang saya kan? Hehehe =) Sharing is caring , and loving ♥ Hehehe

Wasalam ^^


♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

Hati-hati Dengan ' Misscall '

Assalammualaikum .


Mirza ingin panjang-panjangkan nasihat ini kepada semua orang . InsyaAllah . Peringatan buat diri sendiri dan juga rakan sekalian . 

Kejadian ini adalah benar dan berlaku di salah sebuah SBP ( Sekolah Berasrama Penuh ) . Seorang pelajar tingkatan 5 tiba-tiba datang mengadu kepada seorang guru lelaki dan mengatakan dia di'cerobohi' oleh jin yang menyerupai lelaki yang dikenalinya melalui telefon .

Sebenarnya , dia menerima 'misscall' setahun yang lepas . Apabila dia menelefon semula nombor berkenaan dia mendapati seorang lelaki yang tidak dikenalinya ingin menjalinkan persahabatan dengannya . Naluri remaja yang ingin ber'couple' atau berpasangan menyebabkannya setuju berkenalan dengan lelaki tersebut .

Dia berasa agak pelik kerana apa yang dilakukannya termasuk apabila dia memotong rambut pun lelaki itu boleh mengetahui hal tersebut walaupun dia tidak pernah bercerita sebelumnya . Segala gerak gerinya juga dapat dibaca dan seolah-olah lelaki ini ada di sisinya meskipun lelaki itu berada jauh beratus-ratus kilometer jaraknya . Dia mula berasa takut . Namun begitu , dia menyimpan perasaan itu daripada pengetahuan orang lain sehinggalah terjadinya kejadian dia di'cerobohi' oleh jin tersebur . Dia menceritakan kejadian itu kepada ibunya dan juga kawan baiknya . Sebenarnya pelajar ini telah terkena sihir melalui telefon .

Peringatan ini ditujukan kepada golongan remaja mahupun yang sedang menginjak ke alam tersebut yang sememangnya suka ber'couple' agar sentiasa berhati-hati . Sekiranya pelajar tersebut lambat bertindak berkemungkinan kes kehilangan remaja mengikut lelaki yang kini semakin menjadi-jadi ( HOT ! ) akan berlaku .

Terlalu banyak kes remaja di sekolah atau universiti tiba-tiba hilang dari rumah atau hilang tanpa dapat dikesan apabila ingin pulang ke rumah . Ada juga yang mengikut lelaki yang menggunakan ilmu sihir seperti kes sihir melalu telefon ini .

Oleh itu , JANGANLAH KALIAN LAYAN MISS CALL YANG KITA TAK KENAL . Sentiasalah berwaspada , perbanyakkan selawat dan mengingati Allah agar terhindar daripada niat jahat manusia .

Ingat lah , di dunia ini terdapat ramai lelaki yang belajar ilmu sihir untuk menunjukkan kehebatannya ..  
Ooops ! Yang atas ni bukan ayat Mirza yep . Mirza dapat dari cerita asal ni di SINI . Menurutnya juga , menceroboh merupakan bahasa yang sopan bagi bersetubuh . 

Allah ! Seram sungguh . Naik bulu roma >< Mujur lah tak terkena . Semoga memberikan manfaat kepada kita semua . Ya Allah , lindungilah kami daripada segala kejahatan syaitan . Amin ~

♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

Saturday, December 24, 2011

Be Clear About What You Mean ..

Assalammualaikum ~

Holla , Holla , Holli ! Haha . Ketiadaan kerja . Okay . Disebabkan oleh rasa kebosanan apabila meng-online facebook dan asyik main game yang sama je serta menghilangkan perasaan yang terbuku di hati ni *uhuk-uhuk-uhuk* , Mirza terniat nak post semua benda alah yang tertera di bawah . Haha . Berbelit-belit ayat . Maaf deh !

