MySuperSomething !
Everything has its own beauty. Learn it. Live it. Love it =)
Alhamdulillah -- SPM 2013 -- | ♔ MiaLovaetto ♔ >
«
»

Friday, March 21, 2014

Alhamdulillah -- SPM 2013 --

Bismillah.
Assalamualaikum.

Mirza antara orang yang tak nak pergi sekolah bersempenakan majlis penyampaian result SPM tu.
Kenapa?
Halaaaaa. Ceq takut lah >< Ceq tak sanggup nak tengok orang-orang yang dapat 11A diri kat atas pentas tanpa ceq. Seriously, taktahu kenapa tak sanggup even tu kawan-kawan sendiri. Haaaa. Bukannya apa, cuma takut ada rasa iri. Huhu. Kalau boleh nak satu form ada kat situ!
Jujur! 2 hari sebelum menjelangnya 20 Mac 2014, baru terasa cuak dan debarnya. Lahai. Jadi, mulalah perbanyakkan lagi solat hajat, solat sunat. Moga Allah bantu. Cuma harap Allah hilangkan rasa nervous tu. Cuma harap Allah redakan hati ni nanti bila dapat result, terima seadanya dan jangan kecewa! Tu je yang dapat diharapkan.

20 Mac 2014
Pagi tu tak boleh tidur. Apa lah yang bermain kat fikiran Mirza masa tu hanya Allah yang tahu. "Aku takut ke?" Mirza sendiri taktahu.
Pagi-pagi tu sebelum ayah pi sekolah (ayah cikgu sekolah rendah), ayah minta no giliran dan no ic. Me, "Hah. Taktahu. Tak ingatlah." Ayah hulur kertas, suruh tulis. Okay, I'm gonna die. ._. Lepastu ayah cakap pukul 10.30 ayah balik. Siap siap.
Pagi-pagi baru cari nak pakai baju apa, tudung apa. Finally, I decided yang biru. Haha.

Wani : Mirza pakai baju apa?
Me : Biru maybe. Macam kak Ain tahun lepas. (macam tak menjawab soalan. patutnya jawab baju kurung. haha)
Wani : Amboi haha semoga dapat 11A+ amin.
Me : Seram pulak dengar 11A+ tu.
Wani : Amin kan je. Haha.
Me : Aamin aamin. XD

Tetiba pagi tu dapat mesej kat facebook from Nadira. Memula fikir jugak, tak sekolah ke budak ni. Haha. Tapi dia anak cikgu. So, faham lah XD
Serius. Bertambah nervous. Dia kata, ada chance tu. Kalau ada, Alhamdulillah. Kalau takde? Haha. Agak sedikit berharap jugak lah pagi tu. Haih. Hanya Allah yang tahu. Malam sebelumnya dapat berita daripada Syazana.
*typo:chemist. Masa tu cuma dapat bayangkan wajah Cikgu Fazdli dan Teacher Norliya je. Mesti cikgu happy kan? Alhamdulillah. Tapi at the same time, "Tu result sekolah. Bukan result kau lagi, Mirza." Tawakal kepada Allah.

Ayah dah balik, Mirza belum siap. Taknak pergi la katakan. Haha. Siap siap je terus pi sekolah. Ayah nampak macam tergesa-gesa. Sampai sekolah dia kata, dah start dah. Me, 'alaaa dah la takut ni'.

--------------------------------------------------------
Kat dewan __
13 orang dapat straight A tahun ni. Sama bilangan dengan tahun lepas. Tapi berlaku peningkatan GPS dari 2.50 ke 2.31. Rasa terbalas jugak lah dekat cikgu-cikgu. Teringat ayat cikgu yang selalu mengancam kitorg, "PMR korang terbaik, cipta sejarah, SPM? Kalau PMR boleh, takkan SPM tak boleh?" Naaaah hadiah walaupun tak capai target =P Ni je yang mampu cikgu. 13 je? Serius takut. Kenapa? "Aku bukan top 13!!!"

Bila dah nak diumumkan senarai pelajar yang dapat 11A, ayah kata ready. Pelik? Yes, I am!

--------------------------------------------------------

And the result is ...
__
__
__
__
__
__
__
__
__
__
One word ! ALHAMDULILLAH.
Memang tak sangka tapi sangat berharap.
Walaupun Mirza orang yang ke-13 tu. A+ paling sikit antara 13 orang tu lah katakan. A- banyak pulak tu. Pun boleh lah. Hehe.

Rasa macam dah terbalas semua kecuaian dan kesilapan masa trial dulu. Allahu. Terima kasih sangat-sangat ya Allah.

