MySuperSomething !
Everything has its own beauty. Learn it. Live it. Love it =)
Hati-hati Dengan ' Misscall ' | ♔ MiaLovaetto ♔ >
«
»

Sunday, December 25, 2011

Hati-hati Dengan ' Misscall '

Assalammualaikum .


Mirza ingin panjang-panjangkan nasihat ini kepada semua orang . InsyaAllah . Peringatan buat diri sendiri dan juga rakan sekalian . 

Kejadian ini adalah benar dan berlaku di salah sebuah SBP ( Sekolah Berasrama Penuh ) . Seorang pelajar tingkatan 5 tiba-tiba datang mengadu kepada seorang guru lelaki dan mengatakan dia di'cerobohi' oleh jin yang menyerupai lelaki yang dikenalinya melalui telefon .

Sebenarnya , dia menerima 'misscall' setahun yang lepas . Apabila dia menelefon semula nombor berkenaan dia mendapati seorang lelaki yang tidak dikenalinya ingin menjalinkan persahabatan dengannya . Naluri remaja yang ingin ber'couple' atau berpasangan menyebabkannya setuju berkenalan dengan lelaki tersebut .

Dia berasa agak pelik kerana apa yang dilakukannya termasuk apabila dia memotong rambut pun lelaki itu boleh mengetahui hal tersebut walaupun dia tidak pernah bercerita sebelumnya . Segala gerak gerinya juga dapat dibaca dan seolah-olah lelaki ini ada di sisinya meskipun lelaki itu berada jauh beratus-ratus kilometer jaraknya . Dia mula berasa takut . Namun begitu , dia menyimpan perasaan itu daripada pengetahuan orang lain sehinggalah terjadinya kejadian dia di'cerobohi' oleh jin tersebur . Dia menceritakan kejadian itu kepada ibunya dan juga kawan baiknya . Sebenarnya pelajar ini telah terkena sihir melalui telefon .

Peringatan ini ditujukan kepada golongan remaja mahupun yang sedang menginjak ke alam tersebut yang sememangnya suka ber'couple' agar sentiasa berhati-hati . Sekiranya pelajar tersebut lambat bertindak berkemungkinan kes kehilangan remaja mengikut lelaki yang kini semakin menjadi-jadi ( HOT ! ) akan berlaku .

Terlalu banyak kes remaja di sekolah atau universiti tiba-tiba hilang dari rumah atau hilang tanpa dapat dikesan apabila ingin pulang ke rumah . Ada juga yang mengikut lelaki yang menggunakan ilmu sihir seperti kes sihir melalu telefon ini .

Oleh itu , JANGANLAH KALIAN LAYAN MISS CALL YANG KITA TAK KENAL . Sentiasalah berwaspada , perbanyakkan selawat dan mengingati Allah agar terhindar daripada niat jahat manusia .

Ingat lah , di dunia ini terdapat ramai lelaki yang belajar ilmu sihir untuk menunjukkan kehebatannya ..  
Ooops ! Yang atas ni bukan ayat Mirza yep . Mirza dapat dari cerita asal ni di SINI . Menurutnya juga , menceroboh merupakan bahasa yang sopan bagi bersetubuh . 

Allah ! Seram sungguh . Naik bulu roma >< Mujur lah tak terkena . Semoga memberikan manfaat kepada kita semua . Ya Allah , lindungilah kami daripada segala kejahatan syaitan . Amin ~

♥ Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri. :) ♥

4 comments:

Kuchiki EnnaMoon said...

huh bahaya!

MiNHa ^^ said...

yuppy yup ! seram den baca ><

Iola said...

huhu takot nya huu nauzubillah moga terhindar dari musibah huu

MiaLovetto ^^ said...

Wallahu'alam. Mohon dijauhkan segala yang buruk.

;