Idea semua post ni diilhamkan oleh Fatin > budak pemalu < . Hak2 . Katanyaa ~  Memandangkan Mirza pun 2 X 5 je dengan dia , teringat pulak zaman comel-comel dulu . Huhu . Alahai ~ Perasan beno . Sorry la ye . Pi amek baldi , muntah sana . Hak2 . Sebenarnya berlaku pada tahun ni jugak . Tak comel pun . Tipu je . Okay2 . Sambung . Semuanya bermula dengan status budak ni . Haha . *sorry panggil budak* . Bercerita pasal pemalu . Alahai ~ Perasaan malu Mirza yang tak kena tempat lagi teruk kot >.<

Setiap gambar ade kisah ^^ *wink2*
I'm forced ! Ohoh . Tak sanggup sebenarnya . Tetapi demi maruah diri *aicehh !* dan juga kelas *paling penting* , Mirza terpaksa beranikan diri ini . Alang-alang tu , cikgu buat sekali PLBS . Senang kerja cikgu ^^ . Mirza merupakan orang yang first dipilih . Haha . Mula-mula biasalah ade rehearsal . Hoho . Macam nak masuk pertandingan segala . Mirza kena dua kali . Haiyoo ~ Nasib la mula-mula depan budak-budak kelas je . So , berani lah sikit . Tapi, tapi , penyakit nervous tu semua memang tak hilang laa . Hadapi semuanya dengan tabah . Hak2 .  Pada masa yang patut Mirza kena present depan kelas tu Mirza tak datang . Memang niat nak elak . Haha . Tapi naseb tak menyebelahi pulak . 'Kenapa cikgu ingat saya ?' . Lawak laa . Cikgu ingat tajuk cerita Mirza . Dia tanya mana cerita pasal 'chewing gum' tu . Yes ! Chewing gum tajuknya . Ambil kat buku latihan je . Haha . Janji ade ok ? Tapi ade lah tambah-tambah sikit information daripada internet . And most important , how to pronounce it . Senang je . Pergi dekat google translate . Haha . Malu lah saya kalau salah sebut . Nak-nak nanti kena gelak dengan orang . >.< .

Okayy . Pada masa yang dinanti-nantikan . Eheh . Menanti la sangat . Nasib Mirza agak baik sebab tak terpilih sebagai orang yang pertama . Alhamdulillah . Tapi sebenarnya dah dekat akhir-akhir tu la ramai orang . Nasib laa ~ Haha . Ambil microphone , bagi salam , lepas tu mula la Mirza membebel . Haha . Cikgu tak bagi cakap laju-laju . Ye laa . Dah la Mirza cakap perlahan . Haha . Nasib tak kena sound cam ni :
Alhamdulillah , semuanya dah berjalan dengan lancar . Hee ~ Suka2 . Mulai saat tu , rasa teruja nak cakap depan orang ramai . Tapi rasa je cam tu . Realitinya tak ! Alahai ~ Pengecutnya aku ==' . Bytheway , terima kasih la kepada para penyokong setia yang bagi semangat kat Mirza . Terima kasih sebab bagi Mirza keyakinan . 

Bayangkan ~

Okayy . Itu sahaja . Terubat sikit hati mengingati masa lalu . ^__^ . Salam :)

* Hujan yang turun seakan-akan memahami mutiara yang jatuh *
sapa teras tekan ler ~




♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

Thursday, December 22, 2011

♥ Tahniah ♥ PMR's Result =)

Assalammualaikum .



Ehem-ehem . Hai hey hui hoi ! Ahaha . Sorry kalau terkasar bahasa sedikit . Tak mahu cakap banyak , tak mahu taip panjang-panjang . *InsyaAllah lerr*  Okayy ! Mirza nak ucapkan tahniah la kepada mereka yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang plus-plus dalam PMR hari tu ye ! Kalian dah buat yang terbaik dan apa yang tertera kat slip keputusan kalian tu la hasilnya . Bangga tak ? Ehehe . Bersyukur laa ye . Yang near miss tu , it's okay . Lagi sikit je tuh . Kalian boleh semak semula . Dan kepada yang ter-miss tu , janganlah kalian putus asa okay ? You got what you gave okay ?  SPM nanti buat bebetul tauuuu ! Tau tau ! *peringatan buat diri sendiri juga*

Thanks Allah ! Thanks Allah ! Thanks Allah !
Alhamdulillah . 


Congrates sahabat sahabat ku. Moga jumpa lagi nanti upper ye okay :)


Haha . Tak tahu laa apa yang Mirza buat kat atas ni . Ok . Tu jaaa . Salam 

* my senior said , " SPM bukan soalan kubur ". Yeah . I know 
* guys yg wish tahniah uh thanks yow ^^ Maaf tak dapat nak reply . Bukan sebab sombong okayy . tapi adalah sebabnya. Thanks anyway :) Tahniah jugak buat kalian !

♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

Wednesday, December 21, 2011

He is always with us ♥

Assalammualaikum  ..

Okay ! Kalian  yang bakal menduduki SPM pada tahun 2013 tu mesti sekarang ni sedang gemirap kan ? Mirza tahu lah . Tak payah tipu-tipu . Eheh . Anggukkan kepala kalian macam benda alah yang comel kat sebelah ni . Perasaan kalian pun cam tu kan ? Tak tenteram . ==' . Okay , relax laa ye kalian :)

My cousin said , " Kalau dah try harder before this kena chill je . Haha "  . -__- Okay ! Kita serahkan semuanya kepada Allah . Banyak-banyakkanlah berdoa . Dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang ^__^ . Ketenangan hati , kebahagiaan hidup dan kelapangan jiwa hanyalah ada pada seseorang yang sentiasa dalam kebersamaannya .

Dari Maimunah hamba pengasuh Nabi berkata :

Seorang wanita datang kepada Nabi dari puak Jursh dan berkata kepada 'Aisyah : Tolonglah beritahuku dengan suatu doa dari Rasulullah yang boleh menenangkan diriku dan mententeramkannya .

Rasullullah bersabda kepada 'Aisyah radiallahuanha katanya kepadanya : Letakkan tangan kananmu dekat bahagian hatimu dan sapukan ia sambil membaca doa :

بِسْمِ اللهِ، اَللهُمَّ دَاِونِي بِدَوَائِكَ وَاشْفِـنِيْ بِشِفـَائِكَوَأَغْنِنِيْ بِفَـضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاك

Dengan nama Allah , Wahai Allah , rawatilah daku dengan Rawatan-Mu , sembuhkanlah daku dengan Penawar-Mu dan Cukupkan daku dengan kelebihan yang ada padamu dari mengharapkan selain dari-Mu . 


Berdoalah . Allah pasti mendengar :)




♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

Sunday, December 18, 2011

Usaha + Doa + Tawakal + Redha = TENANG :)


Hidup ini semakin banyak hari , semakin banyak pula dugaan . Dugaan semalam belum lagi tamat , datang pula dugaan dan cubaan pada hari ini . Namun begitu , tanpa kita sedari dugaan tersebut sebenarnya telah mengajar kita . Mengajar kita erti menerima .

Setiap anak Adam di atas muka bumi ini telah ditentukan Allah soal ajalnya , rezekinya , jodohnya dan nasibnya ( sengsara ataupun sebaliknya ) sejak azali lagi . Begitu juga rezeki dari segi belajar . Ini semua merupakan ketetapan Allah kepada setiap hamba-Nya .

Rasa sabar insya-Allah dapat dilahirkan apabila seseorang itu belajar untuk menerima . belajar untuk menerima segala ketentuan Allah . Apabila seseorang itu menerima segala dugaan Allah dengan sabar , ganjaran yang besar akan diperoleh di dunia bahkan ganjaran yang lebih besar di Akhirat .

Usahlah khuatir , kerana Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hamba-Nya . Segala kesusahan  , kesulitan dan kepayahan yang kita hadapi moga dapat memberikan suatu hasil yang lumayan di dunia dan di Akhirat kelak .

Usaha , Doa , Tawakal dan Redha . Bagaikan suatu formula . Usaha + Doa + Tawakal + Redha = TENANG . Sudah pasti ketenangan dapat wujud apabila menggunakan bahan-bahan tersebut . Misalnya , usaha . Tanpa usaha kita tidak mungkin berjaya ( dengan izin-Nya ) , kerana Allah tidak menyukai hamba-Nya yang selalu berdoa tetapi langsung tidak berusaha . Yang bulat tidak datang bergolek , yang pipih tidak datang melayang .

Allah takkan mengubah keadaan sesuatu kaum itu melainkan dia berusaha untuk mengubah dirinya sendiri . Ya , USAHA !

Kemudian , kita hendaklah berdoa . Doa merupakan senjata orang Mukmin . Berdoalah dan jangan sombong ! Allah tidak menyukai hamba-Nya yang sombong !

Seterusnya , kita mestilah tawakal . Iaitu berserah kepada Allah .