Trial SPM --- The worst result ever yang pernah dapat sepanjang bergelar pelajar sekolah menengah. Sampai guru kelas cakap, "Saya pelik tengok result awak. Awak ada masalah ke? Saya risau dengan awak ni." Madam pun macam nak nangis masa tu. Alaaa. Masalah? Ada ada, masalah peribadi. Tapi secret =P
Real SPM --- The best result ever sepanjang bergelar pelajar sekolah menengah ! Hehe. Alhamdulillah. Taktahu nak cakap apa lagi.

Result Mirza sepanjang Form 5. See. Makin lama makin jatuh. Trial merupakan kegagalan bagi Mirza. Kedudukan dalam kelas dan tingkatan pun makin jauh.

So, kalau korang jatuh, jangan sambung baring pulak. Bangun! Bangun! Wake up! Wake up! You still have time. Jangan give up. Allah kan ada? Minta pertolongan Allah. Hasbunallah wani'mal wakiil, ni'mal maula wani'mal nasir.
Cehh. Selitkan pesanan sikit kat sini. Mirza pun pernah jatuh dan serius sedih sangat.
So, kalau result SPM kawan-kawan macam moderate or low, korang janganlah sedih sangat. Boleh nak sedih sekejap dan buat muhasabah diri. Jangan buang masa sedih lama-lama tapi taknak move on. Rugi. Buang masa. Usha sikit pesanan Inche Kopiah dan video bawah ni. =)



--------------------------------------------------------
Rupanya ayah dah tahu melalui SMS. Taktahu lah suprise atau tak. Dia kat dia dah tahu masa kat kantin sekolah dia. Time tu dia tengah makan-makan. Yang nadira pulak dia kata dia dah tahu jugak. Heyy heyy.

Nadira : Kita dah tahu dah. Saja buat suspen. *buat tambah nervous je*
Syahira : Kite rasa macam nak jerit je tu kawan saya ! *terharu*
Izzuddin : Leklok nanti naik flight g oversea nanti. *amboi*
Sofwa : Sekurang-kurangnya BI takde lah B. *tak kait haha*
Izzah : Ehem Tahniah ! Nak tegur tapi malu. *ehem malu jugak*

Aisya : Mirza, dia cakap tahniah.
Me : ..............
Aisya : Eh, dia cakap tahniah, taknak cakap thankyouu? Kakakaa.
Me : Jap, nak buat karangan . Haha.

Did he? >.<

--------------------------------------------------------

Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Terima kasih ayah dan ibu. Terima kasih cikgu-cikgu, teachers, ustazah dan ustaz. Terima kasih kawan-kawan. Terima kasih semuanya. Hope for the better future. InsyaAllah. Tahniah kepada jiran-jiran meja ku dari form 4 hingga form 5 yang sama-sama naik pentas. Iffah, Alia, Afieqah, Fatin, Atika. Alhamdulillah. Mereka banyak bantu dulu. =') Tahniah 13 orang yang dapat straight A. Tahniah yang berjemaah dapat 10A 1B. Tahniah juga kepada cik ehem ehem. Banyaknya A+ dia! Haha. Tahniah semuanya. Still the best among the best. Alhamdulillah. Keputusan terbaik SPM milik batch '96 lagi. =)
Gambar tak berapa clear.
Dari kiri : Shafihah, Iffah, Afieqah, Fatin Aqilah, Shahida, Ayyub, Cikgu Aini, Cikgu Zul, Haziq, Hambali, Atika, Mirza, Ashikin, Alia.
Tiada dalam gambar : Fatin Umirah

Sekian wasalam. Maaf kalau ada salah kata. =')

***sedih yang A+ bukan subjek agama ='(

♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

11 comments:

Farah said...

Tahniah ya :)

eyqa yushaiza said...

tahniah mirza, semoga lepas ni lebi berjaya. Aminn.. :DD

Miss Xyz said...

Akak! Tahniah! Saya tak kenal akak, tapi rasa akak ni inspiration saya untuk SPM ;) Tahniah, buat sehabis baik untuk masa akan datang pulak yer

Anis Adnan said...

Wahh. Tahniah ya ;D

Farhana Azman said...

tahniah :D

Intan Najla said...

seriusly?? congratulations mirza..
jelesnya..
tkpelah..past is past right??
ape pon..tahniah lagi sekali..

mide' said...

waaaa jelesnya! rasa macam nak balik ke taon 2010 dan buat sehabis baik supaya dapat result cenggini.
tahniah sangat2 dik..

Hana Jalil said...

Alhamdulillah.. Tahniah :D

munirah rahman said...

Alhamdulillah. Rezeki Allah bagi. teruskan usaha dan kekalkan kejayaan tu :)

Lieya Yaya :) said...

tahniah adik :)

Zakiwaaa said...

Blogwalking sini ;) Pandainya awok. Tahniah kay :D

;