MySuperSomething !
Everything has its own beauty. Learn it. Live it. Love it =)
#PrayForMH370 | ♔ MiaLovaetto ♔ >
«
»

Wednesday, March 12, 2014

#PrayForMH370

Bismillah.
Assalamualaikum.

Allahu rabbi. Peristiwa yang tidak diduga. Sama sekali tidak terduga oleh sesiapa pun. Sudah masuk hari yang ke-6. Apakah khabarnya wahai MH370? Dimanakah engkau menghilang, membawa diri?

Hmm. Actually, I was so dissapointed dengan beberapa pihak yang errrr. Tak tahu nak describe macam mana. But for me, it's really annoying. Mula-mula memang la bengang sangat dengan tindakan Jasmine Johari The Faker tu. Dalam kes macam ni sempat pulak dia nak bergurau senda. Heh heh. Paling tak suka part dia tweet pasal orang hot kat Malaysia ni fake, so she wanna try la. Gulp. Hadoyaiii. Kejar hot? Adehh. Parah. Populariti? Allah tak pandang pun semua tu. Benda tu tak jamin kita kat akhirat pun. Allahu. Sedehh bak hang. Bayangkan apa orang luar negara fikir tentang orang Malaysia hanya kerana tindakan yang tak guna akal ni? Yang satu ni? Satu dunia tengokkk.. TT

And then I feel like errrrrgh ... Bomoh? Apakah? Dimanakah letaknya agama kita, aqidah kita, iman kita? Astaghfirullah. Tak tahu nak cakap lagu mana dah. Macam terserlah kebodohan di situ. Hmm. Maaf pakcik-pakcik sekalian. Mungkin agak kasar penulisan ku ini seolah-olah tidak menghormati kalian yang lebih tua, lebih makan garam. Maaf sangat. Ini sangat memalukan Malaysia yang majoritinya umat Islam. Jujur. Aku malu. Bukan setakat malu dengan negara lain, tapi malu dengan Allah. TT Ya rabbi. Ampunkan segala dosa ku, dosa kami dan dosa mereka. Aamin.







Jujur. Terkedu tengok video ni. And I was so touched at the moment.
Especially bila part 
"Remember to hold with your relatives and friends,
they love you, we love you"
*Tears roll quickly*
Tetiba terbayangkan kalau lah ada orang yang sangat-sangat Mirza sayang dekat dalam kapal terbang tu.
Allahu.
Mungkin Mirza tak setabah ahli keluarga mereka ni. Mungkin.


Kekadang tu teringat jugak dekat novel KOMSAS yang Mirza belajar masa Form 2 dulu.
Tragedi Empat Disember. Mirza taknak kaitkan apa-apa. Taknak buat apa-apa spekulasi. Hee.
Cuma teringat sahaja secara tetiba.

Aku percaya dengan kuasa doa ! Ayuhlah !
Haiya ma'an ! It's wireless, free, direct terus dengan Allah.
Doa itu senjata mukmin. Allah mendengar setiap bibit-bibit doa dari bibir hambaNya.
Maka janganlah berhenti berdoa.
Dengan doa juga kita bersatu.
Ya Allah walau di mana pun MH370 ni berada, Kau lindungilah mereka semua yang berada di dalamnya.
Temukanlah kami dengan mereka kembali.
Aku mohon. Kami mohon. Mereka mohon.
We are waiting. And keep waiting for them.
And for the good news from you. Biiznillah.
Ya Allah. Please ease everything. WE LOVE THEM !
Wallahu'ala kulli syai'in qadir.
Allahualam. =')


♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

2 comments:

Hadirah Syakirah said...

Bomoh tu memang tak masuk akal. Even adik dira yang kecik pun gelak tengok aksi bomoh tu. Apa-apa pun keep praying #prayforMH370

Anis Adnan said...

#PrayForMH370

;