Bahan yang terakhir adalah redha . Misalnya , sekiranya seseorang itu memperoleh keputusan peperiksaan yang tidak cemerlang , seharusnya dia redha , walaupun sudah berusaha da berdoa sehabis mungkin . bersangka baiklah pada Allah kerana Dia lebih mengenali diri kita berbanding kita mengenali diri sendiri . Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya .



Bersama kesusahan ada kesenangan , sesungguhnya bersama kesulitan ada kesenangan .
[ Al - Insyirah , Ayat 5 -6 ]



Then when you have take a decision , put your trust in Allah . Certainly , Allah loves to those who put their trust ( in Him ) . [ Al - Imran ]






- Artikel I luv Islam

* Yeah ! For sure , berdebar-debar menanti saat itu . Saat untuk menerima segala hasil usaha saya selama ini . Huh ! Ok Mirza , redha please .  :|
♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

Wednesday, December 14, 2011

Main-II Forward Mesej :D

Assalammualaikum ~

Hi you all ! Hak2 . ( nyampahnyaaaa ) .. Ok .. Direct terus ! Kalian pernah dapat tak SMS yang macam ugut-II uh ? Alaa , mesej berantai ler . Yang suruh forward-II tu . Kan macam ugut uh ( kadang-II ) . Mesti la pernah dapat kan ? Haha . Kalian perasan tak kadang-II ( au memang pun ) SMS yang berupa sedemikian biasanya mendoakan kita yang tak baik-II kalau TAK FORWARD ? Ape kes ? Terbaru , Mirza dapat mesej yang cam uh jugak . Masih baru ! Ingat kan dah takde orang 'main' mesej berantai ni . Mirza pun dah lama tak forwarding . Eheh . Tapi kali ni Mirza tak baca habis . Mirza baca sampai ade ayat " Saya bersumpah ! " . Yang seterusnya suruh adik baca . Haha . Takut punya pasal la kan . Ancaman dalam mesej uh , kalau tak forward , kita tak kan berjaya SELAMA-LAMANYA . Siap ade Amin-nya sekali . ==' Pelik laa . kenapa mesti doakan yang tak baik hah ? Tak baik laa doa-II macam ni . Tadi kawan Mirza hantar mesej jenis ni . At last , dia tanya Mirza betul ke ape yang dia buat ni . Mirza konfius dan tak tahu nak jawab apa . So , Mirza nekad nak cari info pasal mesej berantai semua ni . And i found ,

Mengikut kaedah fiqh sumpah yang tidak menyebut Wa Allah, Bil Allah, Tal Allah tidak dosa dan tiada kifarah atau denda yang dikenakan. Lagipun orang yang membaca tidak jatuh sumpahnya kerana itu bukan datang dari keinginannya iaitu dari hati dan lidahnya dan itu secara perangkap sahaja. Boleh jadi juga ini adalah kerja jahat dari musuh-musuh Islam yang tidak henti-henti mencari teknik dan helah baru untuk menyesatkan orang Islam. 


Banyak lagi cara untuk berdakwah yang boleh dilakukan selain dari menghantar email atau mesej berantai ini. Kalau anda abaikan email dan mesej berantai ini pun tak jadi apa-apa masalah dan tak mendatangkan apa-apa musibah. Sebabnya kalau dilihat dari email tersebut tiada bukti nas atau dalil yang mengatakan kalau orang yang tak menghantar email atau mesej tersebut akan dimurkai Allah dan akan dikenakan bala bencana. Sebagai orang Islam yang bijak, anda buang sahaja kandungan sumpah tersebut dan hantarkan sebahagian email lagi yang tidak mengandungi sumpah laknat kepada kawan-kawan anda yang berdekatan, supaya ia dapat dibaca dan dimanfaatkan. Dalam masa yang sama, anda telah menyebarkan dakwah Islam kepada kawan-kawan anda dengan menggunakan konsep hikmah dan mauizah hasanah. Mudah-mudahan anda mendapat ganjaran yang setimpal dari Allah.

Agama Islam adalah agama yang benar dan tiada paksaan kepada sesiapa yang ingin memeluknya. Kaedah dakwah yang saya berikan di atas adalah paling cantik untuk pendakwah (dai'e) amalkan, kerana ia bersesuaian pada bila-bila masa dan keadaan. Lakukan dakwah dengan kebijaksanaan, ilmu, nasihat,contoh tauladan yang baik dan berdialoglah dengan memberikan bukti-bukti yang kongkrit untuk menarik minat manusia mengamalkan ajaran Islam.

Kecualilah umat Islam yang tidak mahu melaksanakan ibadah wajib dan melakukan jenayah-jenayah yang besar seperti, mencuri, maksiat, zina, tidak menutup aurat, murtad dan sebagainya. Maka barulah digunakan pendekatan kekerasan dan ancaman kepada mereka yang melakukan kesalahan tersebut dengan berpandukan dalil Al-Quran dan Hadis. Sekian dari penjelasan saya untuk masalah ini, saya mohon maaf kalau ada apa-apa kesilapan dan kekasaran." - Blog Ustaz Nor Amin

Ade lah jugak yang kata mesej-II cam ni hukumnya khurafat . So , kalian tak payahlah bazirkan kredit kalian lagi ye . Kalau masa itu emas , duit itu pun emas . Haha . Ade nilainya . > Peace Yow ! <

Sekian , itu sahaja . Harap jelas ye ^__^
 

* aih ! baru nak publish post ni , da dapat lagi satu mesej cegini =='
♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

Thursday, December 1, 2011

Ouh , Google :)

Assalammualaikum ~

Holla ~ Mood mahu happy-II ja hari ni . Sebabnya , post kali ni bertujuan nak dengki orang . Hak2 . See ! How cruel am I ! First of all sorry lah ye kepada mangsa uh yang mungkin dah tak jenguk-II blog ni lagi . Tapi saya tak kisah pun lah sebenar-benarnyaaaaaaa XD

Ok ! Minggu ni merupakan minggu peperiksaan Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) . Rasanya exam ni under Sekolah Agama Kerajaan Johor jaaa . Adik Mirza ambil periksa ni lagi . Sebab result last year tak memuaskan . Eheh ! Dia kene ulang sampai berjaya dapat pangkat 1 . So , usaha dia untuk tahun ni lain sikit laaa . Dia suruh Mirza tandakan tajuk-II yang agak berat untuk SEMUA subjek . Nak kene selak sehelai demi sehelai . Best laaa . Baru teringat sebenarnya dulu pun tak sempat nak khatam kitab-kitab uh . Huhu . Ade yang tak pernah baca pun . Contohnya , subjek Akhlak & Tasawwuf . Seriously , tak baca pun kitab ni masa nak exam dulu . Huhu ~ Naseb lah boleh jawab ^__^ Selak-II kitab Akhlak uh , Mirza teringat kisah tahun lepas . Hak2 . Mirza terpaksa jadi nakal kejap .


Haha . Setuju tak dengan statement uh ? Mirza setuju ! Eheh . Kisahnya begini . Tahun lepas , ade kawan Mirza ni ambil exam SDKA . Mirza ade dapat SMS daripada kawan Mirza . Time uh tengah periksa lagi . Maksud Mirza , masih lagi dalam waktu peperiksaan . Subjek : Akhlak & Tasawwuf . Dia tanya , Mirza tahu tak nama penuh Imam Ghazali . Serba salah sebenarnya time uh . Mirza jawablah tak tahu . Then , dia suruh Mirza cari kat buku . Mirza katalah buku kan adik Mirza bawa . Adik Mirza pun nak periksa juga . Then , dia bagi cadangan untuk cari jawapan uh melalui GOOGLE ! Haha . Kerja gila ni -__- . Mirza pun searching laaa . Mirza jumpa , namanya Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Ath Thusi .  Kalau tak silap Mirza , Mirza jumpa dekat web ni ; Sejarah Hidup Imam Ghazali . Mirza tak tahu la kawan Mirza buat jawapan ape . Yang pentingnya , jawapan kat dalam buku ialah Muhammad bin Ahmad . Ringkas bukan ? GOOGLE memang expert ! Mirza pun tak tahu dia dapat berapa untuk subjek ni . Tapi kalau tak silap lah subjek Munakahat dia dapat tinggi juga . Ahah . I know , dia memang expert bab ni . Yang tak puasnya , macamana agregat kami boleh sama ? Haha . Kedekutnya saya >.< Ok ! Tu jaa . Saya cuma nak sokong statement itu saja . Bubbye ♥ To all candidates SDKA 2011 , good luck ! Teruskan perjuangan kALIAn :)) All my wishes are with you , dik ^__^


♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

;